Followers

Tuesday, February 9, 2010

Keluar Seorang Pulang Sebelah Badan!

Gadis remaja perlu didampingi



Mengapa pelajar perempuan suka ke tandas berteman?
Bila minta izin dari cikgu untuk pergi ke tandas mesti nak ajak teman. Mengapa?

Bila saya tanya inilah jawapan mereka :
'malu jalan sorang-sorang..
'takut hantu, orang kata tandas sekolah kita berhantu..
'pelajar lelaki suka usik..
'pintu tandas tiada penyelak, kawan tolong jaga semasa saya di dalam..
'saya uzur, kawan tolong escort dari belakang takut orang nampak..
'nak betulkan tudung @ anak tudung @ pakaian dan yang sama waktu dengannya...

Saya memang izinkan mereka keluar dan boleh menerima alasan tersebut, hinggakan saya 'offer pula
supaya ajak teman, jangan berjalan seorang diri. Bila saya kata, 'tak ajak kawan ke ni. manalah tau ada hantu kat tandas tu dimakannya awak tinggal sebelah badan aje?'
Secara automatik mereka mencuit kawan di sebelah.

Situasi persekolahan di zaman dahulu memang jauh berbeza daripada sekarang.
Zaman dahulu pelajar lebih berdikari dan berani. Guru tidak perlu terlalu risau dengan perkembangan pelajar di sekolah berbanding kini pelajar perlu dipantau dari masa ke semasa.

Seseorang guru yang mengajar di sekolah menengah memang berhadapan dengan ledakan emosi pelajar yang sedang meningkat remaja. Perubahan ini menyebabkan mereka perlu diberi perhatian yang lebih oleh guru sewaktu di sekolah. Mereka memerlukan tempat untuk mengadu dan meluahkan perasaan, apalagi  kini ibu dan bapa masing-masing bekerja mencari rezeki.

Salah satu peranan guru di sekolah adalah berdampingan dengan pelajar. Pelajar akan merasa dihargai apabila kita sering meluangkan masa untuk bersama mereka, berbual-bual dan bertanya-tanya serta selalu menunjukkan minat untuk menjalinkan hubungan.

Sebenarnya apabila kita sering berdampingan dengan pelajar dalam suasana yang mesra dan penuh kasih sayang, lama kelaman mereka akan menjadikan kita sebagai tempat untuk meluahkan perasaan dan merujuk masalah yang dihadapi.Secara tidak langsung tugas guru menjadi lebih mudah di dalam kelas.

Persoalan kepada masalah seseorang pelajar sebenarnya ada dalam diri pelajar tersebut. Jika kita berusaha mendapatkan jawapan melalui kekerasan, nescaya kita gagal. Dampingilah dan berinteraksi dengannya dengan kasih sayang, kelak jawapan sebenar akan keluar dari mulunya sendiri tanpa dipaksa.

4 comments:

  1. cikGu...


    remaja skrG mmg pYh utk difahami...kena pandai mendampinggi mereka..


    hik3 sy bkn cikGu..huhuhu

    ReplyDelete
  2. kadang2 pelajar takut nak jumpa cikgu kalau cikgu tu garang. mungkin sesetengah cikgu garang sbb taknak anak murid naik kepala, degil dsb. tp kalau guna pendekatan yg bhemah, penuh kasih sayang murid2 pun boleh ikut. lagilah anak2 murid kenang cikgu tu sampai bila2 walaupun dah keluar sekolah.

    p/s: cikgu zaza, sy komen yg last2 je sbb yg atas tu xtau nak komen apa. hehe.

    ReplyDelete
  3. bertuah anak2 saya kalu dpt guru mcm cikgu ZAZAS..

    ReplyDelete