 |
Bahan-bahan yang perlu disediakan |
Baru-baru ini aku sibuk menyediakan kuih Tart Nenas untuk sahabat-sahabatku yang menyambut Tahun Baru Cina.Sempat snap beberapa keping gambar untuk disertakan di sini.
Aku sertakan langkah demi langkah penyediaan kuih Tart Nenas sebagai rujukan teman-teman yang ingin membuat sendiri kuih ini apabila berkesempatan.
Selepas ini aku tidak perlu lagi fotostat resipi untuk diagihkan kepada teman-teman setiap tahun menjelang musim perayaan atau menerima tempahan membuat kuih Tart Nenas lagi.
Aku mahu semua orang mahir membuat sendiri tanpa membeli atau menempah dariku lagi.
Apabila teman-temanku sudah mahir aku boleh berehat dari menerima sebarang tempahan kuih raya lagi.
 |
Jem nenas |
Bahan A
Jem Nenas - boleh disediakan sendiri atau dibeli di kedai bahan-bahan kek
Bahan B
2 x 250gram mentega (potong kecil2 terus dari fridge)
80gram gula halus
1 camt perisa vanila
1 camt pewarna kuning
3 kuning telur + 1 biji telur (gred B)
800gram tepung gandum
1 camb tepung susu
1 camb tepung jagung
 |
Butter dari peti ais terus dipotong2 |
 |
80 gram gula halus |
 |
perisa vanila dan pewarna kuning |
 |
3 kuning telur + 1 biji telur (gred B) |
 |
800 gram tepung gandum |
 |
1 camb tepung jagung |
 |
1 camb tepung susu |
Langkah menyediakan pastri tart nenas:
@ masukkan butter, tepung gandum, tepung jagung dan tepung susu dalam mangkuk adunan.
@ gunakan kaedah gaul dan ramas hingga membentuk serbuk roti.
@ masukkan pula gula dan gaul lagi hingga sebati.
 |
Gula dimasukkan sedikit demi sedikit dan digaul ramas |
 |
Adunan menjadi serbuk roti |
 |
Gunakan kaedah Gaul dan Ramas |
 |
Masukkan 3 jenis cecair |
 |
Doh yang sedia untuk diterap |
@ Apabila gula sudah sebati dalam adunan, masukkan ketiga-tiga cecair iaitu telur, perisa vanila dan pewarna kuning.
@ Uli adunan hingga membentuk doh.
@ Doh yang siap diuli dimasukkan ke dalam mesin
membentuk jalur pastri. Boleh juga diterap secara manual menggunakan penggelek.
@ Isikan jem nenas sebagai inti dan kemudian digulung hingga kemas
@ Bentuk boleh diubah kepada pelbagai bentuk mengikut kesukaan masing-masing.
@ Sapu dengan kuning telur di atas tart sebelum dibakar.
@ Ketuhar dipanaskan hingga mencapai suhu 150'C.
@ Bakar kuih selama 20 minit.
@ Menghasilkan lebih kurang 130 biji Tart Nenas.
 |
Isikan jem nenas sebagai inti
|
 |
Tart Nenas yang siap digulung sedia untuk dibakar |
 |
Tart Nenas sudah masak |
 |
Dah siap dibakar |
 |
Menghasilkan lebih kurang 130 biji |
 |
Gulung Dengan Kemas
|
p/s: Suatu waktu nanti aku tunjukkan pula Resipi Jem Nenas!