Followers

Friday, February 19, 2010

Cemburu Seorang Isteri!

Saling Bahu Membahu



Mengapa seseorang isteri sering mencemburui tindak tanduk suaminya?
Tidakkah dia sedar selama berbelas-belas tahun bahkan berpuluh-puluh tahun tidur berbantalkan lengan suami, mengapakah dia masih tidak dapat memberi kepercayaan kepada suami?

Seseorang suami yang masih bersama kita sehingga sekian lama bermakna dia adalah suami yang baik.
Jarang sekali kita mendapati suami begini akan bertindak di luar dari sepatutnya.
Selagi dia berupaya memberi kita nafkah zahir dan batin serta tidak mengabaikan anak-anak, itu adalah suatu petanda bahawa dia bahagia berada di sisi kita serta menghargai kita sebagai isteri.
Selagi dia masih setia dan pulang ke rumah setiap hari, itu adalah isyarat paling jelas betapa dia memerlukan kita melebihi orang lain.

Seseorang isteri harus meletakkan kepercayaan mendahului rasa cemburu, kerana itu adalah penghargaan  terbaik terhadap suami yang dicintai.

4 comments:

  1. :) :) :)
    dah nama pun pompuan
    mesti ada juga setitis perasaan tu

    ReplyDelete
  2. kalo suami tak tunjukkan tingkah laku yg buat isteri curiga rasenye xkn timbul rase cemburu...

    Khaizarien @ atie Blog

    ReplyDelete
  3. pErKaHwInAn....satu perkongsian bukan untuk pemilikan....pengongsian yang saksama dan adil...kekadang ianya berpanjangan kekadang sekerat jalan.Amanah perlu dijaga...usah amarah yang selalu menjelma...renungan seketika...manusia dijalinkan untuk berpasang pasang...dilebihkan kepada lelaki. Insan perasan..akan meneliti dan mengkaji..mengapa begini kehedak Ilahi.Lelaki mengandung benih, perempuan mengandung sifat...apabila keduanya berpakat baru sempurna amal yang dibuat.
    Terpanggil untuk menitip cerita dunia di sini di sana...ragam ragam yang tak sunyi berwarna.Untuk kita miliki amat mustahil...untuk menjaga amanah juga kadang kadang jahil. Demikian kita terus berfikir...cemburu itu tanda sayang bukan cemburu melulu.Penyerahan...aku dimiliki Tuhan bukan sesiapa jua insan...pentingnya amanah yang dijaga...peranan diri, kalau isteri...isterilah pun jua suami...hanya sementara mengikut kehendak masa.Mengapa di simpan di hati kan menjadi duri...menyakitkan. Hati tempatnya Tuhan, biar dia tentukan.Amanah terus,terus dijaga jangan terleka...iblis syaitan sering berbisik kata nista kata celaka.Wahai isteri isteri soleha...tempatmu cepat ke syurga cepat juga ke Neraka...jauhkanlah.Jaga amanah jaga maruah...kemudian berserah.Hati amat sensintif...terkadang diputar belit hingga terlupa diri... jauhkan sifat buruk sangka...cipta bahgia.Kalau diri punyai sikap nak memunya namun luka dan duka jua kita ketemu..andai diri menyedari hidup ini berkongsi alhamdulilah saling faham memahami seadanya amanah yang perlu dijagai....tenang hati berserah tidak rasa susah tidak akan gundah.Tidak timbul cemburu membawa haru.Mengapa diharap teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar.Hanya pandangan...muga kau hanya isteri...isteri yang redha...aB

    ReplyDelete
  4. wah lama tak makan tart nenas.. dekat stahun lebihla jugak... btw, mak sy suka buat kuih ni. tapi tak reti buat jem sendiri macam cikgu zaza buat.. :D

    ReplyDelete