Volkswagon antik!
Kami disumbat masuk ( satu lagi perkataan yang menyedihkan ni, ada tak perkataan lain?) ke dalam kereta yang sempit ni beramai-ramai setiap hari pergi dan balik sekolah,,heeeei seksa sangat tau! Yang aku ingat aku mesti duduk atas riba orang lain yang lebih besar (aku kan baru Darjah Satu), duduk berhimpit-himpit macam ikan sardin dalam tin! Waktu pagi okey lagi sebab badan masih bau bedak, time balik jangan cakap lagi la masing-masing bau busuk macam lembu,, !
Hingga hari ini emak tidak pernah tahu mengapa tiba-tiba suatu pagi aku mengamuk tak mahu pergi sekolah dengan kereta kura itu (kami panggil kereta kura sebab bentuknya macam kura-kura) . "ore toksey gi skoloh denge keto kuro!!!!!!!
Emak tanya mengapa pulak tak nak pergi sekolah nanti cikgu rotan. Tapi aku hanya menjerit-jerit "toksey gi denge keto kuro, tokseyyyyyyy!!!!
Hari itu aku memang tak pergi sekolah tanpa alasan yang kukuh kepada emak.
Sebenarnya ada satu peristiwa sangat tragis (tragislah sangat!) bagi aku selama aku naik kereta kura tu!
Aku sebenarnya dibuli!! Setiap kali aku naik kereta tu, mesti anak Pak Ya yang perempuan (tentulah umurnya lebih tua dari aku) akan cubit peha aku, kadang-kadang kat lengan, kat bontot pun ada, huh sakit sangat! Aku menahan sakit dan tangis dalam hati saja . Bila dah lama-lama macam tu aku mana boleh sabar lagi kan, itu yang aku mengamuk pagi-pagi buta tu! huhuhuhu,,,!
Tetapi, Alhamdulillah aku bersyukur sangat apabila aku naik Darjah Dua emak dan ayah buat keputusan untuk berpindah ke rumah sewa di bandar demi memudahkan aku untuk pergi sekolah!
Emak kata 'nanti Za pergi sekolah jalan kaki je! hehe,,seronok sangat, dan terlepaslah aku dari dibuli oleh Pontianak tu,,yeyy!!
Tetapi emak memang tak tahu cerita sebenarnya! Aku takkan beritahu dia! Tak akan!
hahaha nakal !
ReplyDeletesedaknyo cito ni kak za :)
masa ni ikah pn tadok lagi
Delete