Followers

Friday, May 17, 2013

Tidak Perlu Tunggu Esok Untuk Berbuat Kebaikan!


Andai kita punya kesempatan untuk menggembirakan hati orang-orang yang kita kasihi, gembirakanlah mereka. Namun kesempatan untuk menggembirakan hati orang-orang yang kita tidak kenal adalah detik berharga dalam hidupnya.


Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru!

Apabila tiba tarikh 16 Mei setiap tahun dan membaca ikrar serta menyanyi lagu "Guru Malaysia", di hati ini selalu terdetik "Allah pilih aku untuk menjadi guru, tugas ini sungguh mulia dan besar tanggungjawab yang aku pikul. Alhamdulillah. (Patutlah aku tak jadi doktor, mungkin aku asyik pitam atau pengsan je, kerana kalau aku tengok darah cepat benar mabuk darah, hehehe...)
 
Rafiqi Muqri - juara skuad lebuhraya berbasikal, cikgu doakan cita-cita Fiqi tercapai k!)


Semasa zaman persekolahan, tiada dalam list pun cita-cita nak jadi cikgu, (nak jadi pramugari konon, tapi tak cukup ketinggian la pulak!), tahu-tahu dah jadi cikgu....huhuhuhu...itulah rezeki kan, perancangan Allah itu ternyata melebihi perancangan manusia.

Rose Anati dan Sahidatul Munirah - terbaik!,,semoga straight A PMR nanti k!

Hazwanie, Nurin Amalin dan Husna Diana - penyeri hari-hariku yang ceria!

Bagi orang yang tak pernah jadi guru, dan tak teringin nak jadi cikgu takkan merasai pengalaman bergaul dengan anak-anak sekolah. Jika ada yang bertanya pelajar yang macam mana kah yang awak sayang dan suka dan pelajar yang macam manakah yang awak benci dan tak suka? Aku akan jawab, aku sayangkan semua pelajarku. Aku sayangkan setiap orang dari mereka sebanyak 100%. Tidak ada yang aku sayang lebih atau sayang sedikit. Semuanya sama sahaja.

Projek Rekacipta ini perlu siap sebelum bulan Jun 2013 untuk diisi markah, so kena cepat-cepat k!


Lantaran itu kami tetap menjalin hubungan yang kekal akrab walaupun mereka telah meninggalkan dunia persekolahan.

Harapanku kehadiran hari-hari mendatang memberikan sinar kegembiraan dan kebahagiaan buatku, agar terus gagah berkhidmat kepada anak-anak pelajarku tercinta, insyaAllah.
  
Di samping rakan guru, Pn Hjh Maznah Awang (Guru Cemerlang Fizik)

Wednesday, May 8, 2013

Harungilah Dunia Cintamu!


Bukan semua orang dilahirkan bertuah, seperti rakan sekolahku  yang dapat mengeluarkan produk minuman kesihatan sendiri, tentulah sebahagian orang yang dapat melakukannya, tapi dia ada inisiatif dan ada modal juga, dan sebagai sahabat tentulah aku  turut membeli produk ini sebagai tanda sokongan dan galakan kepadanya yang begitu positif dalam perniagaan ,
Namun dari cubaan pertama minum hingga ke hari ini, sudah dua tahun berlalu dan  aku tidak pernah berhenti minum, entah mengapa terasa ada satu keserasian dan aura yang datang entah dari mana,,tapi yang paling pasti suamiku selalu berkata “minumla,,jangan berhenti k!” dan aku akur dengan maksudnya, dan sebagai memastikan bekalan mencukupi aku telah membelinya sekotak besar (18 kotak),,nampaknya aku telah menghabiskan 2 kotak besar,,,hmmm,,,betulke ni,,macam tak percaya juga tapi itulah,,
  

Ratu Balqis
Khusus Untuk Wanita


Kadang-kadang bila kita berbuat sesuatu dengan mengharapkan perubahan dalam masa yang singkat seumpama dua hari atau dua minggu tentulah ianya amat mengecewakan,,tetapi kesabaranlah kunci segalanya,,dan kini aku benar-benar berpuashati dan aku berani berkata pelaburanku amat berbaloi-baloi,,
Setelah kudapati badan pun terasa lebih sihat dan cergas, minda lebih cerdas dan tenang dan naluri kewanitaanku begitu mendamaikan,,


 Mengandungi sarang burung, kacip fatimah, manjakani, serapat, lobata, acai berry, delima  dan madu,
Sedap sangat rasanya,


Sungguh, aku percaya bila orang berkata dunia ini sangat indah bila keindahan itu wujud di dalam hati, dan ternyata ia hadir apabila hubungan cinta dengan pasangan yang semakin intim dan mengasyikkan,,setiap patah perkataan yang lahir dari kekasih pun hanya ucapan cinta dan sayang semata-mata,,hati pun selalu ingin berada di sisinya,,mendengar pujian dan gurau sendanya, serta mengharapkan cintanya yang berkekalan,