Followers

Monday, October 22, 2018

Herba Yang Menambat Hati!!

Semenjak masuk bulan Oktober, musim panas sudah mulai beralih kepada musim hujan.
Kadang-kadang waktu tengahari pun hujan turun mendadak dengan lebatnya.
Waktu petang dan malam memang tak mengecewakan,  hujan akan turun dan sangat sesuai untuk mengulit tidur hingga ke pagi,  
Walau bagaimanapun, aktiviti berkebun tetapku teruskan seperti biasa dan bila ada ruang dan kelapangan, pasti aku turun 'mencemar kaki dan tanganku demi minat dan hobi yang tak pernah lekang dari hati haha!😍


Pokok Cili Api dah berbuah sulung!


Daun yang lebar berwarna hijau kehitam-hitaman menandakan bekalan baja yang mencukupi
Jika pokok dapat dijaga dengan baik, hasilnya dapat dinikmati dalam tempoh jangkamasa yang lebih lama, sekaligus dapat mengurangkan kos membeli dari kedai!



Pokok Kunyit Temu Pauh kian subur membesar 

Semasa aku masih remaja arwah ibuku biasa menanam pokok ini di atas tanah di halaman rumah, ia tumbuh tinggi dan membiak secara rumpun dengan cepat, jika tidak dikawal boleh merebak hingga ke sekeliling rumah, tetapi jika dibiarkan tanpa digali, ia akan pupus tanpa meninggalkan baka walau sedikit pun!
Arwah emak biasanya akan menghiris nipis-nipis untuk membuat Jeruk Temu Pauh, dijeruk bersama-sama Kunyit dan dimakan sewaktu beliau dalam pantang, hinggakan sewaktu aku bersalin pun arwah emak memberiku makan juga untuk merawat tubuh semasa dalam pantang
Aku dapatkan benih pokok ini pada awal tahun ini juga, semasa encik suami mengajakku bersiar-siar di Pantai Melawi dan kami singgah di tepi jalan untuk membeli hasil kampung seperti ubi keladi, kunyit, pisang dan buah nangka, kebetulan ternampak kunyit temu pauh ini ada dijual sekali. Benih ini sebahagiannya aku tanam secara terus dalam pasu dan selebihnya aku buat Acar Temu Pauh, memang sedap sangat rasanya.


Isi Kunyit Temu Pauh berwarna kuning muda dan baunya harum seperti buah mangga muda,  




Pokok Lempoyang yang banyak khasiat!




Woww!  Setelah menunggu sekian lama, akhirnya pokok ini mengeluarkan bunga yang sangat cantik dan memikat!!!



Pokok Cekur juga mula menambahkan bilangan daunnya, sedap dibuat ulam dan isinya sangat bagus dibuat kuah pecal, memang uummpp!!!