Followers

Wednesday, November 4, 2015

Awas Ya!

Semalam heboh dalam grup Whatsapp konon ikan melimpah dari sungai kat Tanah Merah hingga penduduk mengumpul berguni-guni ikan dibawa pulang, serta tokok tambah firasat kononnya banjir besar akan melanda negeri Kelantan pada tahun ini!
Hari ini maklumat tersebut disahkan sebagai aktiviti Pertandingan Menjala Ikan di tepi sungai tersebut!
Penganjur telah melepaskan ribuan ekor ikan ke sungai dan menjemput peserta menjala ikan ikan tersebut!
Sebagai pembaca jangan mudah menerima bulat-bulat maklumat yang sampai ke telefon bimbit anda, apalagi menyebarkan dan memutarbelitkan pula maklumat tersebut!

Amboi!!..seronoknya memungut ikan-ikan ya!



Ikan-ikan yang berjaya didaratkan oleh peserta Pertandingan Menjala Ikan



No comments:

Post a Comment