Followers

Saturday, August 31, 2013

Watercolours Resort Pulau Perhentian!

Sebaik pulang dari sekolah petang Khamis aku dan suami bergegas bertolak ke jeti Kuala Besut takut terlepas speed boat terakhir pukul 4..30 ke Pulau Perhentian. Alhamdulillah cuaca petang ni memang bagus takde pun angin ke, ribut atau hujan, speed boat yang memecut laju membawa kami sampai ke destinasi  lebih kurang dalam 25 minit je, lagipun penumpang tak ramai trip petang ni, mula-mula singgah Coral Bay turunkan 2 orang, kemudian ke Long Beach pelancong asing 6 orang, ramai yang turun bersama-sama kami ke Pulau Perhentian Besar, beberapa orang menginap di Perhentian Island Resort, kat Coral View pun ada dan 4 orang kat Watercolours Resort.

Hilang rindu rasanya bila dah dapat jumpa Udin, anak kesayangan kami....semua anak adalah anak kesayangan k! tak kiralah anak no 1 hingga no 8 sama saja,,hehe!! Banyak betul ceritanya begitu begini, almaklumlah dah 2 minggu dia menjalani praktikal, tapi yang jelas dia gembira..baguslah!
Aku lihat matanya bersinar semasa bercerita dapat menyentuh kaki-kaki penyu semasa snorkeling, hmmm..
besar sangat badannya ma.,,hahaha,,aku tertawa dan menumpang kegembiraan bersama-samanya.



pemandangan pada pukul 6 petang dari menara  Coral View dan Watercolour Resort

Kalau nak bercerita tentang keindahan pulau memang tak pernah habis, pantainya, pasirnya, batu karang, air lautnya yang biru, ombak, penyu yang jinak, ikan dan hidupan marine, burung, flora dan fauna segalanya indah dan mengasyikkan. Masakan tidak, pengunjung tak pernah putus-putus dan datang dari segenap pelosok dunia dan bagi yang pernah ke sini pasti menyimpan hasrat untuk berkunjung lagi. 

Malam ini kebetulan cuaca sungguh baik,  hatiku berbisik ingin menikmati setiap detik dan saat di sini dengan semaksimum yang mungkin agar dapat menghirup udara sesegar ini sepuas-puasnya.
Dan setelah larut malam barulah kami kembali ke bilik untuk melelapkan mata. 


Seawal jam 7 pagi kami meyusuri sepanjang pantai dan berjalan, berjalan dan berjalan lagi hingga kaki cakap penaaaaaaaaaaaaaaaatnya!! kaki pun tau cakap penat...hihihihi...dan bila perut menari joget lambak baru kami breakfast..time tu nikmatnya secawan nescafe tu berbeza sangat dengan nescafe yang aku selalu minum kat kantin sekolah,...memang sedaaaap sangat,,huhuhu!!



Breakfast pagi ni Udin yang belanja,,best!!


Kalau mahu thrill banyak aktiviti boleh buat kat sini, scuba diving ada, snorkeling pun, berkayak atau keliling pulau ada water taxi service, boatman boleh hantar mana-mana tempat yang kita mahu hanya bayar sejumlah wang saja.
Perkhidmatan Scuba Diving yang disediakan, rm300 untuk menyewa peralatan serta menyelam selama 2 jam untuk 2 sesi menyelam (aku takde lesen menyelam tak dapatla joint)




Water Taxi Service boleh bawa kita ke destinasi yang diingini



Pulau kat belakang kami tu ialah Pulau Perhentian Kecil




Sebelum ke Watercolours Resort jumpa Coral View Resort dulu
Pantainya dipenuhi batu karang untuk peminat snorkeling



Pantai di hadapan Watercolours Resort



Taxi yang mengangkut penumpang ke tengah laut sebelum pindah ke dalam boat yang datang seawal jam 8 pagi untuk kembali ke Kuala Besut



Sebelum bertolak pulang  


Bila sampai masa nak pulang mula terasa sebak tinggalkan Udin di sini, tapi aku tengok Udin relax je, abah pun buat muka selamba, aku pulak yang terlebih-lebih sedih, alahai hati ibu memang macam ni lah, selalu mudah tersentuh. 
Mama mendoakan kesejahteraan Udin di sana dan selalu dalam perlindungan Allah hendaknya, Amin.
Nanti ada masa terluang kami akan berkunjung lagi dan berjumpa Udin k!

5 comments:

  1. udin kijo di pulau perhentian ko kak za?

    ReplyDelete
  2. udin kijo di pulau perhentian ko kak za?

    ReplyDelete
  3. @Eppoe : Udin buat praktikal selama 3 bulan di PP
    dia belajar perhotelan di Kolej Hanis KB

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. @baQi : nanti bwk anak2 besar dan kecil, hehe

      Delete