Followers

Thursday, May 6, 2010

Guru Yang Cantik!!

Desa Anthurium Tanah Rata
Lawatan Kelab Agrosains ke Cameron Highlands pada 29-30 April 2010



Panik aku sekejap apabila ditahan oleh seorang pelajar di koridor sekolah tadi.
Dia berdiri betul- betul di hadapanku dan mendepangkan kedua belah tangannya.
Pelajar perempuan Cina ini salah seorang pelajar yang aku ajar juga.

"Cikgu sangat cantik!" Rupanya itu yang dia nak beritahu aku.

"Apa yang cantik? Cikgu sudah tua! Awak lagi cantik, dan muda!" aku sekadar berbasa-basi.

"Cikgu dah mengajar saya, saya sayang pada cikgu!! Ibu saya juga cantik, walaupun umurnya sekarang 60 tahun. Orang yang saya sayang semuanya cantik-cantik!". Gadis ini memberi penjelasannya bersungguh-sungguh sambil tersenyum.
Dan aku semakin faham.

Photobucket
Kelab Agrosains di Mardi Tanah Rata




Sungguh!!
Orang yang kita sayang semuanya cantik serta hebat.
Dan kita hanya nampak kebaikannya sahaja serta melupakan kekurangannya.

3 comments:

  1. bahagianya bila orang puji kita hari2 :)kata2 kan satu doa :)

    ReplyDelete
  2. tapi.. cikgu memang cantik :)

    ReplyDelete
  3. betul la tu anak murid cakap cikgu dia cantik, org lain lebih arif tentang diri kita...agaknya la!

    ReplyDelete