Hasilnya tidak berapa licin sangat, kerana kulit ni bergolek-golek ditiup angin semasa aku menyemburnya |
Seingat aku kali pertama dan terakhir belajar eggcrafts semasa aku Darjah 2 di Sekolah Kebangsaan Machang, Kelantan pada tahun1975!
Sebenarnya aku sudah lupa nama guru yang mengajar subjek Lukisan & Kerjatangan itu. Maklumlah subjek ini hanya seminggu sekali dan kadang-kadang dibatalkan.
Dia jugalah yang mengajar aku menjahit cross-stitch. Aku melukis gambar seekor beruang di atas kain bersaiz 10cm x 10cm yang diedarkannya kepada setiap orang murid.
Ada kawan-kawanku yang membuang-buang sahaja kain tersebut, tetapi aku berjaya menyiapkan jahitan (walau dengan susah payahnya) serta buruk rupanya.
Mungkin kerana aku sangat berminat sebenarnya.
Tetapi sejak itu aku memang boleh menjahit cross-stitch tanpa masalah lagi.
Tetapi sejak itu aku memang boleh menjahit cross-stitch tanpa masalah lagi.
Semasa dia mengajar kami melukis di atas kulit telur serta menghiasnya, pada sangkaanku hanya itu sahaja cara untuk mencantikkan kulit telur tersebut.(gunakan cat air).
Bagiku tiada istimewa apa pun eggcraft ini. Maklumlah aku masih kecil masa tu dan tidak pernah didedahkan dengan dunia seni yang luas ini.
Bagiku tiada istimewa apa pun eggcraft ini. Maklumlah aku masih kecil masa tu dan tidak pernah didedahkan dengan dunia seni yang luas ini.
Tetapi hari ini aku telah menggunakan ilmu yang dititipkannya ini untuk membereskan assignmentku.
Gunakan spray adalah kaedah yang paling mudah untuk mendapatkan permukaan yang cantik dalam eggcraft, kos pun murah hanya Rm5 satu tin |
Kali pertama buat eggcraft selepas 35 tahun! |
Lakukan aktiviti menyembur cat spray semasa cuaca kering untuk hasil terbaik |
Sembur satu lapisan nipis, tunggu hingga kering baru sembur lagi, semburan boleh dibuat beberapa lapisan hingga mendapat hasil yang dikehendaki |
Sebenarnya puas aku recall nama guru tersebut, tetapi gagal.
Namun aku sangat terhutang budi dan berterima kasih kepadanya dengan ilmu yang telah dicurahkannya kepada kami. Walau di mana dia berada aku tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaannya.
Terima kasih cikgu!
wah lawa la telur tu. nice. :D
ReplyDelete