Followers

Wednesday, August 21, 2013

Kemahiran Hidup Bersepadu Elektif Pertanian Tingkatan Satu : Tanaman Sayuran

Tahun ini aku berhasrat untuk menanam sayur-sayuran di kebun sekolah. Tempoh masa yang masih ada (Ogos hingga awal November) adalah sesuai untuk sayur-sayuran seperti kangkung, bayam, kacang panjang, bendi, dan cili.
Langkah permulaan adalah penyediaan tapak.

Penyediaan Tapak

Ciri-ciri tapak paling sesuai :
 * tanah loam yang subur
* tapak rata untuk mengurangkan hakisan
* terdapat punca air
* mendapat bekalan cahaya matahari
* ada kemudahan pengangkutan untuk pemasaran

Menguji pH Tanah
Meter pH
Langkahnya mudah saja, cucukkan meter ke dalam tanah untuk mengetahui tahap keasidan tanah

Nilai pH tanah yang sesuai untuk menanam sayur-sayuran adalah antara pH 5.5 hingga pH 6.5
Gunakan Meter pH untuk membuat pengujian pH tanah. Jika pH kurang dari 7, tanah adalah berasid.
jika pH melebihi 7 tanah adalah beralkali.
Pengapuran dilakukan jika tanah terlalu berasid, iaitu menabur kapur dan biarkan selama seminggu.








Projek tanaman sayuran kami telah bermula hari ini. Aku telah membawa pelajar mengenalpasti tapak untuk tanaman sayuran di kebun sekolah. Kerja-kerja yang telah terlaksana meliputi :

* Membersih Tapak
Pokok-pokok kecil ditebas dan dikumpulkan. Tunggul pokok digali dan rumput dipotong serta dikumpulkan di suatu tempat untuk dijadikan baja kompos.

* Menggembur Tanah
Selepas membersih tapak, kerja menggembur tanah dijalankan. Cangkul digunakan (kawasan kecil je)
untuk kerja menggembur. Tanah digembur sedalam 20-30 cm untuk menghancurkan tanah kepada ketulan yang kecil. Tujuan menggembur untuk membaiki pengudaraan dan saliran, memusnahkan rumpai serta membunuh organisma. (Pengapuran tanah tidak perlu dilakukan kerana tanah sedia subur dan sesuai untuk tanaman sayur-sayuran.

*Membina Batas


Kerja-kerja membina batas yang sedang dijalankan



Selepas kerja menggembur selesai, kerja membina batas pula dilakukan. Saiz batas diukur dari bilangan batas yang hendak dibina ditentukan. Lebar batas ialah 100 cm, tingginya 15-25 cm, dan panjang batas bergantung kepada saiz kebun. Jarak antara batas ialah 45 cm.

Tujuan batas dibina adalah untuk mengelakkan tanah daripada ditakungi air dan memudahkan kerja-kerja penjagaan seperti merumput, menyiram, dan mengawal haiwan perosak.

2 comments:

  1. Blh pnjm x alt ni ckgu...sy nk check tanah dlm pase bungo kaktus sy..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bleh encik Ramzi, beritau je bila nak k!

      Delete