Followers

Thursday, July 29, 2010

Setelah Aku Mengandung Lagi!



Sebaik doktor mengesahkan aku mengandung lagi, suamiku menyambut berita ini dengan penuh kesyukuran.
Anak-anakku bersorak dan menjerit keriangan apabila dikhabarkan bakal menerima adik baru. Situasi kali ini terasa begitu berbeza  kerana anak-anakku kini sudah dewasa berbanding dahulu semasa mereka masih kecil.
Aku pun seperti kekok pula apabila mereka begitu mengambil berat serta memberikan perhatian yang berlebihan kepadaku.

Malahan sikecilku yang berusia 6 tahun itu selalu bertanya 'bila baby akan lahir? Besokkah?
Mengapa lambat sangat?
Tetapi soalan yang paling menggelikan hatiku ialah dia bertanya 'muatkah katil kita nanti nak tidur berempat?
(dia masih tidur dengan kami), dan jawapanku 'tentulah tak muat!
Cepat-cepat dia memberi cadangan 'ma belilah katil kecil untuk baby! hahaha...aku tergelak mendengarnya.

Kini aku sudah berusia 43 tahun. Sesekali rasa bimbang bertamu di hati, mampukah aku untuk menghadapi situasi ini dengan sisa-sisa kekuatan yang ada?

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.
Insyaallah!

Thursday, July 1, 2010

Selamat Pengantin Baru Rita Aulia & Mohd Hamizan!

Siapa menyangka ya dapat menghadiri majlis perkahwinan bekas pelajar sendiri.
Lebih istimewa apabila kedua-duanya adalah bekas pelajarku dan belajar sekelas pula.
Sesungguhnya jodoh, pertemuan, ajal dan maut adalah ketentuan Allah belaka.

Wajah bahagia Rita Aulia di hari persandingannya

Rita Aulia dan Mohd Hamizan selamat diijabkabulkan pada hari Sabtu 12 Jun 2010 bertempat di Masjid Kg Pandan 2 Kuantan Pahang.
Manakala majlis bertandang diadakan seminggu selepasnya di kediaman keluarga Mohd Hamizan iaitu di Terengganu.

Pelamin nan indah menyambut mempelai


Rita memilih warna bendera negeri Pahang iaitu hitam putih sebagai tema majlis perkahwinannya.
Semuanya hitam putih sehingga ke kamar beradu pengantin.
Aku mendapat cenderahati dan bunga telur dari pengantin perempuan yang berwarna hitam putih juga.
Sungguh meriah dan istimewanya menjadi raja sehari ya!

Bilik pengantin yang harum dan romantis

Mengimbas kembali nostalgia sebaik menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Johor Bahru, pada tahun 1995 aku telah ditempatkan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, Jalan Gambang Kuantan Pahang.
Di sekolah inilah aku mengajar Rita Aulia dan Mohd Hamizan, sewaktu itu mereka belajar di Tingkatan Dua.
Aku sebenarnya ingat-ingat lupa wajah Hamizan kerana dia agak pemalu dan pendiam di dalam kelas.
Tetapi aku sangat rapat dengan Rita Aulia di sekolah kerana dia sangat manja, suka bercerita dan berbual-bual denganku.
Sebaik sahaja Rita melanjutkan pengajiannya di Terengganu aku telah berpindah mengajar ke kampung halamanku di Kelantan. Namun Rita sering mengutus surat kepadaku serta menelefon bertanyakan khabar.
Apabila Rita menyambung pengajiannya di Sabah kami terputus hubungan seketika.
Tetapi hubungan kami bertaut semula sejak Rita kembali ke Kuantan dan bekerja.

Naskah Cinta dari Rita buat suami


Aku memang tidak mahu melepaskan peluang untuk menghadiri majlis perkahwinan Rita sebaik sahaja menerima kad undangan perkahwinannya.
Kebetulan sekali tarikhnya adalah bertepatan dengan cuti pertengahan penggal sekolah.

Wajah pengantin yang ceria sewaktu makan beradap


Selamat Pengantin Baru buat Rita Aulia dan Mohd Hamizan!
Harungilah dunia berumahtangga dengan penuh keimanan dan ketaqwaan, semoga berupaya merangkul kebahagiaan sehingga ke hujung usia! Insyaallah!

Thursday, June 17, 2010

POLISAS : Di Sini Cinta Kami Bersemi!

Kesempatan bercuti di Kuantan baru-baru ini, kami tidak melepaskan peluang untuk 'mengintai tempat kami dipertemukan dahulu.


Sebaik tiba di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan, nostalgia kira-kira 22 tahun lalu menjelma lagi.

Di sinilah tempat pertama kami melanjutkan pengajian selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


                                                 POLISAS kini sudah berubah wajah


                                Namun ketenangan dan kedamaiannya tidak pernah terusik



                                                              Sempat berposing sekejap


                            Dulu semasa aku menuntut di sini bangunan ini masih belum ada

                                                 
                                                Laluan Ke Jabatan Kejuruteraan Elektrik





Suatu hari nanti kami pasti akan ke sini lagi. Menghimbau kembali detik-detik manis yang abadi di lipatan kenangan.

Wednesday, June 2, 2010

Berapa Lamakah Kita Di Kubur?

Aku memperolehi email ini  dari adikku Azila Abdul Rahman setelah dikirimkan oleh sahabatnya.
Mungkin ramai yang telah membacanya tetapi bagi yang masih belum besar harapanku
semoga bermanfaat.

Photobucket

                            Berapa lama kita di kubur?



Awan sedikit mendung, ketika kaki kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi
kawasan lampu merah Bandar Karet ..

Baju merahnya yg besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ais-krim sambil sesekali
mengangkatnya ke mulutnya untuk dimakanya, sementara tangan kirinya mencengkam seluar ayahnya..

Yani dan Ayahnya memasuki tanah perkuburan awam Karet, berputar sejenak ke kanan & kemudian duduk di atas tembok nisan "Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1915: 20- 01-1965"

"Nak, ini kubur nenekmu mari kita berdoa untuk nenekmu" Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya
tangan ayahnya yg mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia mendengarkan ayahnya
berdo'a untuk Neneknya..

"Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ya Yah." Ayahnya mengangguk sambil tersenyum, sambil memandang
pusara Ibu-nya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 49 tahun ya Yah..." Kata Yani berlagak sambil matanya mengira dan jarinya berhitung. "Ya, nenekmu sudah di dalam kubur 49 tahun .... "

Yani menoleh kepalanya, memandang sekeliling, banyak kuburan di sana Di samping kuburan neneknya ada
kuburan tua berlumut "Muhammad Zaini: 19-02-1882 : 30-01-1910"

"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 117 tahun yang lalu ya Yah", jarinya menunjuk nisan bersebelahan kubur
neneknya. Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengusap kepala anak satu-satunya. "Memangnya
kenapa nak ?" kata sang ayah menatap teduh mata anaknya. "Hmmm, ayah kan semalam
kata, bahwa kalau kita mati, lalu di kubur dan kita banyak dosanya, kita akan disiksa dineraka" kata Yani
sambil meminta persetujuan ayahnya. "Iya kan yah?"

Ayahnya tersenyum, "Lalu?"
"Iya .. Kalau nenek banyak dosanya, berarti nenek sudah disiksa 42 tahun di kubur? Kalau nenek banyak pahalanya, berarti sudah 42 tahun nenek senang dikubur ... Ya kan yah?" mata Yani bersinar keranana bisa menjelaskan kepada
Ayahnya pendapatnya.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas nampak keningnya berkerut, tampaknya cemas ...... "Iya nak, kamu pintar," kata
ayahnya pendek.

Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani tampak gelisah Di atas sajadahnya, memikirkan apa yang dikatakan
anaknya... 42 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...142 tahun disiksa .. atau bahagia dikubur .... Lalu Ia menunduk ... Menitsskan air mata.....

Kalau Ia meninggal .. Lalu banyak dosanya ...lalu kiamat masih 1000 tahun lagi berarti Ia akan disiksa 1000 tahun?
’ Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un’ .... Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah ia selama itu disiksa?
Iya kalau kiamat 1000 tahun ke depan, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu ia akan disiksa di
kubur. Lalu setelah dikubur? Bukankah Akan lebih parah lagi?
Tahankah? padahal melihat adegan pukul - memukul masa di tv kemarin ia dah tak tahan?

Ya Allah... Ia semakin menunduk, tangannya mengangkat, setinggi bahunya naik turun tak teratur... air matanya
semakin membanjiri pipi dan janggutnya…

”Allahumma as aluka khusnul khootimah”.. berulang Kali di bacanya DOA itu hingga suaranya serak ... Dan ia
berhenti sejenak ketika terdengar batuk Yani
Dihampirinya Yani yang tertidur di atas bangku. Di betulkannya selimutnya. Yani terus tertidur.... tanpa tahu,
betapa sang ayah sangat berterima kasih padanya karena telah menyadarkannya erti sebuah kehidupan... Dan apa
yang akan datang di depannya...

"Yaa Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."

Sebarkan e-mail ini ke saudara-saudara Kita, mudah-mudahan bermanfaat.. ..

"Sebarkanlah walau hanya 1 ayat" Semoga sekiranya Allah yg Yg Maha Pemurah itu mengurniakan PAHALA atas
perbuatan kita ini dapatlah ianya memberatkan timbangan kita di hari PENGADILAN nanti....... ..
INSYA ALLAH......... ..

Wednesday, May 26, 2010

Kelas Paling Ceria Minggu Ini !!

Tiba giliranku pula sebagai 'Guru Bertugas Mingguan'.
Antara tugasnya termasuklah mencatat kebersihan dan keceriaan setiap kelas. 
Minggu ini kelas paling ceria dimenangi oleh Tingkatan 3 Bestari Agama.

Photobucket

Photobucket

papan kenyataan yang berinformasi

Photobucket

sudut kelas yang dimanfaatkan sebaiknya

Photobucket

hiasan di pintu masuk belakang

Tahniah Tingkatan 3 Bestari Agama.
Perlu bekerja keras untuk kekalkan kejuaraan!
Jika tidak minggu depan akan dirampas oleh kelas lain pula.

Friday, May 14, 2010

Benarkah??

Photobucket

Aku mahu kemukakan sedikit kemusykilan tentang omongan teman-teman tentang Salad berwarna purple ini.
Benarkah salad ini sebenarnya berwarna hijau tetapi telah di sembur pewarna semasa masih bertunas lagi??
Kononnya amat membahayakan kesihatan jika kita mengamalkan makan salad ini.
Sama seperti bunga rose biru yang terdapat di Cameron Highlands yang telah dicelup pewarna.
Photobucket
Kalaulah ada individu yang boleh memberi penjelasan. Aku mengalu-alukannya.

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu!!

Sempena Hari Ibu aku meminta kebenaran pemilik puisi ini untuk menerbitkannya dalam blogku sebagai perkongsian dengan pengunjung blog.
Aku memperolehi puisi ini melalui email yang telah dikirim oleh adikku Azila Abdul Rahman (beliau pun sedang menunggu kelahiran cahaya mata ketiga).
Mudah-mudahan Allah memberkati hidup kita di dunia dan di akhirat.



Assalamualaikum
Mak..
Adik rasa begitu pantas nya waktu berjalan
Terlalu bosan rasanya
bila mak tanpa disisi
Sedar tak sedar hampir setahun mak pergi tinggalkan
adik
Terasa baru semalam adik tidur dgn mak

Mak..
Mak igt tak adik
dr kecil smpi besar
Suka tido dgn mak?
Hehehe mesti mak igtkan dgn
perangai
Anak bongsu mak sorang nie

Disaat spt itu lah mak suka
Bercerita dgn adik ..terutamanya
Pengalaman mak menjaga adik dari bayi
lagi

Mak..
Mak pernah cerita kat adik
Mcm mana mak bersalin kan
adik dulu
Mak cakap adik tak cukup bulan kan ??
Mak bersalin kan adik
semasa
Kandungan berusia 7 bulan

Mak cakap mak mengalami
kemalangan
Berlanggar dengan lori sedangkan
Mak pula ketika itu
hanya
Menaiki basikal tua tuk
Menjual kuih..masa mak cerita tu
Adik
sedih..sedih sangat.
Mak ingat tak?

Mak ckp mak tak sedarkan diri
Dan perlu melakukan pembedahan
Demi menyelamatkan adik
Tapi dengan
kuasa ALLAH
Adik selamat.

Mak..
Pada saat itu bermula lah
pengorbanan mak
Mak ingat tak mak ada cerita kat adik
mcm mana mak
menyusukan adik??
Mak cakap, adik tak boleh menyusu mak terus
Sebab adik
kena duduk dlm "kotak oksigen"
Dan keadaan adik masa tu agak
kritikal
Sebab mak cakap berat adik tak sampai 1 kg

Tapi mak tak
pernah putus asa
Mak tak bagi doctor & misi tu
Bagi susu tepung kat
adik
Mak cakap nak guna susu mak kan ??

Mak cakap dulu tak tau pasal
pam2 nie
Jadi mak perah guna tangan jer la
Lagu pon mak kata kita tak
mampu
Nak beli pam sebab bapak pon
Kerja sebagai tukang kebun jer
Di
jabatan kerajaan mana la nak cari duit nak
Belikan mak pam& nak beli susu
tepung

Mak..
Mak tau tak perasaaan adik masa tue???
Rasa macam nak
cium2 jer mak
Lepas tu nak jerit mcm nie
MAK ADIK SYGKAN MAK
SGT!!!!
Mak berkampung di hospital tu sampai sebulan
Mak cakap kalo nak
bagi susu kat adik
Kena guna tiub yg disediakan.masa tu
Mak kata hati mak
sakit sgt bila tgk adik dlm keadaan
Yg mcm tue.

Lepas tu mak cerita
kat adik lagi
Mak kata doctor suruh mak keluar wad
Sebab mak terlalu kat
sana & adik pulak
Masik kena tinggal di d lm kotak oksigen tu
lagi..

Mak tanya doctor susu mcm mana??
Dokator cakap guna susu dari
hospital
Mak meronta-ronta tak nak
Mak kata mak akan hantar
susu'
Doctor tak ada pilihan melainkan
Setuju dengan mak..

Bila
adik Tanya mak cm mana mak hantar susu
Sebab hospital masa tu agak
jauh.
Mak jawab mak jalan kaki la.

Mak.
Walaupon mak jawab ngan
senyuman
Tak dapat adik bayangkan keadaan mak masa tue..
Subuh 2 mak kuar
umah jalan ke hospital
Tak boleh naik basikal sbb kesan operate tu terasa
lagi..
Mak tunggu di hospital smpi ler maghrib..
Mak dah perah siap2 tuk
malam nnt bg nurse.

Mak..

Mak igt tak adik ada tanya kat
mak
Kenapa mak sanggup wat mcm tue??
Mak jawab mak nak adik 'hidup
'
Dan sihat walaupon keadaan adik kritikal..


Mak cakap hanya guna
susu mak jer
Yang boleh bagi adik sihat
Sebab mak cakap susu mak byk
khasiat..
Bila adik tanya mak apa khasiat nya??
Hehehe mak senyum
jer..
mak cakap mak tak tau byk
Cuma mak tau byk antibody jer.

Tapi
mak ada cakap gak..
Apa-apa pemberian dr ALLAH
Itu adalah yg terbaik dlm
hidup manusia
Cth nya mcm susu mak nie.
Mak cakap tak der susu lain yg
terbaik
Selain dari susu mak kan ??

Mak
3 bulan dah berlalu tapi
mak cakap adik tak kuar lagi
Sebab adik mengalami masalah pernafasan
Oleh
itu adik kena bergantung 'tong oksigen '
Tapi mak kata adik dah tak dok dlm
'kotak oksigen '
Mak gembira kan ??? walaupon mak kena bg susu
Guna tiub
tapi mak penuh sabar menjaga adik..

Mak..
Mak ada cakap selepas 2
minggu br adik kuar hospital
Mak seronok sangat2.adik tanya kenapa??
Mak
jawab tu la pertama kali adik menghisap 'tek' mak
Hehehehe kita gelak sakan
bila mak cerita kisah tue.
Mak igt tak???

Mak ...
Bila adik dah
membesar mak masih menyusukan adik kan ??
Yong (kakak) cakap adik paling lama
hisap susu mak
Yong cakap sampi umur adik 4 tahun..
Bila adik tanya mak
naper lama sangat??
Mak jawab mak nak adik SIHAT betol2
mak tak nak adik
sakit lagi

Mak...
Mak igt tak dari kecik sampai la adik tingkatan
2
Hidung adik asyik berdarah jer kan ..
Hehe anak mak nie asyik susah kan
mak jer kan ??
Tapi mak tak pernah bersungut..

Mak .
Dah
berbelas-belas tahun berlalu
Anak bongsu mak nie masih hidup &
sihat
Anak mak ni cemerlang dlm semua bidang
Mak tentu bangga kan
??

Mak..
Mak tau kenapa adik boleh jadi cm nie??
Ini semua kerana
penat lelah mu mak
Kerana menyusukan ku..
Dari hasil SUSU mu itu la adik
bole jadi mcm nie..

Mak.
Mak igt tak semasa adik balik dr
ngaji
Kain baju kurung adik terkoyak..
Adik cakap kat mak adik terjatuh
kat tangga surau kan ??
Tapi sebenar nya adik jatuh dari pokok mempelam
Belakang surau tu..mak tau kan anak mak ni suka makan
pelam.

Mak..
Tujuan adik menipu tu tak nak bg mak marah
Adik takut
kena pukul..tapi bila malam tiba
Adik cakap terus terang jer..
Mak teus
cium adik,adik tanya mak kenapa?
Mak kata mak tau adik tak kan menipu
mak
Sebab nak yg minum susu ibu nya dengan baik
Hati nya lembut dan takkan
sesekali nak melukai hati ibu nya..
Masa mak cakap tu adik dah nangis dah
..

Mak ..
Adik teringat mak jaga anak nyah dulu..
Mak marah betol
ngan nyah
Sebab nyah tak bagi anak nya susu badan sepenuh nya..
Mak cakap
nyah PEMALAS.
Mak marah betol masa tue sampai mak tak bercakap ngan
nyah..
Mak..
Maafkan la nyah.tapi mak berdegil tetap ada perasaan marah
jugak
Mak kata kalo mak ada susu dah lama mak bg kat cucu mak tue...
Sampai
mcm tu skali mak marahkan nyah..
Akhirnya nyah akur ..nyah pam susu dan
hantar kat mak..
Baru mak senyum

Mak..
Baru adik tau kedegilan ku
dapat dari sapa
Hehehhe semestinya dari mak kan ???
Mak degil masa nyah bg
susu tepung tue..
Mak tak bagi susu tepung tu kat cucu mak
Malah mak tepon
nyah suruh balik susukan anak
Begiitu kuat pendirian
mak..

Mak..
Sekarang adik dah besar & br start kerja
Adik
seronok sgt bila dapat gaji bagi kat mak duit..
Mak pon mastu seronok kan
??
Sekarang mak suruh adik bwk balik kwn adik tue
Mak cakap mak nak kenal
kan ??

Adik dah bawak balik mak.
Mak suka sgt ngan pilihan
adik
Tapi mak adik tak serius lagi masa tue.
Mak marah adik.

Mak
terus cakap kat kawan adik
Kalo betol suka kan adik
Suruh dia ambik adik
jadi isteri yg sah..
Adik terkedu betol masa tu
Hati adik meronta-ronta
tak nak kawin lagi

Pada 08.02.2008 adik kahwin jugak
Mak igt tak masa
adik gi honeymoon kat langkawi
Adik bawak mak ngan bapak sekali??
Kita ada
jumpa seorang perempuan nie
Menyusukan anak dia guna botol..
Mak tanya
dia guna susu apa
Perempuan tu jawab guna susu ENFALAC
Terus jer mak tanya
naper tak guna susu sendiri
Huhuuhu perempuan tu malu2 alah jer nak
jawab
Katanya susah la..
Aduhai.mak mengeluh panjang bila dengar jawapan
tue..


Mak
Mak ingat tak mak berceramah panjang ngan perempuan
tue
Sampai perempuan tu pergi tempat tersorok menyusukan
Anak nya guna
susu badan nya..
Alahai mak ku smpi mcm tu sekali pendirian
mak..

Mak
Pada awal August 2008 mak dah mula sakit
Mak cakap mak
sakit pingang
Jenuh ku dah bawak ke pakar
Doctor ckp ada masalah saragh
tunjang
Tak lama pastu mak mula rs kebas2
Disebelah kanan..
Adik terus
bawak mak pergi hospital
Doktor sah kan mak lumpuh separuh
badan

Mak..
Mak tau tak cm mana perasaan adik masa tue??
Rasa nya
jantung adik terhenti seketika waktu tue
Rasa nya hati ni di carik2
Rasa
nya badan nie melayang2 di udara
Isk..isk.isk adik tak tahan mak .
Tak
tahan tgk mak seperti itu.

Mak.
Selepas mak dikeluarkan
hospital
Kami adik beradik beli
Semua kelengkapan mak
Supaya mudah tuk
mak
Melakukan fisioterapi di umah

Mak..
Mak dah sebulan mak mcm
nie
Tak ada perubahan tapi adik
Tak akan putus asa adik akan ikut
Semangat mak cm mak susu kan adik dulu

Mak..
Mak igt tak adik
mandikan mak setiap kali
Adik balik kerja?? mak igt tak??
Ada satu hari
lepas adik mandikan mak
Adik terus cium mak adik cakap kat mak
Yang adik
mengandungkan??
Masa tu mak suka betol.manis betol senyuman
mak

Mak
Malam tue adik nak basuh berak mak
Mak tak bagi adik dukung
mak..
Mak kata takut adik gugur lak nnt sbb mak berat
Tapi adik nie degil
jugak ..adik angkat jugak mak
Gi toilet ngan menantu mak tue.

Lepas tu
adik pakai kan mak pampers
Tapi mak menangis .
Mak kata tak sia2 mak
SUSUkan adik
Isk..isk..isskk adik terus peluk mak
Sampai tertido kan
??
Ermm anak mak ni masih suka tido ngan mak tau.

Mak..
Tak lama
lagi kita nak raya..
Abang dah belikan baju kat mak cantikkan??
Mak senyum
jer.

Mak
Lagi 2 hari nak raya ni mak.
Pagi tu adik mintak resepi
nak buat rending tok kat mak
Sebab mak suruh adik masakkan??
Tapi malam tu
mak sesak nafas
Abang cepat2 bawak mak gi hospital

Mak..
Sekali
lagi jantung anak mak terhenti seketika
Kali ni hati adik macm
dihiris2
Bila doctor cakap paru2 mak di jangkiti kuman
Hampir 80% dan
peluang tuk hidup amat tipis

Mak..
Ni malam raya .mlm ni adik tak tido
ngan mak yer
Adik balik nak buat rendang mak..
Malam ni kak chik jaga mak
yer..
Subuh sok adik datang bawak rendang
Adik datang mcm mana mak dtg
antar susu kat adik dulu..

Mak..
Ari ni kita raya mak senyum
jer..
Mak suka yer anak2 mak ada kat mak
Adik suap mak rendang adik
masak
Tapi mak ckp tak rasa apa pun
Adik tau mak dah tak ada deria
rasa

Mak sekarang keadaan mak makin lemah
Adik beraya ngan mak atas
katil hospital
Mak igt tak adik mintak ampun ngan mak
Adik mintak mak
ampunkan segala dosa adik
Dan mintak halalkan mkn minum adik
Tapi mak kata
adik tak da dosa ngan mak
Iskk..iskk adik terharu betul masa tue
Pastu mak
ckap mak HALALkan susu yg mak
Berikan pada adik
Ya allah masa tu hati
adik hancur berkecai
Adik peluk mak sampai tak nak lepas kan
mak..

Mak
Hari dah malam ni nak masuk ari ke-4 kita raya
Malam ni
adik tido ngan mak kan ??
Malam ni adik nak peluk mak..
Tapi taku nurse
marah adik baring atas katil mak..
Tapi tak per la adik peluk tangan mak
jer.
Tapi mak senyum jer...

Mak..
Malam tue mak tido lmbt mak kata
mak tak boleh tido
Adik teman mak kan ??
Mak pesan kat adik supaya adik
jaga kandungan tue..
Mak suruh nanti asuh anak sebaik mungkin
Mak suruh
adik janji yang adik akan susukan anak adik
Mak cakap jgn bg susu
lembu.
Mak suruh adik Janji ngan mak kan ???
Mak igt tak??

Mak
Hari dah pagi nie.. nape mak tak bukak mata lg??
Bila adik panggil lemah
jer mak bukak mata
Adik panggil doctor
Doctor cakap PLS PREPARE..
Mak
jangan tinggal kan adik!!!!!!

Mak.
Hari nak malam nie.
Keadaan mak
semakin nazak
Kami bawak mak balik umah
Mak tau tak
Ms dlm perjalanan
nak balik tu adik bwk keta
Dlm keadaan separuh sedar..
Kenangan bersama
berputar dlm kepala ni
Air mata tak mampu nak tahan

Mak..
Sampai
di umah mak kuar dr ambulans..
Mak kami letak atas tilam..
Sesudah nya
nurse tanggalkan oksigen
Mak tgk anak2 & bapak
Tak sampai 10
minit...pukul 10.05mlm
Isk.isk.. mak TINGGALKAN KAMI..

Mak ...
Jam
11.30 tgh hari mak dimandikan
Anak2 mak yang mandikan mak
Mak mesti rasa
bertapa lembut nya kami gosok badan mak kan ..
Adik gosok kaki ngan tangan
mak.mak nmpk kan ??
Lepas tu mak di kapan kan ..dan di bawa ke masjid tuk
disembahyangkan

Mak ..
Mak tau tak abang yang jadi imam solat jenazah
mak utk mak..
Mak mesti tau kan .

Mak
Malam tu adik kemaskan
barang mak
Adik Nampak sepucuk surat ..
Rupa nya surat mak kepada anak2
mak...
Mak cakap mak maaf kan semua anak2 mak
Mak HALAL kan susu yg
mengalir dlm tubuh
Semua anak2 mak..
Mak pesan bagi susu badan kat cucu
dia
Isk..isk masa tu nyah menangis teruk

Mak..
Sejak ari tu mmg
kami adik beradik
Mmg berjanji akan bg susu badan kat anak2 kami
Akan
kami jaga anak kami mcm mak jaga kami..

Mak..
Selepas mak pergi mak
dapat 4 cucu sekali gus..
Mak tau tak.adik dapat anak lelaki
Kalo mak ada
mesti mak suka kan ??
Adik nama kan cucu mak MUHAMMAD
DANISH


MAk..
Adik kotakan janji adik pada mak
Adik susukan
Danish mak..
Tapi Danish suka guna botol la mak
Tapi susu nya tetap susu
adik
Mak jangan risau yer..
Kalau dulu mak boleh bg susu mak dlm
tiub
Kenapa adik tak boleh bagi susu adik dlm botol kan ??
Adik tak nak
MALAS mcm nyah dulu..
Mak tau tak sekarang dari empat ,tiga cucu baru mak
tue
Sepenuhnya menyusu badan.
Anak kak chik tue campur sebab kak chik ada
masalah skit
Tapi kak chik pon tgh usahakan jugak

Mak..
Adik tak
sempat belajar ngan mak pasal penyusuan nie
Adik belajar ngan FORUM RATU
HATI...
Mak tentu bangga kalo adik cerita kat mak pasal susu ibu nie'
Tapi
mak..adik tak sempat nak cerita kat mak..
Mak tau tak kat forum nie ramai
pejuang spt mak
Pejuang utk kekalkan anak2 mereka sentiasa sihat..
Mcm mak
berjuang untuk susukan adik dulu..

Mak.
Cukuplah sampai disini
dulu..
Nanti kawan2 kat forum nie sedih pulak..
Adik tak nak diorang
sedih.
Adik diorang baca cerita mak ni sbg pembakar semangat
Untuk menyusu
anak mereka..

Mak..
Mak jangan mara yer adik cerita kat forum
nie..
Adik nak share pengalaman mak pada semua kaum ibu
Supaya menjadi
renungan.

Mak..
Adik nak mak tau..yg ketika ini perasaan rindu
tu
Semakin menebal sehingga menusuk2 hati nie
Terasa sakit nya mak..kerana
menanggung rindu
Tapi yg adik mampu hanya sedekah al fatihah jer..
Adik
berenti dulu yer mak. ASSALAMUALAIKUM

Kredit kepada : Nurul Liza Bt Nordin
email : nurull@sirim.my

Thursday, May 6, 2010

Guru Yang Cantik!!

Desa Anthurium Tanah Rata
Lawatan Kelab Agrosains ke Cameron Highlands pada 29-30 April 2010



Panik aku sekejap apabila ditahan oleh seorang pelajar di koridor sekolah tadi.
Dia berdiri betul- betul di hadapanku dan mendepangkan kedua belah tangannya.
Pelajar perempuan Cina ini salah seorang pelajar yang aku ajar juga.

"Cikgu sangat cantik!" Rupanya itu yang dia nak beritahu aku.

"Apa yang cantik? Cikgu sudah tua! Awak lagi cantik, dan muda!" aku sekadar berbasa-basi.

"Cikgu dah mengajar saya, saya sayang pada cikgu!! Ibu saya juga cantik, walaupun umurnya sekarang 60 tahun. Orang yang saya sayang semuanya cantik-cantik!". Gadis ini memberi penjelasannya bersungguh-sungguh sambil tersenyum.
Dan aku semakin faham.

Photobucket
Kelab Agrosains di Mardi Tanah Rata




Sungguh!!
Orang yang kita sayang semuanya cantik serta hebat.
Dan kita hanya nampak kebaikannya sahaja serta melupakan kekurangannya.

Tuesday, May 4, 2010

Pagi Yang Ceria!

Cup Coffee

Alhamdulillah!
Mudah-mudahan pagi ini dapat dimulakan dengan semangat baru, mood baru.
Kerja pun dapat dibereskan mengikut waktu.

Apa lagi yang tertangguh?
Niat dan harapan semoga rancangan yang diatur berjalan lancar.
Harap-harap tiada lagi yang mengganggu emosi.

Friday, April 23, 2010

Sokong Membawa Rebah!

Wanita mudah berpaut kepada dahan yang paling hampir kepadanya

Setiap hari media menyiarkan kisah wanita Melayu yang terpedaya, teraniaya, dipukau, menggugurkan anak secara haram, meninggalkan keluarga mengikut kekasih atau ditangkap kerana membawa dadah. Serta seribu satu kisah yang tragis. Penyebabnya hanya satu, iaitu lelaki.

Wanita Melayu mudah terpedaya. Itu dinyatakan sendiri oleh penganalisis jenayah yang terkenal, Kamal Affendi Hashim sewaktu mengulas isu wanita berusia yang tergila-gilakan lelaki kulit hitam. Wanita tersebut telah mengikut segala kemahuan kekasihnya hingga kehilangan segalanya, wang ringgit, keluarga dan harga diri.

Walau bagaimana ia bermula, atau siapa yang memulakan namun akhirnya risiko ditanggung oleh wanita juga. Akhirnya wanita juga yang dituduh bersalah.
Jika ia seorang balu kematian suami apabila berkahwin dengan lelaki berkeluarga ia tetap dipersalahkan kerana dianggap merampas suami orang, bapa orang. Namun jika ia kekal sebagai balu, segala kesusahannya membesarkan anak-anak terpaksa dipikul sendiri tanpa bantuan suami.

Adalah tersangat malang apabila wanita ini berkahwin dan kemudian dipersiakan oleh suami keduanya pula. Kisah penderaan anak oleh bapa tiri atau teman lelaki selalu berlaku di negara kita hingga membawa kepada kematian. Malah memperkosa anak tiri serta mengikis wang isterinya sudah menjadi tabiat mereka pula agaknya. Nampaknya orang lelaki sekarang mengambil alih tempat ibu tiri yang dimitoskan zaman dahulu kala sebagai kejam dan zalim.

Gadis Melayu perlu selalu berwaspada dengan janji lelaki kerana lelaki sukar mengotakan janji apabila segala yang mereka idamkan sudah diperolehi.
Apalagi jika mendapatkannya dengan cara yang tersangat mudah.
Berhati-hatilah sewaktu diberi harapan dan kasih sayang kerana ia mungkin palsu semata-mata.

Sandarkanlah ketaqwaan hanya kepada Allah swt kerana Dia tidak pernah memungkiri janji.

Tuesday, April 13, 2010

Jasmine: Simbol Sebuah Cinta!

jasmine2

Sentimental benar perasaan hari ini, merindui orang-orang yang telah tiada di sisi, mereka yang telah pergi menyahut seruan Ilahi, meninggalkan dunia yang fana ini...dan tak mungkin akan kembali lagi.

Nenekku sukakan bunga  Jasmine, dia tanam pokok ini sekeliling rumah. Atukku yang gemburkan tanah dan letakkan baja.Waktu senja ia mengharum nenekku petik dan taburkan atas sejadah sementara menunggu atuk mengambil wudhuk. Ada waktu apabila nenek terlewat atukku pula yang bentangkan sejadah dan menunggu nenek.
Nenekku taburkan bunga jasmine dan cempaka di atas katil Paksu, 'nanti petang Khamis ni Paksu dan Cik Ani balik!' ujar nenek.
jasmine3
Aku hanya melihat kasih sayang di antara mereka yang tidak pernah terucapkan.
Namun aku tahu cinta mereka,
harum
suci
abadi

Aku berdoa semoga mereka berada di dalam lindungan kasih sayangMu ya Allah!

Sunday, April 11, 2010

HBPE1103 : PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI 3


Topik 7 : Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani
Soalan 1
a)      Definisi apakah pendekatan pembelajaran?
b)      Cirikan pendekatan tradisional.
c)       Terdapat 3 kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru berhubung kait dengan kaedah perbincangan .  Nyatakan kemahiran tersebut.
Jawapan 1
a)      Pendekatan merupakan pelbagai sumber latihan dan prinsip yang menjadi pegangan dalam sesuatu pengajaran. Pendekatan merujuk kepada cara untuk mencapai objektif jangka panjang dalam satu mata pelajaran.
b)      Ciri-ciri pendekatan tradisional:
·         Kurikulum ditetapkan
·         Mengutamakan pengajaran
·         Guru menentukan tugasan
·         Tugasan yang sama untuk semua pelajar
·         Guru menentukan ujian piawai
·         Mengukur p&p mengikut gred
·         Berfokuskan guru
c)       Tiga kemahiran yang perlu dikuasai guru berhubung kait dengan kaedah perbincangan:
·         Kemahiran menyoal
·         Kemahiran mengurus aliran maklumat atau jawapan
·         Reaksi terhadap soalan pelajar
Soalan 2
a)      Definisikan kaedah.
b)      Nyatakan ciri-ciri pendekatan.
c)       Terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.Perihalkan 3 pendekatan yang biasa digunakan iaitu pendekatan Tradisonal, pendekatan Humanistik dan  pendekatan Gabungan.
Jawapan 2
a)      Kaedah merupakan suatu perancangan atau prosedur dalam melaksanakan satu pengajaran yang teratur, kemas dan sistematik. Erti kata lain kaedah merupakan cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur.
b)      Ciri-ciri pendekatan:
·         Objektif yang hendak dicapai berbentuk jangka masa panjang
·         Pendekatan berdasarkan teori dan model pengajaran
·         Merangkumi gaya, kaedah dan teknik yang akan digunakan
·         Bersifat aksiomatik, iaitu diterima tanpa keraguan
·         Mencerminkan satu falsafah

c)       Tiga pendekatan yang biasa digunakan ialah:
i)        Pendekatan Tradisional
o   Menggunakankan prinsip pengajaran tradisional
o   Guru memberi arahan dan pelajar mengikut arahan
o   Pembelajaran sehala
o   Guru sebagai pengajar
o   Kebaikan ialah mudah dirancang dan diurus
o   Sesuai diaplikasikan dalam kegiatan berisiko tinggi atau kemahiran khas
Ciri-ciri:
o   Kurikulum yang ditetapkan oleh kemementerian pelajaran
o   Mementingkan pengajaran
o   Guru menentukan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar
o   Tugasan yang sama diberikan kepada semua pelajar
o   Guru menentukan ujian piawai
o   Mengukur pengajaran dan pembelajaran mengikut gred
o   Berfokuskan guru
ii)       Pendekatan Humanistik
o   Menumpukan kepada apa yang berlaku dalam diri seseorang
iaitu perasaan atau emosinya
o   Menekankan cara berfikir, pengamatan dan interpretasi individu
terhadap sesuatu atau peristiwa
o   Kuasa motivasi seseorang ialah kecenderungannya untuk berkembang serta
mencapai hasrat diri
o   Menitikberatkan perkembangan secara bebas, iaitu pelajar bebas belajar apa yang dikehendaki dan ingin diketahui.
o   Guru sebagai fasilitator yang memberi motivasi tentang kepentingan belajar serta merangsang proses pembelajaran di kalangan pelajar
Ciri-ciri
o   Guru menentukan kurikulum sendiri dan murid menetapkan matlamat untuk membuat pilihan dan bertindak
o   Mementingkan pembelajaran
o   Murid menentukan tugasan sendiri
o   Tidak mementingkan ujian piawai
o   Gred bukan pengukur pengajaran
o   Guru berperanan mencungkil potensi murid, memberi  galakan dan maklum balas perlakuan aktiviti


iii)     Pendekatan Gabungan
o   Menggabungkan pendekatan Tradisional dan Humanistik.
o   Diaplikasikan berdasarkan kandungan dan risiko mata pelajaran, keadaan persekitaran serta ciri-ciri pelajar
o   Guru perlu membuat analisis keadaan fizikal, ciri pelajar dan jenis risiko sebelum memilih gaya, kaedah dan teknik p&p
o   Digunakan secara meluas di Negara kita
Ciri-ciri
o   Kurikulum ditentukan oleh kementerian tetapi guru  masih boleh mencapai objektif kurikulum dengan cara sendiri
o   Guru memilih kaedah p&p berdasarkan kesesuaian pelajar dan kurikulum
o   Guru menganalisis ciri-ciri pelajar sebelum memberi  tugasan mengikut keupayaan pelajar
o   Ujian berasaskan ciri-ciri pelajar
o   Pelajar dan sekolah mempunyai ruang untuk menilai diri sendiri
o   Memperluaskan penilaian gred dengan mempelbagaikan kayu pengukur, penilai dan  bentuk ujian
o   Guru berperanan sebagai fasilitator atau pengajar mengikut keperluan objektif.









                                 

Friday, April 9, 2010

Melayu Jangan Hilang Jati Diri!

Mengapa pelajar sekarang suka menyebut perkataan yang tidak baik?
Aku biasa mendengar ucapan-ucapan berikut :
'Cikgu kalau senyum, cantik nak mampus!'
'Perut aku sakit giler malam tadi, tak tau aku makan menatang apa!'
'Mu ni rajin nak mampus, lambat lagi la nak pereksa!'

Aku selalu juga menegur bila sampai ke telingaku.
Dan jawapan yang aku dapat ialah :
'Orang lain pun sebut gitu jugak, cikgu!'

Agama Islam memberi garis panduan selengkapnya melalui Al-Quran dan Hadis.Bukankah jika kita menyebut sesuatu perkara itu secara berulang-ulang ia akan menjadi doa?
Mengapa setiap hari sentiasa berdoa 'nak mampus'? Takut pula kelak Allah makbulkan doa tiba-tiba mati pun jadi 'mampus', lebih hina dari 'mati katak'!
Orang tua zaman dahulu begitu lembut mendidik anak-anak hanya melalui kiasan dan bidalan sahaja, tidak pula menyebut  'perompak itu mampus katak ditembak polis!'

Mengapa harus jadi orang lain?
Jadilah diri sendiri!
Jati diri perlu dibentuk, bukan ditiru!

HBLS1103 : Pengenalan Kemahiran Hidup


Topik 4 : Perolehan dan Pengurusan Mesin, Peralatan dan Bahan
Soalan 1
a)      Terangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa penerimaan barang-barang dari pembekal atau Stor Pusat.
b)      Nyatakan borang-borang yang digunakan untuk pengurusan harta modal, inventori dan alat pejabat.
Jawapan 1
a)      Langkah-langkah penerimaan
·         Semak nota atau bil serahan, nota bungkusan dan invois
·         Semak dan hitung kuantiti yang diterima
·         Memberi akuan terima hanya setelah dipastikan semua barang yang diterima adalah mengikut spesifikasi, berkeadaan baik serta kuantiti yang mencukupi
·         Lapor kepada pegawai atasan dengan serta-merta sekiranya ada barang-barang yang rosak dan kurang bermutu
·         Catat dalam Baucer Penerimaan bagi barang-barang yang dikembalikan kepada pembekal
·         Rekod dalam Kad Kawalan Stok/Kad Petak/Lejar/Daftar Stok Bekalan Pejabat dengan secepat mungkin
b)      Borang-borang yang digunakan untuk pengurusan harta modal, inventori dan bekalan pejabat
·         Kew 312, 312A   -              Daftar Harta Modal
·         Kew 313               -              Daftar Inventori
·         Kew 314               -              Daftar Stok Bekalan Pejabat
·         Kew 315               -              Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori
Soalan 2
a)      Apakah yang perlu dibuat sekiranya sewaktu verifikasi stok didapati terdapat lebihan barang-barang berbanding dengan rekod dan siapa yang perlu bertindak?
b)      Terangkan apakah prosedur pelupusan bagi barang yang bernilai tidak melebihi  RM100.00 bagi setiap  satu barang dan tidak melebihi RM5000.00 keseluruhannya.
Jawapan 2
a)      Pegawai pengawal hendakah membuat perakuan melalui borang Kew 300-T bahawa barang-barang di bawahnya telah diverifikasikan menurut lat-masa yang dikehendaki oleh Panduan 198.
Sekiranya verifikasi itu menunjukkan perbezaan, laporan Kew 300-U1 hendaklah  disertakan bersama perakuan di atas.

b)      Prosedur Pelupusan bagi barang-barang yang bernilai tidak melebihi RM100.00 bagi setiap satu barang dan tidak melebihi RM5000.00 keseluruhannya:
·         Pengetua hendaklah melantik 2 orang Pegawai Pemeriksa yang tiada kaitan dengan pembelian dan pengurusan barang-barang tersebut
·         Pegawai Pemeriksa membuat  pemeriksaan dan membuat laporan dalam
 Borang Kew 300V
·         Pengetua menyemak laporan Pegawai Pemeriksa dan mengesahkan syor Pegawai Pemeriksa. Laporan dalam Borang Kew 300V hendaklah disertakan 5 salinan bersama permohonan pelupusan kepada Jabatan Pelajaran Negeri atau Jabatan Pelajaran Teknikal
·         Setelah menerima kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri , Pengetua hendaklah membuat pelupusan mengikut cara yang diluluskan dalam tempoh 3 bulan dengan disaksikan oleh Pegawai Pemeriksa
·         Setelah pelupusan dijalankan, satu laporan lengkap dalam format Kew 300X hendaklah dihantar kepada:
@ Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia
@ Perbendaharaan Malaysia (Bahagian Pengurusan Kontrak dan Bekalan)
@ Ketua Audit Negara atau wakil tempatan
@ Pejabat Audit Sekolah tempatan
·         Sekiranya barang-barang tersebut dihadiahkan, satu surat pengesahan penerimaan dari penerima barang-barang tersebut hendaklah dilampirkan bersama-sama laporan di atas
·         Jika barang-barang tadi dilupuskan dengan cara dijual, semua hasil hendaklah dikreditkan terus dalam kumpulan wang Persekutuan disatukan dan satu salinan penyata pemungut hendaklah dilampirkan dalam laporan bersama borang Kew 300X tadi.