Sebaik sahaja Kertas Kerja diluluskan, Program Khidmat Masyarakat SMK Abdul Samad ke Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin Pengkalan Chepa dapat dilaksanakan dengan jayanya pada hari Khamis 4 September 2014,
Program ini adalah anjuran bersama Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan dengan Kelab Kaunseling dan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah,
Institusi ini terletak 11km dari bandar Kota Bharu dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, hanya satu-satunya di Pantai Timur, berfungsi menempatkan warga tua berumur lebih 60 tahun dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang,
Seramai 40 orang pelajar telah dipilih dari tingkatan 1, 2 dan 4 sahaja, iaitu tidak melibatkan calon-calon PT3 dan SPM,
Kami bertolak dengan sebuah bas seawal jam 8 pagi dan tiba di Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin, Pengkalan Chepa kira-kira jam 10 pagi,
Sambutan hangat dan mesra oleh warga RKS Taman Kemumin benar-benar membuat kami terharu dan gembira, di dalam hatiku hanya berdoa semoga program ini dapat memberi manfaat yang semaksimum mungkin kepada kami serta penghuni di sini, In Sya Allah,,!
Antara program yang kami laksanakan selama beberapa jam di sini termasuklah beramah mesra , sarapan pagi dan makan tengahari bersama-sama, membuat persembahan dan hiburan serta memberikan hadiah dan cenderamata kepada warga RSK Taman Kemumin
Kami turut mengadakan aktiviti gotong-royong di beberapa kawasan dalam Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin
Tak mahu lepaskan peluang untuk selfie,,hehehe
Membuat persembahan nyanyian lagu bertajuk Ibu,,hinggakan makcik-makcik di sini bertepuk-tepuk tangan,,seronok sangat!
Sehingga harini 4 september 2014 bilangan penghuni RSK Taman Kemumin berjumlah 138 orang, walaubagaimanapun jumlahnya akan berubah-ubah kerana selalu ada keluar masuk penghuni ke sini,
Guru Kaunseling sekolah, Norazwanis Mansor yang cekap dan komited sepanjang menjayakan program dari awal hingga akhir, tahniah Anis!!
Cenderahati dari SMK Abdul Samad kepada pihak pengurusan RSK Taman Kemumin
Apabila tiba waktu untuk berpisah, pelajar-pelajar berebut-rebut untuk bersalam-salaman dan berpeluk-cium dengan penghuni di sini, sekali lagi airmata mereka mengalir keluar ,,alahai,,adegan yang sangat mahal untuk kami,,
Kami berangkat pulang dengan membawa ole-ole berharga dari mereka iaitu nilai sebuah kasihsayang !
No comments:
Post a Comment