Setelah 8 tahun bersama, kini saat perpisahan tiba jua.
Aku mula bergiat dengan Pergerakan Puteri Islam sejak tahun 2002 di Smkdmpr1,
tentulah banyak kenangan manis yang kuhimpunkan dalam memori.
Terimakasih kepada semua pelajarku tersayang memberi kerjasama
serta sokongan untuk setiap aktiviti sepanjang tahun dalam ko kurikulum.
Kini pelajarku bertebaran di seluruh pelusuk tanahair kerana menuntut ilmu
dan ada yang sudah berkerjaya.
Mudah-mudahan segala ilmu yang mereka perolehi selama bergiat di dalam
PPIM akan menjadi penyuluh jalan kehidupan.
Terima kasih juga kepada semua guru pemimpin PPIM di peringkat sekolah, PPD Tanah Merah dan Negeri Kelantan kerana menghulurkan hubungan silaturrahim yang sangat akrab kepadaku,
terasa bagai berada bersama keluarga sendiri.
Kini aku hanya mampu mengenang kembali memori silam yang indah
yang tidak mungkin akan berulang.
Kenangan berkhemah bersama, makan dan beraktiviti di merata tempat sungguh menggamit rindu.
Pada tahun 2010 ini aku akan memulakan kegiatan baru di bawah Kelab Agrosains.
Aktiviti Kelab ini sebenarnya bukan asing bagiku kerana ia di bawah matapelajaran Kemahiran Hidup,
aktiviti yang menumpukan perhatian terhadap pelbagai bentuk pertanian dan penternakan serta keceriaan
dan keindahan alam sekitar.
Besar harapanku Kelab Agrosains yang baru ditubuhkan pada tahun 2010 ini bakal menjana minda pelajarku betapa bidang agrosains ini sangat berguna dan memberi sumbangan besar terhadap pendapatan negara.
No comments:
Post a Comment