KEMULIAAN BULAN MUHARRAM
Muharram – yang diharamkan atau yang dipantangkan
Bulan ini umat Islam dilarang berperang atau menumpahkan darah, berlangsung sampai permulaan Islam.
Khalifah Umar bin Al-Khattab berpendapat peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah merupakan permulaan tahun baru Hijrah, dan diterima oleh para sahabat.
10 Peristiwa penting pada 10 Muharram
· Taubat Nabi Adam as. Diterima oleh Allah SWT
· Nabi Idris as. Diangkat ke Syurga
· Nabi Nuh as. Diselamatkan dalam pelayarannya
· Nabi Ibrahim as. Diselamatkan Allah dari dibakar Raja Namrud
· Nabi Yunus as. Dikeluarkan dari perut Ikan Nun
· Kesalahan Nabi Daud as. Diampuni oleh Allah
· Nabi Yusuf as. Dibebaskan dari penjara
· Nabi Ya’kub as. Dapat melihat kembali
· Nabi Ayub as. Disihatkan dari penyakit kulit
· Laut Merah terbelah dua menenggelamkan Firaun
Amalan yang dianjurkan pada Bulan Muharram
· Membaca doa awal tahun pada 1 Muharram selepas menyempurnakan solat Maghrib
· Berpuasa sunat pada 9, 10 dan 11 Muharram
@ puasa utama selepas puasa bulan Ramadhan
@ menghapuskan dosa setahun yang lalu
@ mendapat 30 kebajikan setiap hari berpuasa
· Bersedekah – pahala seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta selama hidupnya
· Mandi Sunat – terhindar dari penyakit pada tahun itu kecuali mati
· Menyantuni Anak Yatim – pahala seolah-olah ia menyapu kepala seluruh anak yatim di muka bumi
· Menziarahi Orang Sakit – pahala seolah-olah ia menziarahi seluruh orang sakit di muka bumi
· Mengerjakan Solat Sunat Muharram pada 10 Muharram
@ 4 rakaat 1 salam tanpa Tahiyat Awal
@ dilaksanakan waktu malam ketika Qiamullail
@ dilaksanakan waktu siang bukan pada waktu yang diharamkan solat
@ membaca surah Al-Ikhlas 51 kali setiap rakaat selepas Al-Fatihah
(Rahsia & Amalan Bulan Islam Muharram-Zulhijjah)
Kasmuri Selamat Ma – Darul Nu’man
No comments:
Post a Comment