Followers

Monday, September 26, 2016

Rambutan! Rambutan! Rambutan!


Musim rambutan dah hampir berakhir..saban petang pun asyik hujan saja!
Kami memetik saki baki buah rambutan yang tinggal sambil berebut rebut dengan sang  hujan yang nak turun.semakin kuat guruh berdentum semakin laju pula kami memetiknya...hihihi!




Buah Rambutan yang sedang masak merah menyala menggamit rasa untuk dinikmati




Thursday, September 22, 2016

Pokok Rambutan Tepi Rumah!

Tahun ni pokok rambutan kami berbuah tak lebat seperti selalu.
Mungkin kerana cuaca yang terlampau panas dan kering di awal tahun ni.












Tuesday, September 6, 2016

Tuaian Dari Keliling Rumah!


Cili Api berwarna purple..sekarang dah boleh petik hasilnya



Daun Sambung Nyawa sedap dibuat ulam..segar dari ladang



Jantung Pisang Jelai Berangan nih sedap ooo untuk dibuat Kerabu!!!



Tak ketinggalan Pucuk Ulam Raja..haha


Daun Bawang pun ada hehe!!

Seronok bila tiba masa memetik hasil dari tangan sendiri ...percayalaahh




Monday, September 5, 2016

Hasil Menyelam 10 minit!

Kadang-kadang susah untuk menjangka apakah yang akan dibawa pulang apabila pergi menyelam kat bundle, selalunya saya akan pulang dengan satu atau dua PML sahaja kerana tak jumpa dengan barang yang dicari.
Tetapi yang sering terjadi adalah saya pulang dengan tangan kosong!

Namun adakalanya rezeki tertulis hari sekian sekian saya akan mendapat hasil selaman yang sangat menguntungkan!

Seperti hari ini, saya telah menyelam di Bundle depan SM Kebangsaan Machang hanya 10 minit dan inilah yang saya bawa pulang dengan bayaran rm1 setiap satu barang!

Amboi!!! Hatiku melonjak lonjak kegembiraan!!!



Gelas kaca Bucu Lima dapat 2 biji




Cawan Bunga Sabun Mulut Lebar dapat 1 biji..hehe..jadi lah dari tiada langsung
Piring takde



Cawan Twin Roses dapat 4 biji..huhuhu..hepinya mak aiii...tapi piring pun takde!


Dan Cawan Buluh Emas
dapat 5 biji tanpa piring jugakk!!

Syukurlah rezeki Allah datang dari yang tidak disangka sangka!!

Sunday, September 4, 2016

Teratak Idaman Dalam Impian

Alhamdulillah!
Setelah menanti dengan penuh kesabaran
Setelah melalui segala onak dan duri
Setelah direstui oleh semua insan tersayang
Semoga mendapat redha Allah
Aamiinn.








Kemunting Cina : Penyemaian Anak Benih

Sekarang dah masuk bulan September, hujan kerap bertandang menjelang petang hingga ke malam.
Aktiviti paling menyeronokkan pagi besoknya adalah berkebun, apa tidaknya, tanah lembab dan cuaca sangat sejuk dan dingin hingga ke tengahari.






Pokok Nyonya Makan Sirih
saya beli kat Nursery Semerak dengan harga Rm12






Antara nya saya menyemai anak benih Kemunting Cina berwarna sweet pink ni