Followers

Tuesday, January 15, 2013

Lapang!

Terasa ringan betul kepala ini sebaik selesai menamatkan pengajianku. Setelah hampir 4 tahun bertungkus-lumus dan bersengkang mata kini segalanya sudah berakhir.
Alhamdulillah syukur kupanjatkan kepada Allah yang maha esa.

Kini aku sudah bebas untuk menambah aktiviti yang dahulunya agak terhad akibat kesuntukan waktu.
Antaranya seperti berkebun. Dah lama menanam igauan untuk menjadikan aktiviti berkebun sebagai rutin. (menjadi ke?)
Kalau sebelum ini turun ke laman sejam seminggu untuk berkebun rasa macam tak berbaloi je. Kesian pokok2 yang ditanam tidak mendapat penjagaan yang cukup.

 

saya tanam halia tapi suami yang jaga :p


Saya gemar makan ulam-ulaman seperti halia muda, bunga halia, kunyit muda, bunga kunyit, pegaga, daun cekur dan pucuk jambu golok. Kalau boleh ulam-ulaman macam ni biar selalu ada di laman supaya bila terasa nak makan, boleh terus petik je..huhuhu..


bunga halia ni dah selamat saya buat ulam cecah dengan budu..hehehe!!

Kunyit pun perlu selalu ada di laman rumah sebab ia mengandungi anti oksidan yang tinggi. Menggunakan kunyit serbuk sangat membahayakan kerana kandungan pewarna dan pengawet boleh mengaktifkan sel kanser jugak (melalui pembacaan saya). Kalau gunakan kunyit hidup ia lebih relevan kerana segar dan sedap. Mudah je hanya bersihkan dan kisar dengan garam kasar, buat banyak-banyak sekaligus. 
(Teringat pula kenangan masa emak masih sihat dulu, dia selalu bekalkan saya sebalang besar kunyit kisar tiap kali balik kampung mesti dapat). Sekarang buat sendiri dan boleh bersedekah pula pada jiran-jiran.


lepas makan ulam kunyit muda gigi mesti jadi berwarna kuning
 tapi rasanya..mak ai..seeedaaaap!



serai ni saya baru tanam, tak boleh petik lagi la..time nak guna serai kena minta dengan Mak Jah jiran depan rumah...minta 2 batang dia beri 20 batang..hahaha


Sekarang saya dah mula menyemai benih-benih pokok-pokok herba lain juga. Nanti bila  update blog, saya akan bercerita lagi k!
 Bye!
Wassalam.



3 comments: