Sebaik saja Cikgu Zatil Afiqah menerima surat kelulusan pertukaran ke Ipoh, aku termasuk salah seorang sahabat yang sangat terasa kehilangan seorang sahabat. Namun aku turut gembira kerana keluarganya dapat berkumpul kembali setelah sekian lama terpisah kerana komitmen kerja.
Cikgu Zatil yang kaya dengan senyuman dan membuatkan hatiku tenang dan lapang sebaik memandang wajahnya
Yaya..buahati papa dan mama
Selamat bertugas di tempat baru Zatil, semuanya baru, suasana baru, pelajar baru, sekolah baru, pengetua baru, rakan guru baru, bilik guru baru, meja baru, kerusi baru, padang sekolah baru, segalanya baru lah..haha!!
Saya doakan awak gembira dengan suasana baru di sana, tapi yang penting Encik Suami tidak lagi bersusah payah berulang alik balik Kelantan saban minggu demi menemui anak isteri tercinta. Alhamdulillah.
waw cikgu zatil ..lama tak jumpa...smg beliau sehat di samping keluarga tercinta
ReplyDelete