Followers

Tuesday, January 26, 2010

Masih Tercari-cari Tema


Setelah sekian lama meninggalkan dunia pengajian, kini aku kembali mengaji.
Aku semakin menyedari kelemahan paling ketara diriku ialah kesukaran untuk mengarang dan membina ayat.

Bermula November 2009 aku cuba ber'blogging, dan kini aku memang mengenali kelemahanku adalah pada tahap paling serius.
Bagaimana mahu jadi blogger jika perkara asas pun tidak tahu?
Takkanlah selamanya mahu bercerita tentang diri sendiri, tayang wajah sendiri dalam blog?
Tentu muak orang tengok.
Jemu orang nak baca.

Aku pun tidak mahu selamanya mencedok cerita dari buku atau falsafah orang lain.
Mahu upload gambar pun masih terkial-kial.
Baru belajar tukar template,
dan yang lain-lain tu bagaimana pula?
Apabila ada masa lapang, aku sering mengunjungi blog rakan-rakan blogger (termasuklah bekas pelajar2ku masing-masing pun ada blog).
Pelbagai tema dalam blog seperti perniagaan, hartanah, politik, dunia cyber,hiburan, perbankan, sukan, peribadi, kenderaan, agama dan beratus-ratus tema yang aku jumpa.
Tetapi sebagai seorang guru, tentulah aku lebih terdorong untuk berbicara tentang dunia pendidikan.


Baru dua bulan bergiat, berkenalan, berbual,dan bercerita dengan rakan blogger, aku dapati diriku baru selangkah bermula.
Bagaimana dengan langkah kedua?
Langkah ketiga?
Langkah seterusnya?
Dan seterusnya?
Aku sebenarnya ingin terus melangkah,
dan melangkah,
dan melangkah lagi,
hingga ke destinasi.
Sebagaimana rakan-rakanku yang telah bertahun-tahun bertapak di dunia maya globalisasi.
Bukan mudah bagiku.
Tetapi tidak susah jika aku mahu.
Aku perlu teruskan langkah.
Mesti.

8 comments:

  1. sy takde pape tema untuk blog sy..mostly mmg tulis pasal personal life =D

    kagum sy dengan cikgu yang ada blog..even busy pun sempat menulis lagi =)

    ReplyDelete
  2. cikgu, kalau cikgu cerita pengalaman2 cikgu jadi guru pun rsnya best. Setiap anak2 murid ada pelbagai macam ragam. Apa harapan cikgu utk anak2 bangsa.

    Kdg2 idea cikgu melihat mengupas sesuatu isu pun menarik rsnya. Isu bakar gereja, adukataruna, 1malaysia. Tpi elakkan yg kontroversi.

    Boleh jgk nak tulis personal entry tp jgn kerap sgtlah takut orang bosan. Sbb kita bukan artis pun.

    ohmalaysia.com

    ReplyDelete
  3. hak3
    saye agak2 ape nak blog suke atiii je saye blog terus
    xyah tema wahhahaha

    ReplyDelete
  4. To Haniff : tq..cite mana satu hak best tu?

    To Suraya : sy pun perasan mmg wanita suka citer psl peribadi dia kan?..kat skolh pom cg2 klu jupe misti ckp psl anak2 dan beli brg itu ini..tp ttg isu2 terkini kami sebut jg, blanggan akhbar tu mesti.

    To Oh Malaysia : Sy pun msuk blog awak ari2..mmg awak bnyk knowledge.sy sgt bsetuju dgn awak, ingin sgt bcerita ttg sekolah dan pelajarnya..entri akn datang ok!

    To ARC : awak memg blogger yg bnyk idea kreatif, bleh kata ari2 ada entri baru..sy mmg singgah ari2 tau!Nti dah study kat New Zeald entri ttu lg power kan!

    ReplyDelete
  5. Blog Cikgu ni theme nya ok apa.. Siap ada animation salji turun lagi..huhuhu.

    Janji tak sakit mata untuk membaca.. :-)

    ReplyDelete
  6. Tq Aminjohar. Awak sbg Webmaster pun ckp ok. apalagi seronoknya. Semangat utk bkarya btmbh nih.

    ReplyDelete
  7. bagus kak za! keep it up! huhuhuh

    ReplyDelete