Followers

Tuesday, March 2, 2010

Kesepian!



Tiba waktu petang anak-anakku pasti keluar bermain bersama teman,
dan mereka tidak ghalat  tinggalkan aku sendirian di rumah.

Aku masih berusaha menyesuaikan diri dengan perkembangan anak-anak yang menginjak dewasa.
Jika dahulu anak-anakku masih kecil-kecil mereka berlegar-legar mengelilingiku walau ke mana aku berada,
aku pun seronok menyediakan makanan untuk mereka kerana 'laris dan pasti licin.
Tetapi kini suara rengekan bayi dan anak-anak kecil tiada lagi.
Yang tinggal adalah kesibukan mereka dengan sekolah, kerja sekolah dan aktiviti sekolah.
Jika ada kelas tambahan di sekolah aku pasti pulang lewat petang,  pun tiada anak-anak menyambut lagi,
mereka seronok bermain dengan teman tanpa menyedari kepulanganku.

Ah! Aku bosan akan sepi.
Tetapi aku sedar dunia terus berputar tanpa henti.
Besok lusa situasi akan berubah lagi.
Itu yang pasti.
Aku redha!

7 comments:

  1. ishhh.. mesti rindu kenangan itu.. saya juga akan mengalaminya nanti..

    ReplyDelete
  2. kak za...itu tandanya usia kita semakin meningkat...saya pun pasti akan merasainya..lebih2 lagi anak2 yg x berapa ramai ni ..

    ReplyDelete
  3. @cikgu isza : penglmn jd ibu sama sj bg stiap wanita kan..

    @ikah : dan pjalann pun makin hmpir ke sblh sana.

    ReplyDelete
  4. kak, pegi lah ikut bermain2 dgn anak. pasti seronok. =D

    ReplyDelete
  5. seronok ada anak. saya suka budak2 cikgu zaza. selalu jeles bila tengok budak2 kecil ni. rasa nak cubit2.. nak kahwin, muda lagi. lagipun belajar tak abis lagi. rasa bahagia je main dengan kanak2 riang ni. :D

    ReplyDelete
  6. Begitulah kehidupan...saya jua mengalami keadaan yg sama bila seorang demi seorang anak mula melangkah tinggal di asrama.Sampai ada ketika tidak lalu makan sbb sunyi tanpa mereka

    ReplyDelete
  7. @aMad, sy suka bw mereka kluar bl sy free hari minggu.

    @Amir, sy pun x galak awak kahwin tau. Masa awak bmain budak2 nti suatu masa lmbat lagi.

    @ummi ida, adik beradik saya 9 orang tapi skrg ibubapa saya tinggal berdua sahaja di rumah, suatu hari situasi ini tiba pada kita pula.

    ReplyDelete