Beberapa bulan lepas suamiku membawa aku mengunjungi seorang sahabatnya yang menjadi Imam Masjid di sebuah pondok di Jeli. Kami bertemu setelah sekian lama berhubung melalui telefon sahaja. Kelihatan mereka begitu terharu dan berpeluk-pelukan setelah sekian lama berpisah.
Sepanjang perjalanan pulang, tiba-tiba aku terlihat sepohon pokok yang sedang berbuah lebat, tetapi pokoknya sangat tinggi, hanya buahnya saja yang terjuntai ke bawah.
Pada mulanya aku ingatkan pokok markisa tetapi rupnya bukan pula!
Pemandangan dari bawah yang sempat kurakamkan
Buah-buah yang berjuntaian dari dahan sangat menarik perhatianku!
Buah yang berwarna kuning ini mungkin belum masak sepenuhnya lagi!
Hanya setangkai ini sahaja yang dapat kupetik namun bila dibelah ternyata isinya tidak dapat dimakan kerana mengandungi sabut sahaja!
Buah yang dah masak berwarna merah maroon,,memang cantik betul buahnya!
P/S : Ada sesiapa yang tahu nama buah ni tolong beritahu ya!
No comments:
Post a Comment