Hari ini genaplah umurku 43 tahun!
Aku bersyukur kepadaMu Allah kerana dikurniakan dengan rahmatMu yang sangat banyak.
Doa dan harapanku cuma satu,
Berilah aku kekuatan dan petunjukMu agar aku dapat melaksanakan tanggungjawabku yang banyak ini dengan sebaik-baiknya.
Sebagai Hamba Allah
Sebagai Anak
Sebagai Isteri
Sebagai Ibu
Sebagai Guru
Dan sebagai sebahagian dari makhluk di muka bumi Mu Allah!
Terimakasih kepada semua orang-orang yang berada di sisiku, menemaniku dan memberiku kegembiraan dan kebahagiaan.
Terimakasih kerana menjadi obor hidupku!!
Ini hadiah harijadi yang pertama aku dapat, pemberian dari seorang teman yang rapat dan banyak memberi sumber inspirasi untukku menghayati makna kehidupan yang sementara ini.
Maaf teman, lukisan dah siap letak frame, cuma belum gantung lagi.
Wah! Surprise dari anak-anakku.
Entah siapa supporter beli kek ni??
Terima kasih anak-anakku.
Kasih sayang sahaja yang mampu aku beri kepadamu anak-anakku.
Kerana hanya itu sahaja yang aku miliki.
Tiada lain.
wah...ni best bila anak2 kak za dah besar..tumpang gembira!!
ReplyDelete@ Rafikah: Oh adikku! saat itu akan tiba juga untukmu.
ReplyDelete