Followers

Sunday, June 26, 2016

Resipi Tart Nenas

Bahan-bahan yang perlu disediakan
Baru-baru ini aku sibuk menyediakan kuih Tart Nenas untuk sahabat-sahabatku yang menyambut Tahun Baru Cina.Sempat snap beberapa keping gambar untuk disertakan di sini.
Aku sertakan langkah demi langkah penyediaan kuih Tart Nenas sebagai rujukan teman-teman yang ingin membuat sendiri kuih ini apabila berkesempatan.
Selepas ini aku tidak perlu lagi fotostat resipi untuk diagihkan kepada teman-teman setiap tahun menjelang musim perayaan atau menerima tempahan membuat kuih Tart Nenas lagi.
Aku mahu semua orang mahir membuat sendiri tanpa membeli atau menempah dariku lagi.
Apabila teman-temanku sudah mahir aku boleh berehat dari menerima sebarang tempahan kuih raya lagi.


Jem nenas
Bahan A
Jem Nenas - boleh disediakan sendiri atau dibeli di kedai bahan-bahan kek

 Bahan B
2  x 250gram mentega (potong kecil2 terus dari fridge)
80gram gula halus
1 camt perisa vanila
1 camt pewarna kuning
3 kuning telur + 1 biji telur (gred B)
800gram tepung gandum
1 camb tepung susu
1 camb tepung jagung
Butter dari peti ais terus dipotong2

80 gram gula halus

perisa vanila dan pewarna kuning

3 kuning telur + 1 biji telur (gred B)

800 gram tepung gandum


1 camb tepung jagung

1 camb tepung susu
 Langkah menyediakan pastri tart nenas:
@ masukkan butter, tepung gandum, tepung jagung dan tepung susu dalam mangkuk adunan.
@ gunakan kaedah gaul dan ramas hingga membentuk serbuk roti.
@ masukkan pula gula dan gaul lagi hingga sebati.
Gula dimasukkan sedikit demi sedikit dan digaul ramas

Adunan menjadi serbuk roti
Gunakan kaedah Gaul dan Ramas

Masukkan 3 jenis cecair
Doh yang sedia untuk diterap
@ Apabila gula sudah sebati dalam adunan, masukkan ketiga-tiga cecair iaitu telur, perisa vanila dan pewarna kuning.

@ Uli adunan hingga membentuk doh.

@ Doh yang siap diuli dimasukkan ke dalam mesin
membentuk jalur pastri. Boleh juga diterap secara manual menggunakan penggelek.


@ Isikan jem nenas sebagai inti dan kemudian digulung hingga kemas

@ Bentuk boleh diubah kepada pelbagai bentuk mengikut kesukaan masing-masing.

@ Sapu dengan kuning telur di atas tart sebelum dibakar.

@ Ketuhar dipanaskan hingga mencapai suhu 150'C.

@ Bakar kuih selama 20 minit.

@ Menghasilkan lebih kurang 130 biji Tart Nenas.

 Isikan jem nenas sebagai inti


Tart Nenas yang siap digulung sedia untuk dibakar

Tart Nenas sudah masak

Dah siap dibakar

Menghasilkan lebih kurang 130 biji
Gulung Dengan Kemas
 
p/s:  Suatu waktu nanti aku tunjukkan pula Resipi Jem Nenas!

9 comments:

  1. dimana boleh dapatkan mesin jalur pastri
    minat buat tat nenas
    tapi guna manual
    sakit tangan
    thanks!

    ReplyDelete
  2. tq shila..nti sy snap gmbr mesin tu. Jenama Falcon. Bleh dibeli di kedai perkakas elektrik.
    Harga Rm800++

    ReplyDelete
  3. kak za, nati kito bukok bakeri nok? hehehhe

    ReplyDelete
  4. ok nanti cikgu upload. boleh buat bisnes
    hehe

    ReplyDelete
  5. saye pakai susu dalam tin tuh. tapi nak try ah cara cikgu pula. kuih tart mmng fav!

    ReplyDelete
  6. wah hebat ka za...mcm dah ada gaya kilang tart nenas..superb..!!

    ReplyDelete
  7. cikgu wat bisness biskut eh??:)

    ReplyDelete
  8. @eppoe - buleh sgt tu bukok bakery tp kakza pndai sa kara ni jah, lain2 kita guna resipi eppoe dee..

    @inora putri - klu guna susu dlm tin tak perlu lagi letak gula kan..

    @rafikah - di dapo jah ni, klu kilang btul tu tak mampu lagi..

    @hakim - resipi dah masuk blog so tempahan tidak diterima lagi.. klu nak rasa sedap ke tidak hakim cuba buat sendiri ok!

    ReplyDelete
  9. mahalnya mesin jalur tu...huhuuu...kalau rm80 boleh la lagi...huhuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete