Followers

Tuesday, February 28, 2017

Pertandingan Hiasan Rumah Sukan

Semua orang bersungguh-sungguh menyiapkan khemah rumah sukan demi memenangi anugerah Hiasan Khemah Sukan Terbaik , padahal untuk beberapa jam sahaja. Sebaik dinilai oleh juri dan pengadil, hiasan akan ditanggalkan dan tinggallah khemah yang hodoh itu.
Ibarat hidup kita di dunia ini, bersungguh-sungguhkah kita mencantikkan hati dan jiwa kita serta mengumpul sebanyak-banyak amalan kebaikan untuk menambah markah demi bekalan yang akan diadili di akhirat kelak?
Dan dunia yang fana ini tetap kita tinggalkan untuk hidup di akhirat yang kekal abadi.

Monday, February 27, 2017

Persiapan Kejohanan Balapan & Padang ke 27

Tahun ni aktiviti padang asyik tergendala, hujan turun tidak menentu, khabarnya hingga penghujung Mac.
Tetapi apabila keputusan telah dibuat, pelaksanaan tetap diteruskan bagai tiada penghalang.

Sunday, February 26, 2017

Rajinlah Sangat!

Awal-awal pagi dalam kelas, tiba-tiba hujan bersambung-sambung lagi yang mulai turun sejak Subuh tadi.
Saya beritahu students, kalau kat rumah ni Cikgu dah lompat atas katil dan tarik gebar..tido kan best!

Tapi banyak pula jawapan mereka
Student A : saya anak yang baik cikgu, mana tido kalau hujan..saya akan memasak..haha (memasakla sangaaatt!!!..sahut kawan- kawannya)

Student B : saya buat homework cikgu !!!
(disahut booooooo oleh rakan-rakan)

Baguslah sangat kononnnnn..kerja sekolah yang cikgu bagi tak pernah nak siap!!!

Terasa Kembali Ke Usia Muda

Terasa bagai ingin berlari-lari kegirangan
Terasa bagai mahu menari-nari keriangan
Terasa bagai kembali ke sekolah rendah
Seperti bicara seorang sahabat,
Terasa bagai berada di Darjah 6 semula

Sungguh indah sebuah pertemuan bila ia terjadi setelah kita

Terasa bagai hampir berputus asa

Allah Menyayangi Kamu

Aku pernah terbaca,

Salah satu tanda kita sedang disayangi Allah

Apabila Allah hadirkan kawan-kawan yang baik buat kita.

Hadirnya mereka untuk menjaga kita.