Followers

Saturday, January 30, 2010

Bekerja Tanpa Keluar Rumah

Aku pergi ke mana-mana pun selalu bertembung dengan bekas pelajarku. Ada  yang masih belajar dan ada yang sudah bekerja. Tetapi ada juga di antara mereka yang tidak dapat belajar atau bekerja  kerana terpaksa menemani ibu di rumah yang sudah tua atau sakit.
Bila ditanya dari mana mereka dapat sumber kewangan, tekan kat ATM wang kiriman abang atau kakak.
"Cukup ke?
Bolehlah untuk teruskan hidup.
"Sampai bila?
Tak tahu, tiada jawapan pasti.
Aku sebenarnya suka memberi idea sahaja, boleh diterima pakai atau tidak, terpulanglah kepada individu tersebut yang membuat keputusan.

Wang boleh diperolehi dengan mudah walau pun kita tidak keluar dari rumah untuk bekerja.
Tetapi langkah pertama adalah mengenalpasti apakah bakat atau kemahiran atau kecenderungan kita.
Kenalpasti apakah kebolehan kita?
Memasak?
Menjahit?
Membaikpulih?
Berkebun?
Ict?
Tiusyen?
Menulis/berkarya?

Gunakan segala kemahiran yang ada sehingga boleh menghasilkan wang untuk anda.
Jika kamu pandai memasak, carilah apakah jenis masakan yang paling mahir dan terbaik kamu boleh hasilkan?
Roti? Kek? Lauk-pauk? Atau nasi? Mulakan secara kecil-kecilan tetapi biarlah ia berterusan.
Kelak hasil yang kamu perolehi akan mendatangkan manfaat yang tidak ternilai untuk membina kehidupan
di masa hadapan.
Aku sendiri tidak dapat menerima kenyataan jika kita hidup tanpa mencari wang.
Tidak kira lelaki atau wanita, masih bujang atau  berkeluarga, kita sebenarnya berada dalam kerugian
jika hidup tanpa bekerja.


Janganlah selamanya kita melihat pelangi itu indah di atas kepala orang lain,
kerana sesungguhnya pelangi itu juga amat indah dilihat orang apabila berada  di atas kepala kita.


Semasa usia masih muda, idea masih mencurah-curah, tenaga masih kuat dan cergas, janganlah sekali-kali dipersiakan kerana penyesalan di hujung usia sudah tidak berguna lagi.

Jangan dijadikan halangan sebagai alasan, sedangkan halangan itu adalah batu loncatan untuk kita membuat lompatan saujana ke arah mencapai matlamat hidup yang lebih bermakna.




5 comments:

  1. setuju dgn kak za..ruginya hidup tanpa bekerja..jika telah bekerjaya pula boleh isi masa terluang dgn apa saja bentuk perniagaan..

    Kdg2 bukan untung yg dicari..tapi kepuasan yg diperolehi sgt tidak ternilai harganya...=)

    ReplyDelete
  2. salam

    kadang kala mereka tak nampak dan perlukan bimbingan serta motivasi

    ReplyDelete
  3. jom! jom! jual cupcakes time raya cina ni! heheheeh

    ReplyDelete
  4. otak bisness cikgu ni..bgus nau...:)

    ReplyDelete
  5. teramat la susah bergantung hidup dgn org lain :)

    ReplyDelete