Followers

Tuesday, September 23, 2014

PML : Minat Jugakla Sikit-sikit!


Selalu meninjau kat Mudah dan tertarik dengan pinggan mangkuk yang lama-lama tuh.....old fashioned betul aku nih.....untuk buat koleksi je....sahabat2ku kebanyakannya buat koleksi Corelle dan Vantage paling terkini..huhuhu..!








Teko Jepun yang aku order dari Puan Syakiffli Langkawi, beliau berikan dua biji piring kuih sebagai special gift, thanks Sya!


Sempat order Teko Cinderella Bunga Padi ni dari Encik Hamidan Umir Kulaijaya Johor



Cantiknya!!!  huhuhu...
Anak2ku berkata tak cantik langsung..hahaha

Thursday, September 11, 2014

Program Khidmat Masyarakat Ke Rumah Seri Kenangan Pengkalan Chepa!!


Sebaik sahaja Kertas Kerja diluluskan, Program Khidmat Masyarakat SMK Abdul Samad ke Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin Pengkalan Chepa dapat dilaksanakan dengan jayanya pada hari Khamis 4 September 2014,
Program ini adalah anjuran bersama Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan dengan Kelab Kaunseling dan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah,

Institusi ini terletak 11km dari bandar Kota Bharu dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, hanya satu-satunya di Pantai Timur, berfungsi menempatkan warga tua berumur lebih 60 tahun dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang,





Seramai 40 orang pelajar telah dipilih dari  tingkatan 1, 2 dan 4 sahaja, iaitu tidak melibatkan calon-calon PT3 dan SPM, 
Kami bertolak dengan sebuah bas seawal jam 8 pagi dan tiba di Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin, Pengkalan Chepa kira-kira jam 10 pagi,
Sambutan hangat dan mesra oleh warga RKS Taman Kemumin benar-benar membuat kami terharu dan gembira, di dalam hatiku hanya berdoa semoga program ini dapat memberi manfaat yang semaksimum mungkin kepada kami serta penghuni di sini, In Sya Allah,,!




Antara program yang kami laksanakan selama beberapa jam di sini termasuklah beramah mesra , sarapan pagi dan makan tengahari bersama-sama, membuat persembahan dan hiburan serta memberikan hadiah dan cenderamata kepada warga RSK Taman Kemumin



Kami turut mengadakan aktiviti gotong-royong di beberapa kawasan dalam Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin





Tak mahu lepaskan peluang untuk selfie,,hehehe



 Membuat persembahan nyanyian lagu bertajuk Ibu,,hinggakan makcik-makcik di sini bertepuk-tepuk tangan,,seronok sangat!





Sehingga harini 4 september 2014 bilangan penghuni RSK Taman Kemumin berjumlah 138 orang, walaubagaimanapun jumlahnya akan berubah-ubah kerana selalu ada keluar masuk penghuni ke sini,




Guru Kaunseling sekolah, Norazwanis Mansor yang cekap dan komited sepanjang menjayakan program dari awal hingga akhir, tahniah Anis!!

Cenderahati dari SMK Abdul Samad kepada pihak pengurusan RSK Taman Kemumin

Apabila tiba waktu untuk berpisah, pelajar-pelajar berebut-rebut untuk bersalam-salaman dan berpeluk-cium dengan penghuni di sini, sekali lagi airmata mereka mengalir keluar ,,alahai,,adegan yang sangat mahal untuk kami,,

Kami berangkat pulang dengan membawa ole-ole berharga dari mereka iaitu nilai sebuah kasihsayang !


Wednesday, August 13, 2014

Majlis Sambutan Aidil Fitri 2014 Smk Abdul Samad!

Smk Abdul Samad tidak ketinggalan mengadakan sambutan jamuan aidilfitri 2014 anjuran Kelab Guru,
guru-guru anggun berpakaian batik sekolah (cikgu zaza masih baru di sini, so belum ada uniform) manakala students berpakaian baju raya,,amboooooiii,,,memang cun!!


antara rakan-rakan guru yang anggun jelita semuanya

Beberapa kawasan sekolah dikenalpasti untuk dijadikan port jamuan, form 4 & 5 kat Garaj Cikgu, form 1 kat anjung Dataran Perhimpunan, form 2 & 3 kat Kantin Sekolah,,,huhuhuhu,,meriah sungguh,,,,


Pelajar f3,,kenyang makan nasi minyak dan sate,,
\











Selfie dengan students,,hihihihi,,jangan maraaahh,,,



Cikgi-cikgi pun nak selfie gak!




Bila students pasang badan,,dah tertukar mana cikgu mana students!!

Aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin!
Kosong-kosong k!!

Wednesday, June 18, 2014

Kebun Sayur Ku!


Sebelum musim persekolahan bermula, aku dah mula menanam pokok-pokok herba ini di tapak penanaman, harapanku masa lapang di waktu petang dapat dimanfaatkan untuk menjaga dan membaja pokok-pokok ini sebelum dapat menuai hasilnya nanti,




Pokok Cekur Hijau yang siap ditanam




Pokok Kunyit pun ada 



 termasuk juga Pokok Cekur Hitam








 Pokok Sambung Nyawa




Pokok Sambung Nyawa dah siap dipindahkan ke tapak penanaman




Rizom halia dan kunyit yang dah keluar mata tunas macam ni memang sesuai sangat untuk disemai,

Hmmmm,,,rasa macam tak sabar-sabar tunggu pokok-pokok ni tumbuh membesar,,,hehehe,,sabarlah Noriza!!

Tuesday, June 17, 2014

Angah Ke Politeknik!

Angah berjaya melayakkan diri untuk mendaftar pengajian di Politeknik Kota Bharu, sama macam Kakak, kebetulan opsyen pun sama, Kejuruteraan Awam,,,dlu aku pernah  blogkan tentang Kakak ke sini Kakak Ke Politeknik! Itulah rezeki namanya, tak rancang pun,


semasa mendaftar di Dewan Jubli Perak PKB








Kali ini Cik Nina tak ketinggalan dapat menghantar Angah mendaftar di PKB,,hehehe,,nampaknya dia yang paling happy,,melompat ke hulu hilir,,beli belon sampai dua,,belum sampai rumah pun dua-dua belon dah pecah,,

Selamat belajar Angah,,relax je Angah kat asrama takde nangis-nangis k!!

Saturday, June 14, 2014

Kerastangan! Pokok Kelapa!!

Jika ada masa lapang, bagus juga jika anda cuba manfaatkan kertas crepe seperti ini untuk membuat model Pokok Kelapa, atau bunga yang sama waktu dengannya,


sediakan kertas crepe mengikut warna kesukaan, contohnya  kombinasi biru dengan pink
(apa salahnya pokok kelapa warna pink dan biru, sekali-sekala takpe kan,, takkan asyik hijau memanjang ,,,bosan gak)

sediakan lidi juga k!



gunting  kertas yang tajam macam ni



guntingkan kertas crepe jadi begini



letakkan lidi pada setiap kepingan kertas crepe dan gulung, kemudian tolak ke atas



dan jadi begini bila keluarkan lidi




seterusnya lilitkan pada sebatang lidi untuk membuat pokok kelapa



okey!,,dah jadi pokok kelapa!!



seronok sangat jika buat ni bersama-sama anak-anak,,
kali pertama buat memang tak jadi,,nanti mereka cuba lagi beberapa kali terus menjadi,,hehe,