Followers

Sunday, April 13, 2014

Tanaman Kacang Parang!

Dah lama bercadang nak blogkan cerita tentang Pokok Kacang Parang..Kali pertama makan Kacang Parang rebus semasa rakan guru bawa ke sekolah setupperware besar dan memang tak pernah tengok buahnya sebelum ini. Sebenarnya aku pun penggemar dan selalu makan Kacang Parang panggang yang dijual di kedai tu,
Kami panggil Kacang Itik, itu pun tak tahu macam mana boleh dapat nama macam tu, mungkin kerana bentuk kacang tu macam anak itik kan.


Bila dah selalu makan Kacang Parang rebus ni aku pun minta biji benihnya yang dah tua untuk ditanam di rumah dan di sekolah juga. Memang menakjubkan bila dah tumbuh begitu cepat dan subur, 
Aku meminta jasa baik Encik Suami buatkan para junjung yang kukuh untuk pokok ni berbuah nanti,

Memang tidak mengecewakan apabila pokok ini mengeluarkan buah yang sangat lebat dan besar, 
hingga orang tua zaman dahulu menggelarkan pokok ini sebagai Kacang Setangkai Sebelanga, bila dipetik setangkai pun dah penuh satu periuk besar (zaman dahulu memasak guna belanga - sekarang ni nak tengok belanga pun payah!



Buah yang besar dan sangat lebat setiap tangkai









Kelongsong pucuk pisang tak sempat terbuka kena lilitan batang pokok kacang










Inilah buah yang dipetik beberapa tangkai pun dah cukup banyak










Pokok Kacang Parang yang saya tanam di Kebun Pertanian sekolah, sengaja tak buat junjung, tumpang je pagar sebelahnya








Kacang Parang yang masih muda






Bunga Kacang Parang, setiap tangkai yang lebat



Kudup Bunga Kacang Parang


Tapi bagi pesakit kekurangan G6PD memang kena berpantang dan mengelakkan  dari makan Kacang Parang, maklumat lanjut boleh rujuk dalam blog Pesakit Kekurangan G6PD