Followers

Saturday, January 30, 2010

Bekerja Tanpa Keluar Rumah

Aku pergi ke mana-mana pun selalu bertembung dengan bekas pelajarku. Ada  yang masih belajar dan ada yang sudah bekerja. Tetapi ada juga di antara mereka yang tidak dapat belajar atau bekerja  kerana terpaksa menemani ibu di rumah yang sudah tua atau sakit.
Bila ditanya dari mana mereka dapat sumber kewangan, tekan kat ATM wang kiriman abang atau kakak.
"Cukup ke?
Bolehlah untuk teruskan hidup.
"Sampai bila?
Tak tahu, tiada jawapan pasti.
Aku sebenarnya suka memberi idea sahaja, boleh diterima pakai atau tidak, terpulanglah kepada individu tersebut yang membuat keputusan.

Wang boleh diperolehi dengan mudah walau pun kita tidak keluar dari rumah untuk bekerja.
Tetapi langkah pertama adalah mengenalpasti apakah bakat atau kemahiran atau kecenderungan kita.
Kenalpasti apakah kebolehan kita?
Memasak?
Menjahit?
Membaikpulih?
Berkebun?
Ict?
Tiusyen?
Menulis/berkarya?

Gunakan segala kemahiran yang ada sehingga boleh menghasilkan wang untuk anda.
Jika kamu pandai memasak, carilah apakah jenis masakan yang paling mahir dan terbaik kamu boleh hasilkan?
Roti? Kek? Lauk-pauk? Atau nasi? Mulakan secara kecil-kecilan tetapi biarlah ia berterusan.
Kelak hasil yang kamu perolehi akan mendatangkan manfaat yang tidak ternilai untuk membina kehidupan
di masa hadapan.
Aku sendiri tidak dapat menerima kenyataan jika kita hidup tanpa mencari wang.
Tidak kira lelaki atau wanita, masih bujang atau  berkeluarga, kita sebenarnya berada dalam kerugian
jika hidup tanpa bekerja.


Janganlah selamanya kita melihat pelangi itu indah di atas kepala orang lain,
kerana sesungguhnya pelangi itu juga amat indah dilihat orang apabila berada  di atas kepala kita.


Semasa usia masih muda, idea masih mencurah-curah, tenaga masih kuat dan cergas, janganlah sekali-kali dipersiakan kerana penyesalan di hujung usia sudah tidak berguna lagi.

Jangan dijadikan halangan sebagai alasan, sedangkan halangan itu adalah batu loncatan untuk kita membuat lompatan saujana ke arah mencapai matlamat hidup yang lebih bermakna.




Tuesday, January 26, 2010

Masih Tercari-cari Tema


Setelah sekian lama meninggalkan dunia pengajian, kini aku kembali mengaji.
Aku semakin menyedari kelemahan paling ketara diriku ialah kesukaran untuk mengarang dan membina ayat.

Bermula November 2009 aku cuba ber'blogging, dan kini aku memang mengenali kelemahanku adalah pada tahap paling serius.
Bagaimana mahu jadi blogger jika perkara asas pun tidak tahu?
Takkanlah selamanya mahu bercerita tentang diri sendiri, tayang wajah sendiri dalam blog?
Tentu muak orang tengok.
Jemu orang nak baca.

Aku pun tidak mahu selamanya mencedok cerita dari buku atau falsafah orang lain.
Mahu upload gambar pun masih terkial-kial.
Baru belajar tukar template,
dan yang lain-lain tu bagaimana pula?
Apabila ada masa lapang, aku sering mengunjungi blog rakan-rakan blogger (termasuklah bekas pelajar2ku masing-masing pun ada blog).
Pelbagai tema dalam blog seperti perniagaan, hartanah, politik, dunia cyber,hiburan, perbankan, sukan, peribadi, kenderaan, agama dan beratus-ratus tema yang aku jumpa.
Tetapi sebagai seorang guru, tentulah aku lebih terdorong untuk berbicara tentang dunia pendidikan.


Baru dua bulan bergiat, berkenalan, berbual,dan bercerita dengan rakan blogger, aku dapati diriku baru selangkah bermula.
Bagaimana dengan langkah kedua?
Langkah ketiga?
Langkah seterusnya?
Dan seterusnya?
Aku sebenarnya ingin terus melangkah,
dan melangkah,
dan melangkah lagi,
hingga ke destinasi.
Sebagaimana rakan-rakanku yang telah bertahun-tahun bertapak di dunia maya globalisasi.
Bukan mudah bagiku.
Tetapi tidak susah jika aku mahu.
Aku perlu teruskan langkah.
Mesti.

Monday, January 25, 2010

Perpisahan Itu Datang Jua Akhirnya!

Setelah 8 tahun bersama, kini saat perpisahan tiba jua.
Aku mula bergiat dengan Pergerakan Puteri Islam sejak tahun 2002 di Smkdmpr1,
tentulah banyak kenangan manis yang kuhimpunkan dalam memori.
Terimakasih kepada semua pelajarku tersayang memberi kerjasama
serta sokongan untuk setiap aktiviti sepanjang tahun dalam ko kurikulum.
Kini pelajarku bertebaran di seluruh pelusuk tanahair kerana menuntut ilmu
dan ada yang sudah berkerjaya.
Mudah-mudahan segala ilmu yang mereka perolehi selama bergiat di dalam
PPIM akan menjadi penyuluh jalan kehidupan.
Terima kasih juga kepada semua guru pemimpin PPIM di peringkat sekolah, PPD Tanah Merah dan Negeri Kelantan kerana menghulurkan hubungan silaturrahim yang sangat akrab kepadaku,
terasa bagai berada bersama keluarga sendiri.
Kini aku hanya mampu mengenang kembali memori silam yang indah
yang tidak mungkin akan berulang.
Kenangan berkhemah bersama, makan dan beraktiviti di merata tempat sungguh menggamit rindu.

Pada tahun 2010 ini aku akan memulakan kegiatan baru di bawah Kelab Agrosains.
Aktiviti Kelab ini sebenarnya bukan asing bagiku kerana ia di bawah matapelajaran Kemahiran Hidup,
aktiviti yang menumpukan perhatian terhadap pelbagai bentuk pertanian dan penternakan serta keceriaan
dan keindahan alam sekitar.
Besar harapanku Kelab Agrosains yang baru ditubuhkan pada tahun 2010 ini bakal menjana minda pelajarku  betapa bidang agrosains ini sangat berguna dan memberi sumbangan besar terhadap pendapatan negara.

Selamat Tinggal PPIM - Setelah 8 Tahun Bersama


Sunday, January 24, 2010

Seni Jahitan Manik - Siri 9






Kadang-kadang bila buat baju baru terasa agak malas menjahit manik, apa kata kalau anda cuba beli aksesori yang dah siap (ready made) seperti di atas dan hanya apply sahaja pada baju. Hanya perlu sesuaikan dengan fabrik sahaja. Sekali-sekala apa salahnya kan?

Friday, January 22, 2010

Seni Jahitan Manik - Siri 8





BUNGA - BUNGA PADI

@menggunakan satu jenis manik sahaja iaitu manik bentuk segiempat


@pilihlah 2 warna yang kontras jika background fabrik adalah gelap


@kaedah jahitan adalah menggunakan jahitan tulang ikan


@pasang manik secara 4 + 1 bagi setiap cucukan


@selamat menjahit!

Saturday, January 16, 2010

Perihal Akal 2




Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.
Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu, melatih diri berfikir, merenungkannya.

[Dr Hamka]

Friday, January 15, 2010

Anak Saudara Baru



Menyambut kedatangan awal tahun 2010 dengan kehadiran anak saudara baru yang ke 28. Tahniah kepada pasangan Azwani dan Ziyad dengan kehadiran cahaya mata baru yang ke 5. Nama baby ialah Muhammad Ilman Muqri Bin Ziyad.Selamat dilahirkan secara pembedahan pada 5 Jan 2010 pukul 9.43 pagi di Hospital Besar Sultanah Zainab Kota Bharu

Thursday, January 14, 2010

Anugerah Sebuah Kehidupan

Hadirnya dia dalam hidupku adalah satu anugerah yang tiada ternilai. Hadirnya adalah wasilah untuk aku merandai hidup ini dengan makna yang sebenar. Dia umpama lantera yang tidak pernah jemu menebarkan cahaya ke segenap ruang hidupku, lantas aku bisa terus mengatur katih mendepani segala cabaran dan dugaan hidup ini.


Dan, hanya ucap syukur yang bisa kulafazkan sebagai tanda sanjungku di atas anugerah yang telah Allah swt tentukan untukku dalam hidup yang serba fana ini. Semoga kesyukuran itu bisa memanifestasikan segala rasa yang ada di hati ini di sisi Allah swt.


Banyak cara untuk aku menemukan diri sendiri dan keperibadian sebenar sebagai seorang muslim, wanita, anak, isteri jua ibu. Berani mencari kelebihan dan kekurangan diri. Mengubah apa yang kurang kepada keyakinan. Dia banyak membantuku menyingkap siapa diri ini. Kami saling membantu mencari harga diri masing-masing.


Dunia kami yang berliku panjang, tiada puisi selayaknya yang mampu menggambarkan segalanya secara tepat. Tiada akal yang dapat melukiskan segalanya secara terang nyata.


Sungguh, aku tidak tahu dari mana mulanya cinta sebesar ini. Sedar-sedar sahaja, aku seperti sudah berada di syurga dunia....


[Bidadari Dari Timur - Memoir Isteri Seorang Pejuang]
Tuan Sabariah Tuan Ishak & Ili Sarah Annual Bakri


Saturday, January 9, 2010

Seni Jahitan Manik - Siri 7






Pohon Pohon Rindu


@ menggunakan 3 jenis manik iaitu:

* manik bentuk segiempat

*manik bentuk bulat warna gold
*manik bentuk silinder


@sediakan lakaran di atas fabrik sebelum menjahit


@mulakan jahitan pada dedaun terlebih dahulu, apabila siap dedaun baru dijahit batang pokok


@kaedah jahitan ialah jelujur halus sahaja


@hiasan tambahan pada hujung lengan menggunakan kaedah jahitan batang


@pilihan warna ikut kesesuaian fabrik

@paling sesuai gunakan fabrik plain


@Selamat berkreativiti!

Friday, January 8, 2010

Renungan

Kata orang, "Kehidupan itu penuh dengan penderitaan dan kepahitan.
Tapi aku katakan: "Tersenyumlah, cukuplah kepahitan itu di atas langit."


[Tuan Sabariah Tuan Ishak - isteri Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat]

Tuesday, January 5, 2010

Pantai Melawi Dalam Kenangan

Berkumpul bersama saudara-mara pada malam tahun baru, Cik dan Ayah Cik, Mak Yah dan Emak. Sungguh bahagia rasanya. Cik dan Ayah Cik dah bersara sesuai dengan Nurul sibongsu pun dah grad. Mak Yah dan Ayah Ngah dah menimang cucu sulung. Manakala Emak bakal menimang 5 orang cucu tahun 2010 ini.


Udin Dah Naik Form 1



Inilah wajah-wajah ceria anak-anakku pada pagi hari pertama persekolahan sesi 2010 dibuka. Angah form 2, Udin form 1, Ateh tahun 5 dan Aqis pula dah masuk tahun 3. Doa dan harapanku mereka tekun dan sabar selama menimba ilmu

Friday, January 1, 2010

Kasihnya Ayah Sepanjang Zaman!!


Kurangkan SEPATUTNYA Di Dalam Hidup Ini!




Hebatnya seorang suami dan ayah, 
dia mengundurkan banyak SEPATUTNYA
hingga dibawa ke kubur.

"Sepatutnya, awak sebagai isteri kenalah......"ayat ini boleh dituturkan oleh sang suami dari pagi ke pagi.


Tolak ansur ayah itu menjadi pakaian yang menghijab kekurangan si isteri yang juga ibu kepada anak-anaknya.
Apabila ayah sudah tiada, barulah kelemahan-kelemahan si ibu muncul menjadi 'perangai yang meletihkan anak-anak. 
Lepas ayah mati, baru nampak rupa emak yang tidak pernah dilihat sebelum ini.


"Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka"
[al-Baqarah: 186]


Suami yang menjadi pakaian isteri itu menyembunyikan kelemahan-kelemahan si isteri dengan penuh sabar dan redha hingga dibawa mati bersama ke kubur, sampai anak tidak nampak kelemahan ibu mereka sepanjang ayah ada bersama. Dia dikebumikan bersama banyak SEPATUTNYA yang dibawa mati tanpa rasa terkilan.


Inilah maksud Hidup Untuk Memberi.


Sumber:
Abu Saif.Di Dalam Dunia Yang Tidak Patut Ini.Anis Januari 2010.Galeri Ilmu Sdn Bhd

Goodbye 2009!! Hello 2010!!

Selamat tinggal 2009.


Selamat datang 2010. 


Doa dan harapanku agar perjalanan hidupku mendapat hidayah dan petunjuk dariMu Allah.


Semoga 'nur terus bersinar di dalam hatiku.


2 hari 1malam di Hasbullah Resort Pantai Melawi Bachok (lepas ni kita kunjungi pantai lain pula ya Eppoe)