Semua orang bersungguh-sungguh menyiapkan khemah rumah sukan demi memenangi anugerah Hiasan Khemah Sukan Terbaik , padahal untuk beberapa jam sahaja. Sebaik dinilai oleh juri dan pengadil, hiasan akan ditanggalkan dan tinggallah khemah yang hodoh itu.
Ibarat hidup kita di dunia ini, bersungguh-sungguhkah kita mencantikkan hati dan jiwa kita serta mengumpul sebanyak-banyak amalan kebaikan untuk menambah markah demi bekalan yang akan diadili di akhirat kelak?
Dan dunia yang fana ini tetap kita tinggalkan untuk hidup di akhirat yang kekal abadi.
No comments:
Post a Comment