Kuntum Jasmine
Menggunakan 2 jenis manik sahaja iaitu :
@manik segi empat
@manik berlian (tengah kelopak bunga)
Pilihlah warna manik yang sesuai dengan fabrik, iaitu mengikut ton warna
Fabrik plain paling cantik jika dijahit dengan bunga-bungaan manik
Langkah pertama ialah menentukan kedudukan kuntum bunga dengan menanda secara dot lalu dijahitkan manik berlian sebagai inti/tengah kelopak bunga
Kaedah jahitan ialah Jelujur Halus dan Jelujur Kasar
Untuk membentuk kelopak bunga atau daun, 3-4 biji dicucuk untuk sekali jahitan, ulangi jahitan supaya lebih kukuh
Setelah kuntum-kuntum bunga siap dijahit barulah menjahit hiasan tambahan di keliling bunga tadi
No comments:
Post a Comment