Followers

Sunday, May 7, 2017

Rembulan Yang Berduka!

Pulang dari sekolah tadi sidia mengajakku ke Kota Bharu temankan beliau, ada urusan kerja. Walaupun enggan sebenarnya, namun kuikutkan juga demi mengambil hati.
Sepanjang perjalanan kami berbual hanya seketika dan aku asyik membaca website-website yg biasa aku buka dalam Tablet. Kemudian aku terlena (penat baru balik kerja kan).
Tau-tau dah sampai Kota Bharu dan aku pun hanya duduk dalam kereta sahaja hingga selesai urusan beliau, dalam kereta sidia bertanya nak singgah beli apa-apa tak? Aku geleng kepala dan cakap, pagi besok ajelah abang tolong belikan barang basah, lebih fresh dan ikan pun segar-segar. (selalu pun memang beliau yang belikan). Sepatutnya masa itu aku dah perasan hasrat hati beliau mahu singgah kedai minum-minum dulu macam biasa.
Entah apalah yang menghasut kepala otak aku sendiri pun tak tahu, aku menambah pula ayat "buat penat ajelah ikut abang ni bukan dapat apa-apa pun!".dan kemudian sambung lagi satu ayat. Dan tambah lagi satu ayat.
Tiba-tiba aku tersedar, bila sidia hanya membisu tanpa memberi jawapan. Rupanya ayat-ayat aku ni bukan ayat cinta lagi dah. Aku dah membaca mentera jampi serapah hingga wajah beliau menjadi keruh dan muram. Kami sama-sama terdiam hingga sampai ke rumah.
Aku selalu begini. Sedar selepas buat silap. Kesilapan demi kesilapan. Aku sedar usia emas yang tersisa ini perlu dinikmati sepuasnya selagi kami masih diberi peluang untuk hidup bersama. Selama ini sidia sering mengungkapkan padaku "waktu untuk kita tinggal sedikit saja, sedikit saja untuk kita menikmatinya bersama-sama, entah esok lusa bila salah seorang dari kita pergi dulu, siapa yang tinggal hanya menangisi perpisahan bertemankan sepi."
Aku mulai merasakan penyesalan, itulah aku yang selalu menyesal selepas mengulangi kesilapan yang sama. Kuakui aku terlalu lemah dan kekhilafan sebegini lah yang sering melukai hatinya. Walaupun aku telah meminta maaf namun malam ini berlalu dengan penuh kedukaan di hatiku.

No comments:

Post a Comment