Followers

Thursday, July 18, 2013

Resipi Puding Gula Hangus!!

Kakak bercerita Puding Gula Hangus yang dijualnya di Bazar Ramadhan sangat laris dan ada pelanggan tetap,,kalau semalam mereka beli arini pasti datang nak beli lagi,
Aku cakap Kakak mesti buat banyak dari biasa sebab pelanggan makin bertambah, apalagi menjelang Aidil Fitri nanti perantau akan mula pulang  membanjiri kampung,,

Di sini kuturunkan resipi Puding Gula Hangus  yang Kakak guna setiap hari untuk membuatnya,


gambar puding yang kurakam di gerai kakak di bazar ramadhan


gambar ni yang kakak upload kat facebooknya


Puding Gula Hangus

a)  1 cawan gula letak dalam loyang bulat saiz sederhana (muat untuk diletakkan dalam pengukus nanti), letakkan loyang berisi gula di atas dapur dengan api sederhana,
kacau gula sehingga berwarna kuning keemasan, masukkan sedikit air,
padamkan api, ketepikan sehingga ia beku,

b) Resepi Puding
1 tin susu cair
10 bji telur saiz besar (A)
1 sudu teh esen vanila/rose putih 
1 cawan gula
1 cawan air
Putarkan semua bahan sekejap sahaja sehingga rata tetapi jangan berbuih ,tapiskan adunan ke dlm loyang berisi  gula hangus tadi, letakkan loyang dalam pengukus dan kukus selama 30 minit dengan api sederhana,,


Semudah 1, 2, 3 membuatnya,,,lagipun ia sedap dan berkhasiat,,

No comments:

Post a Comment