Followers

Friday, February 5, 2010

Nilai Lelaki Di Mata Wanita!

Apakah yang dipandang oleh seorang wanita terhadap lelaki?



Seorang lelaki patut mengetahui apakah ciri-ciri yang perlu ada pada diri mereka,
barulah proses memikat wanita idaman terlaksana tanpa halangan.

@ rupa dan bentuk badan
Bentuk fizikal dan tubuh badan adalah anugerah dari Tuhan. Seseorang wanita tidak memilih pasangan berdasarkan ketampanan atau handsomenya lelaki itu. Istilah kacak seorang lelaki itu sebenarnya adalah subjektif, dan terpulanglah kepada naluri wanita itu sendiri.

@ ilmu dunia dan akhirat
Wanita memilih lelaki yang berilmu atau berpendidikan kerana semakin tinggi ilmu seorang lelaki semakin  mudah beliau mendidik isteri dan anak-anaknya. Amalan baik yang dilakukannya setiap hari seperti bersolat, berpuasa dan sebagainya itu menjadi pelita kepada sebuah keluarga bahagia.

@ budi-bahasa
Ada sesetengah lelaki mempunyai taraf pendidikan yang tinggi hingga mendapat Sarjana atau Phd. Jikalau ilmu ditambah dengan budi pekerti yang baik, betapa tingginya martabat lelaki itu di mata wanita.Tetapi alangkah malangnya beliau jika mendapat pendidikan yang tinggi tetapi masih gagal mendidik dirinya sendiri.

Wanita lebih menyukai lelaki yang matang, bijak dan ada unsur humor bila bercakap. Tetapi penyayang dan bersopan serta menghormati wanita .Jauhkan perkataan menghina, mengutuk, menuduh apalagi mencarut. Nilai seorang lelaki begitu mudah dilihat sebaik sahaja dia membuka mulut.

@ rajin membantu
Lelaki yang baik adalah sinonim dengan ringan tulang atau rajin.
Wanita memerlukan bantuan dan sokongan dari seorang lelaki sewaktu membuat sesuatu kerja atau tugas.
Jikalau diberi pilihan tentulah lelaki pemalas tidak mendapat tempat di hati wanita

@ harta kekayaan
Mengukur kekayaan atau harta benda seseorang adalah subjektif. Terpulanglah kepada wanita tersebut yang menilainya kerana ada yang menganggap semakin berharta seorang lelaki semakin tinggi asetnya di mata wanita.Tetapi sebahagian wanita tidak meletakkan harta benda sebagai syarat memilih pasangan.

11 comments:

  1. perempuan suka lelaki=subjektif..
    betul2!
    sebab tu kadang-kadang kita pun tak tahu kenapa kita suka dia, its just that kita suka dia.
    :))

    ReplyDelete
  2. hm. ye ke tak pilih ikut fizikal?
    macam susah nak percaya je

    ReplyDelete
  3. salam

    heeeeeeee

    saya mencari lelaki yag boleh dijadikan pemimpin bagi saya, boleh membimbing..

    so, kena ada agama
    ada kerja
    tahu tanggun jawab
    grrrrrrrrr

    ReplyDelete
  4. hahahhaha.

    fuzikal tu sedap mata memandang rr ngeeeeeeee

    ReplyDelete
  5. salamz...harap dapat gaks dedahkan ciri2 impian seorang lelaki pada perempuan laks lepas nie huhuhu

    ReplyDelete
  6. sy mengalu-alukan apa2 saja idea dan cadangan demi kebaikan bersama

    ReplyDelete
  7. dah boleh dah cikgu.

    handsome tak handsome subjektif, mcm cikgu ckp.
    sbb mcm kita jgk kdg2 kita tengok orang lain kita ckp handsome, kwn kata tak handsome. baguslah Allah kurniakan kita ni berbeza2 citarasa. Kalau tak sume orang x nak kahwin dgn org tak handsome.

    ReplyDelete
  8. salam ukhwah...
    Yang beriman dan berakhlak mulia.

    ReplyDelete