Setiap kali berakhir sesi kelas, pelajarku pasti datang menghulurkan tangan dan mencium tanganku.
Apakah yang bermain di kotak fikiranku saat itu?
Di sebalik wajah-wajah polos ini, kelak akan lahirlah pemimpin-pemimpin hebat yang bakal memimpin umat di masa hadapan.
Di sebalik sinar mata penuh kesucian ini nanti akan muncul pejuang agama Allah, sebagai khalifah yang akan berjuang , sehingga tertegaknya syariat Allah di muka bumi ini.
Di sebalik kehangatan jejari mulus ini, aku yakin suatu hari nanti akan lahir doktor ternama dan mungkin akan merawatku apabila aku sudah tua nanti, atau peguam atau pensyarah yang mungkin bakal mendidik anak-anakku atau cucu cicitku kelak.
-wajah inilah nanti yang akan menjadi anggota keselamatan serta perajurit tanahair yang akan menjaga keselamatan negara serta memastikan kita dapat hidup dalam suasana penuh aman dan harmoni sepanjang zaman
Begitu sucinya hati anak-anak ini, meraih tanganku dan mengucupnya tanpa kompromi.Menganggap aku begitu sempurna bagaikan ibu sendiri.Betapa bertuahnya aku!
Siapalah aku untuk dikasihi sebegini setiap hari, sedangkan aku berkhidmat kerana mengikut perjajnjian dengan kerajan dan dibayar gaji pula. Namun apa yang aku perolehi bukan sahaja kerjaya dan gaji semata-mata tetapi lebih daripada itu.
Aku memperolehi kasih sayang yang tidak ternilai banyaknya dari anak-anak didikku, sesuatu yang tidak aku perolehi jika aku tidak berada di sini!
Diriku ibarat sebuah teksi penumpang yang kerjanya mengangkut dan menghantar penumpang ke destinasi, dikerah segala kuasa dan tenaga setiap hari.Maka enjinnya perlu selalu diservis dan dipastikan sentiasa berkeadaan baik untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang.
Aku perlu selalu muhasabah diri, kerana aku hanya manusia biasa,Aku mencintai kerjaya ini serta anak-anak didikku.Bagiku tiada kebahagiaan hakiki bagi seorang guru selain melihat kejayaan pelajar yang telah dididiknya.
Salaam ukhuwwah Zazas,
ReplyDeleteTeruskan ibadah cikgu ini demi membina anak bangsa menjadi khalifah dunia. Semoga Allah permudahkan segala usaha. Amin.
VpeaceV
waduh! terkesan pula sanubariku bila menelaah luahan hati adikku Zaza.
ReplyDeleteKejap lagi saya bookmark blog ni. ;) opsss... sampai terlupa pula memberi salam, salamelekom, wbt duhai Cikgu zaza yang ayu, tapi pemalu!
@U: takdirku di sini..bersama anak-anak sekolah..sentiasa cuba memberi walaupun diriku serba kekurangan, terima kasih buat U dengan dorongan darimu akanku jadikan pembakar semangat.
ReplyDelete@Abgbent: terima kasih Abgbent!Luahan hati Cikgu Zaza mewakili impian dan harapan semua insan bernama cikgu...
nama blog "Apresiasi Seni Seorang Guru" memang sangat sesuai untuk cikgu zaza..ni pertama kali dengar luahan hati seorang guru..sob3..
ReplyDeleteboleh lah nak link kan blog ni pada adik2 yang masih bersekolah,biar mereka tahu isi hati seorang guru macamana..
Salam Cikgu!!! Teringat masa berkhidmat dulu!! macam2 jawatan/tugas diberi, hanya jadi pengadil selalu saya tolak? kenapa ya!! kerana selalu rasa tak adil sesama peserta. Tahniah Cikgu.. tinggal kenangan setelah 31 tahun dalam pendidikan.
ReplyDelete@ sendra : tq sendra, alternatif dlm komunikasi guru - murid --> blogging!!
ReplyDelete@ Cik Yang : sy kagum dengan Cik Yang..dah tinggalkan sekolah tapi masih sihat dan aktif..jangan lupa ya segala pengalaman berharga tu curahkan dalam blog..nanti kami nak kongsi buat panduan..
TERIMA KASIH ZAZA, SAYA DAH JUMPA LUAHAN YANG SAYA NAK BACAKAN PADA SAMBUTAN HARI GURU NANTI. MUDAH-MUDAHAN ANAK-ANAK DIDIK MEMAHAMINYA...
ReplyDelete