Followers

Wednesday, April 19, 2017

Kenapa Harus Berlari?

 
Tak faham sungguh dengan students!
Memang kena lari-lari eh kalau nak pulang rumah?
Sampai berebut-rebut, bertolak-tolak keluar bilik kelas, keluar makmal, keluar bengkel semua.
Kalau awak langgar cikgu ni, haruslah cikgu jatuh tersungkur patah hidung, tak cun dahla cikgu idola awak ni haa. Nasib baik cikgu ni takdelah gemuk sangat, kalaulah cikgu ni besar gedabak, pastu awak langgar, huhuhu..cikgu tumbang macam nangka masak jatuh!
Kalau awak-awak pulak yang jatuh, cikgu ni jugakla yang kena hantar awak pergi klinik, mana tau patah kaki ke, luka sana sini. Nak kata rindu kat rumah tak jugak, bersidai je kat luar pagar sekolah diorang lepak-lepak je, bukan terus sampai rumah pun!
Ada yang kena tunggu bas, tunggu ibu atau abah ambik , tunggu bibik, tunggu kawan bagai.
Kadang-kadang cikgu habis kelas tuisyen pun awak-awak masih ada lagi.
Jangan anggap kelas macam penjara tau, bila dapat loloskan diri dari kelas rasa seronok sangat,
Sekolah dan kelas serta guru-guru adalah medium untuk students membentuk diri nak jadi apa, nak asah bakat terpendam, nak menanam benih untuk dituai masa hadapan, atau nak mengumpul ilmu dan pengalaman sebagai penyuluh kehidupan kelak!








Demonstrasi memadam kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat di SMKAS

Wednesday, April 12, 2017

Yes O Yes!

Dah berkurun cikgu cikgu sekolah lain dapat guna ..baru hari ni kami dapat..haha..takpe lastly dapat jugak kan!

Ada rakan guru yang bergurau nak jual handbag yang ada sebab nak beli handbag yang lebih besar, maklumlah handphone dah ada dua tiga tambah lagi ni..alamat penuh handbag nanti haha!
Tapi aku baru ada 2 termasuk yang ini.
Terima kasih kerajaan Malaysia!

p/s: Jaga baik baik ni , harta kerajaan!!!

Tuesday, April 4, 2017

Ayah Sudah Tua!




Bicara Untuk Ayah Mertuaku


Ayah
Sudah sudahlah bekerja 
Umur ayah dah banyak
Pula melepasi usia 70an
Berehatlah Ayah
Ayah pun bukan muda lagi
Ayah sudah tua

Ayah
Sudah sudahlah membanting tulang
Ke segenap penjuru menjemput rezeki
Memerah keringat ke hujung keting 
Mengerah tenaga tulang empat keratmu
Bagai berpencak silat sang pendekar
Berhentilah Ayah
Tenaga ayah sudah lemah
Walau recharge berulangkali
Sedarilah Ayah
Ayah sudah tua

Ayah
Cukup cukuplah mencari rezeki
Pun rezeki kian menghampiri limit
Lagipun wang ayah sudah banyak
Geran tanah ayah bersusun susun
Istana impian pun dah tersergam
Berhentilah bekerja Ayah
Ayah sudah tua

Ayah
Cukup cukuplah mengumpul harta
Ingatlah ayah pesan Rasulullah SAW
Jangan tinggalkan harta benda untuk kami
Sebaliknya bekalkan ilmu sebagai peninggalanmu
Nanti tahulah kami menguruskan hidup
Bersuluhkan ilmu dan iman 
Barulah tenang Ayah di Sana kelak
Begitu banyak kau memberi
Terlalu besar pengorbananmu buat kami
Cukuplah Ayah
Ayah sudah tua

Ayah
Kau tidak pernah mengungkapkan bahawa kau penat dan letih
Tapi kau mengiakannya bila ku bertanya
Kau menyembunyikan kesakitanmu
Namunku merasainya dari kerut wajahmu
Sampai bila Ayah?
Berehatlah Ayah
Ayah sudah tua

Ayah
Maafkan aku dengan bicara ini
Sungguh aku tidak layak berkata-kata
Jauh sekali menegur atau mengajar
Kerana aku hanya menantu perempuan
Tetapi aku mahu kau mengerti
Jauh di lubuk hatiku yang paling dalam
Aku sangat sayang padamu
Insan paling mulia
Kerana tanpamu siapalah suamiku
Kerana tanpamu siapalah anak-anakku