Followers

Saturday, May 16, 2015

Hadiah Hari Guru : Salah Satu Cara Mengucapkan Terima Kasih!

Selamat Hari Guru buat semua guru seluruh dunia!
Tarikh 16 Mei 2015 disambut dengan penuh kesyukuran buat warga sekolah diseluruh negara.
Kami sebagai ibu bapa di rumah pun tidak ketinggalan memberi sokongan dan turut membantu anak-anak menyediakan hadiah-hadiah kecil buat guru-guru mereka yang tersayang.





















Bagi seorang Guru mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada pelajarnya, cukuplah dengan kejayaan pelajar menimba ilmu yang bermanfaat di sekolah, lalu seterusnya meneruskan kehidupan di dunia ini sebagai insan yang berguna dan dapat menyumbang jasa bakti kepada keluarga, agama, masyarakat dan negara.
Sekaligus menjadikan ilmu sebagai panduan menuju ke alam akhirat yang kekal abadi.

Berbeza pula persepsi Ibu bapa terhadap guru, bagi kami guru adalah insan mulia yang sangat dihormati dan disanjungi kerana telah mendidik dan memberi ilmu kepada anak-anak kami mengenal huruf dan menjadi mentor untuk menentukan hala tuju kehidupan mereka.

Anak-anak yang dilatih sejak kecil untuk sentiasa menghormati guru dan orang tua akan membesar sebagai insan yang lebih cemerlang dan tahu menilai erti sebuah kasih sayang.

No comments:

Post a Comment