Followers

Friday, March 5, 2010

Pasar Tani Kuala Besut!

Kalau ada masa lapang pagi Jumaat bolehlah singgah kat Pasar Tani Kuala Besut berhampiran Sungai Kuala Besut. Kawasannya memang luas dan menawarkan pelbagai pilihan barangan seperti makanan, pakaian, perkakas dapur, binatang peliharaan, alatganti basikal, kraftangan, perabut dan perhiasan rumah.

Pasar tani ini bermula seawal jam 7 pagi hingga 12 tengahari.
Bagi pelanggan yang mahu parking kereta dengan selamat disediakan parking lot yang luas dengan bayaran RM2 sahaja.

Musim buah pauh siam (mangga) sudah bermula di pantai timur
Etak Salai rasanya macam tiram, harga sebungkus RM2
Buah jering rebus ini sedap dimakan bersama-sama kelapa parut
Nampak macam sedap aje air ni kan!

Gerai air awal pagi memang lengang tapi tunggulah tengahari sikit, tak menang tangan melayan pelanggan,
masing-masing menyerbu nak melepaskan dahaga.

Bagi peminat pokok orkid
hanya tunjuk, bayar dan gantung!
Mudah kan? Semudah 123!
 Ramai betul peminat batu permata,
Cincin pun banyak!
Hanya pilih sahaja yang mana berkenan.

 Kura-kura ni dari Taiwan Rm 8 seekor. 
Belilah 2 ekor baru dia tak sunyi.
Segala peralatan memelihara haiwan kesayangan turut dijual di sini.
Pengunjung mula berpusu-pusu

Memelihara ikan hiasan menjadi kegilaan ramai tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.
Membeli memang seronok, harga pun murah.
Tetapi haiwan ini sensitif.
Pastikan selalu  menjaga kebersihan air serta membekalkan oksigen pada ikan.
Topi ini dari bundle!
Di sini ada juga dijual barangan lusuh dari bundle seperti pakaian, alat permainan kanak-kanak dan beg. 
Sekali pandang memang tiada beza dengan barang baru.
Harganya pun berpatutan.

Aku pernah datang ke sini beberapa kali.
Kawasannya luas, memang tak habis nak ronda.


2 comments:

  1. Tiap2 minggu saya pi pasar ni... memang best...

    ReplyDelete
  2. seronok tengok,.,.tp x berkesempatan,.,.kita duk di perak ni,.,.,

    ReplyDelete