Followers

Thursday, July 29, 2010

Setelah Aku Mengandung Lagi!



Sebaik doktor mengesahkan aku mengandung lagi, suamiku menyambut berita ini dengan penuh kesyukuran.
Anak-anakku bersorak dan menjerit keriangan apabila dikhabarkan bakal menerima adik baru. Situasi kali ini terasa begitu berbeza  kerana anak-anakku kini sudah dewasa berbanding dahulu semasa mereka masih kecil.
Aku pun seperti kekok pula apabila mereka begitu mengambil berat serta memberikan perhatian yang berlebihan kepadaku.

Malahan sikecilku yang berusia 6 tahun itu selalu bertanya 'bila baby akan lahir? Besokkah?
Mengapa lambat sangat?
Tetapi soalan yang paling menggelikan hatiku ialah dia bertanya 'muatkah katil kita nanti nak tidur berempat?
(dia masih tidur dengan kami), dan jawapanku 'tentulah tak muat!
Cepat-cepat dia memberi cadangan 'ma belilah katil kecil untuk baby! hahaha...aku tergelak mendengarnya.

Kini aku sudah berusia 43 tahun. Sesekali rasa bimbang bertamu di hati, mampukah aku untuk menghadapi situasi ini dengan sisa-sisa kekuatan yang ada?

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.
Insyaallah!

12 comments:

  1. wahhh!
    tahniah kak za!
    semoga murah rezeki.. amin

    ReplyDelete
  2. laa...cg ngandung upunye...xpasan lak..huuu..congrate2..

    ReplyDelete
  3. salam,
    tahniah..
    jaga kesihatan tau..

    ReplyDelete
  4. Salam.. kak za tahniah.. JAga kesihatan baik2 tau. doakan sy supaya dapat ikut jejak akak..Amiiiin

    ReplyDelete
  5. eppoo : tq eppoo!..dah jd 3 in 1...belajar sambil kerja sambil mengandung..ahah!

    anonymous : nape tak tulis nama betul...btw thanks a lot!


    cikgu isza : tq isza, saya dah terliur bila dengar awak mengandung!

    Teacher Rina : terima kasih Rina!...nanti rezeki awak pula..dont worry ok!

    ReplyDelete
  6. kak za..mengandung bulan puasa 2 -3 hari lagi...besar hikmahnya...semoga semua impian akan diperkenankan Allah..Ikah doakan sihat cergas la sokmo2..

    ReplyDelete
  7. Rafikah : insyaallah..semoga kita sama2 perolehi keberkatan Ramadhan ini

    Muhammad Burn : thanks!

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah berkat doa, semuanya akan ok.
    Tahniah kak Za.
    Wawa rasa bila mengandung di usia begini di mana anak2 dah besar lagi best sbbnya mereka nanti boleh tolong jaga adik...

    apapun take care yourself ok.

    ReplyDelete
  9. salam...alhamdulillah, tahniah kerana bakal jadi ibu kembali. itu semua kerja Dia, kuat atau tidak, berserah padaNya. Dia lebih mengetahui..

    ReplyDelete
  10. ikut tingkap pown voleee.. ihiks

    ReplyDelete
  11. mohon link http://wicararumi.blogspot.com

    ReplyDelete