Followers

Friday, April 23, 2010

Sokong Membawa Rebah!

Wanita mudah berpaut kepada dahan yang paling hampir kepadanya

Setiap hari media menyiarkan kisah wanita Melayu yang terpedaya, teraniaya, dipukau, menggugurkan anak secara haram, meninggalkan keluarga mengikut kekasih atau ditangkap kerana membawa dadah. Serta seribu satu kisah yang tragis. Penyebabnya hanya satu, iaitu lelaki.

Wanita Melayu mudah terpedaya. Itu dinyatakan sendiri oleh penganalisis jenayah yang terkenal, Kamal Affendi Hashim sewaktu mengulas isu wanita berusia yang tergila-gilakan lelaki kulit hitam. Wanita tersebut telah mengikut segala kemahuan kekasihnya hingga kehilangan segalanya, wang ringgit, keluarga dan harga diri.

Walau bagaimana ia bermula, atau siapa yang memulakan namun akhirnya risiko ditanggung oleh wanita juga. Akhirnya wanita juga yang dituduh bersalah.
Jika ia seorang balu kematian suami apabila berkahwin dengan lelaki berkeluarga ia tetap dipersalahkan kerana dianggap merampas suami orang, bapa orang. Namun jika ia kekal sebagai balu, segala kesusahannya membesarkan anak-anak terpaksa dipikul sendiri tanpa bantuan suami.

Adalah tersangat malang apabila wanita ini berkahwin dan kemudian dipersiakan oleh suami keduanya pula. Kisah penderaan anak oleh bapa tiri atau teman lelaki selalu berlaku di negara kita hingga membawa kepada kematian. Malah memperkosa anak tiri serta mengikis wang isterinya sudah menjadi tabiat mereka pula agaknya. Nampaknya orang lelaki sekarang mengambil alih tempat ibu tiri yang dimitoskan zaman dahulu kala sebagai kejam dan zalim.

Gadis Melayu perlu selalu berwaspada dengan janji lelaki kerana lelaki sukar mengotakan janji apabila segala yang mereka idamkan sudah diperolehi.
Apalagi jika mendapatkannya dengan cara yang tersangat mudah.
Berhati-hatilah sewaktu diberi harapan dan kasih sayang kerana ia mungkin palsu semata-mata.

Sandarkanlah ketaqwaan hanya kepada Allah swt kerana Dia tidak pernah memungkiri janji.

6 comments:

  1. kadangkala orang perempuan itu sendiri yang memberi ruang utk orang mengambil kesempatan.. dah ader yang tegur dan nasihat tapi berpegang pada prinsip hidup katanya..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Dunia akhir zaman begini.... siapa yang jujur akan menjadi mangsa... kadanga-kadang "dahan" pun menjadi mangsa....

    ReplyDelete
  3. ada juga sokong yang membawa barokah,nilai sendiri orang yang anda dampingi dengan mata hati bukan dengan mata nafsi

    ReplyDelete
  4. skong sngt2 dengn kata2 cikgu ni..

    ReplyDelete
  5. .....dah lama tak ada entry baru... sibuk ke??

    ReplyDelete
  6. bercakap tentang perempuan menjadi mangsa kata2 manis dan janji2 palsu dari lelaki memang tidak dapat disangkalkan lagi sekarang.

    Syaitan bertopengkan manusia ada dimana2 sahaja.Setiap wanita harus berwaspada dengan anasir2 seperti ini.

    Persoalannya disini,sebelum terjadi semua perkara buruk seperti ditipu,diperdaya dan pelbagai lagi,harus kita renungkan,dari mana datangnya punca masalah itu?

    Syaitan bertopengkan manusia ada dimana2 sahaja.Itu benar..tapi jarang rasanya berjumpa mereka dirumah2 ibadat ataupun tempat2 yang suci.Biasanya mereka berada di tempat2 yang keji seperti tempat maksiat dan lain2.

    Jika wanita itu sendiri ketempat2 sebegitu,tidak hairanlah mereka umpama mangsa yang sudah termasuk didalam umpan lelaki jahat sendiri.

    Wanita yang pandai menjaga diri mereka,bijak melawan pujuk rayu apa semua pasti boleh menghindarkan semua ini..

    Ada yang berkata,golongan wanita memang golongan yang mudah diperdaya..tapi pada saya itu semua bergantung pada mentaliti masing2..

    Ironinya,kekuatan wanita terlihat akan daya tahan melawan godaan dan tidak goyah pegangannya.

    ReplyDelete