Tahun 2015 ni aku mendapat tugasan mengajar Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan Satu..rasa macam tak seronokla pulak...dah selalu berkebun di Taman Pertanian sekolah..tahun ni berada di Bilik Jahitan.
Tetapi tugasan ini kusambut dengan hati terbuka kerana itu adalah bidang tugas kita sebagai guru.
Selain itu aku juga mula dikejar masa kerana banyak menghadiri mesyuarat demi tugasan Pentaksir Kawasan untuk subjek Kemahiran Teknikal PT3 dan nampaknya mulai minggu hadapan juga tugasan Pentaksiran Skrip Jawapan calon PT3 juga akan bermula..haha..tidak menjadi hal rasanya..itupun bidang tugas kita juga kan!
Sekejap saja tak terasa pun dah masuk bulan November..pelajar-pelajarku sedang sibuk mengulangkaji untuk persediaan menghadapi Peperiksaan Akhir tahun bermula minggu hadapan!
Good luck in your final exam okay!
Aku selalu berimpian untuk menjadi seorang guru yang berwawasan dan bertanggungjawab dalam bidang tugas yang diamanahkan. Adakalanya ia menuntut pengorbanan yang amat besar dari keluargaku juga, tetapi syukurlah segalanya masih berdiri di atas landasan yang betul.
Alhamdulillah ya Allah!
No comments:
Post a Comment