Followers

Thursday, March 11, 2010

Assignment Semester Dua OUM-Kemahiran Hidup - Projek Rekacipta




Tin aluminium mudah di dapati di mana sahaja

Soalan tugasan Kemahiran Hidup Semester Dua berbunyi lebih kurang seperti berikut:

 'Hasilkan suatu produk yang boleh berfungsi serta mempunyai nilai komersial (menarik minat pengguna untuk membeli) dari barang terbuang seperti reja kayu, lebihan logam, plastik, pvc, komponen elektronik (LED, buzer dan lain-lain) atau barang lain yang boleh dikitar semula.'

Aku bercadang untuk menghasilkan suatu produk yang kecil sahaja tetapi penuh unsur-unsur seni dan mempunyai nilai komersial yang tinggi, serta menepati pula citarasaku sebagai seorang wanita.
Barang terbuang yang aku gunakan ialah tin aluminium dan kulit telur. Kemudian ditambah nilai dengan cat spray, renda dan reben.



Maafla aku ni kidal!
 Langkah-langkah penyediaan:
@Sediakan lukisan kerja.
@ Sediakan jadual kerja.
@ Sediakan bahan-bahan Projek Rekacipta : tin aluminium, kulit telur, cat spray, hot glue, reben dan renda serta bunga-bunga kecil sebagai hiasan.
@ Sediakan alatan tangan seperti Pita Pengukur, Permanent Marker Pen, Gunting, Cutter, Playar Muncung Tirus, Tukul Warrington dan Hot Glue Gun.

Langkah Menyediakan Bahan:
@ Baca dan terjemahkan Lukisan Kerja.
@ Ukur tin aluminium menggunakan Pita Pengukur dan tandakan dengan Permanent Marker Pen di tempat yang akan dipotong (di tengah-tengah badan tin).
@ Potong tin aluminium menggunakan Gunting atau Cutter hingga mendapat dua bahagian yang sama besar.
@ Gunakan Permanent Marker Pen untuk menanda hujung tin yang telah dikerat sebagai basi kelim kira-kira 5 mm bagi mengemas tepi kelim.
@ Bengkokkan hujung tin dengan Playar Muncung Tirus bagi memudahkan kerja mengemas tepi kelim
@ Ketuk tepi kelim menggunakan Tukul Warrington untuk mengemas dan melicinkan tepi kelim.

      Menyapu Kemasan Awal:
      @ Susun tin aluminium di atas kertas. 
@ Sembur dengan cat spray satu lapisan nipis. 
@ Lakukan aktiviti semburan sewaktu cuaca kering untuk mendapatkan hasil kemasan yang cantik dan licin.
Semburan dilakukan satu lapisan nipis, tunggu hingga kering.
Barulah diulangi lagi semburan kedua dan begitulah seterusnya hingga mendapat hasil kemasan yang benar-benar sempurna. 
@ Kulit telur juga dicat dengan cat spray mengikut warna yang dikehendaki.
Memasang Kemasan Akhir:
@Panaskan Hot Glue menggunakan Hot Glue Gun.
@Lekatkan renda, reben dan hiasan bunga-bunga kecil pada bahagian luar tin aluminium.

 Beginilah rupa kemasan bahagian luar yang telah siap.



Kulit telur yang telah siap disembur cat spray



Bahan-bahan penambah nilai komersial



Lukisan Keratan menunjukkan kedua-dua bahagian yang dipotong
Lukisan Unjuran Ortografik menunjukkan Pandangan Hadapan Tin Aluminium yang masih belum dipotong.


 Langkah-langkah Kemasan terakhir:
@ Seterusnya sediakan kemasan pada bahagian dalam menggunakan plastik atau beg politena yang dilekatkan dengan Hot Glue.
@ Langkah terakhir sekali ialah susun 'telur dalam bekas yang telah siap.
@ Nah, terhasillah Hantaran Bunga Telur  Pengantin.
 Kemasan bahagian dalam menggunakan plastik beg politena kerana mudah didapati tanpa membeli di kedai
 Inilah rupa Hantaran Bunga Telur Pengantin yang mudah disediakan, cepat serta menjimatkan kos

Hantaran Bunga Telur Pengantin
Refleksi kendiri berkenaan projek rekacipta hasil barang kitar semula

Sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus Kemahiran Hidup Bersepadu ini aku telah berusaha sedaya-upaya untuk melaksanakan tugasan ini dengan sebaik mungkin seperti berikut:
*Merujuk maklumat daripada kawan-kawan sepengajian serta rakan-rakan guru Kemahiran Hidup untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas dan terperinci.
*      Merujuk dan membuat kolaborasi dengan Pensyarah Kemahiran Hidup iaitu Cik Fauziah Bt Haji Jamil berkenaan maklumat lengkap yang perlu ada dalam pendokumentasian, serta langkah-langkah melaksanakan tugasan projek serta mendapatkan tips membuat persembahan terbaik di ms powerpoint.

*      Melalui pembacaan dari buku dan majalah berkaitan barang-barang kitar semula.

*      membuat kajian dan penyelidikan di kedai dan di tempat komersial untuk mendapatkan idea tentang penggunaan barang kitar semula berasaskan logam.

*      melayari internet dan mendapatkan maklumat secukupnya tentang penggunaan produk komersial yang telah dikitar semula.

Hasil dari kajian tersebut aku mendapati :
*      Proses kitar semula produk logam ini telah membantu mengurangkan kadar pencemaran hasil pembuangan sampah. Penduduk kurang terdedah kepada pencemaran sekaligus taraf kesihatan adalah lebih baik.

*      Apabila produk ini dikitar semula, ia dapat memberi pendapatan sampingan kepada pihak yang terlibat jika mampu menghasilkan produk yang berkualiti kepada pengguna.

*      Aku memilih untuk membuat projek ke atas tin minuman aluminium kerana faktor-faktor mudah didapati, dapat mengurangkan kuantiti sampah domestik, selamat digunakan serta tidak membahayakan pengguna.

*      Projek Rekacipta Hantaran Bunga Telur  Pengantin ini tercetus setelah  aku dapati bunga telur  sangat penting di dalam majlis perkahwinan tetapi harganya sangat mahal.
Adalah diharapkan dengan penggunaan tin aluminium ini sebagai bekas telur adalah lebih praktikal
dengan kos yang murah tetapi berkualiti dan setanding dengan Bunga Telur yang dibeli di kedai, serta mempunyai nilai-nilai komersial setelah ia ditambah nilai.

*      Besar harapanku  projek ini dapat menyumbang idea yang lebih kreatif  kepada orang lain di masa-masa yang akan datang. Apalagi memandangkan kos mengendalikan majlis perkahwinan adalah terlalu tinggi serta perlu menyediakan pelbagai peralatan pengantin yang mahal dan di luar kemampuan.








10 comments:

  1. wah!! mcm best jew wat xment mcm tuh segala...
    my mom pown ada xment mcm neyh, but dorang lukis batik..
    huhuhuh...

    ReplyDelete
  2. @ mystory: tq dik! rekacipta kawan2 sy buat lagi canggih dari ini, ada yang buat sarang burung guna penutup kipas, buat lampu study,seorang tu buat tempat barbique pakai tin minyak masak siap kipas berbateri dan macam-macam lagi..semua guna barang kitar semula..terpegun saya tengok..

    ReplyDelete
  3. @adreynieelisya: terima kasih lisya, seronok juga lukis batik sy pernah cuba tapi tak cantikla..mama lisya mesti ada bakat melukiskan..

    ReplyDelete
  4. cantik dan kreatif,
    berguna dan praktikal..
    boleh kita tiru idea untuk perkahwinan adik nanti?
    :)

    ReplyDelete
  5. @ cikgu isza : tima kacih cikgu isza..nak tiru idea boleh sesangatla..memang utk dikongsi bersama pembaca blog.
    Tahniah krn bakal dapat adik ipar!

    ReplyDelete
  6. tahniah... satu hasil tugasan yang menarik dan kreatif.

    ReplyDelete
  7. @achik : terima kasih achik. Terpaksa buat juga klu xmahu pun. Dlu beriya-iya sgt nak further study...kan?

    ReplyDelete
  8. sungguh kretip...mmg sesuai jd cikgu khb..pasni usahawan plak ek..

    ReplyDelete
  9. @Rafikah : tima kacih adikku. Sempat ke jd usahawan??

    ReplyDelete