Kenangan manis bersama bekas pelajar SMKDMPR1 di Melaka, yang ikut serta termasuklah Nurzihan, Anis Sofea dan Mutieah.
Menitis airmataku sebaik mendengar suara bekas pelajar-pelajarku dari sekolah lamaku, mereka berkongsi telefon dan menelefonku bergilir-gilir sorang demi sorang bercakap denganku di talian. Mereka menangis dan meluahkan rasa rindu serta mahu menemuiku unuk mendapatkan restu sebelum menduduki PMR. Perasaanku sebak dan lidahku terkedu, terasa inginku berlari mendapatkan mereka namun jarak dan tugas jadi penghalang antara kami.
Lantaran itu, besoknya pagi-pagi lagi aku singgah ke sekolah lama semata-mata untuk bertemu dengan mereka, dan ya Allah..hanya Allah yang tahu gelora jiwaku..sedih, terharu, gembira, pedih, dan segalanya. Masih terasa hangatnya pelukan mereka dan esak tangis, namun aku tahu mereka gembira aku menunaikan permintaan mereka.Tak puas rasanya saat yang terlalu singkat itu..tetapi aku yakin mereka sudah bersedia untuk exam ini dengan sebenar-benar persediaan. Aku dah bersama-sama mereka selama hampir 3 tahun dan sangat mengenali karektor setiap orang dari mereka. Namun aku bersyukur kerana kami masih boleh berhubung sepanjang masa, sms pun tak pernah putus untuk bertanya khabar.
Di kesempatan ini aku mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan PMR kepada semua pelajarku di SMK Ipoh serta bekas pelajarku di SMKDMPR1. Aku mahu mereka tahu betapa tingginya harapanku kepada mereka agar memahami pentingnya ilmu sebagai penyuluh sepanjang kehidupan. Bukan bilangan A yang menjadi ukuran tetapi ilmu yang diperolehi dan dimanfaatkan itulah yang akan menjadi obor menerangi liku-liku kehidupan mereka.
Aku berdoa ke hadrat Allah swt agar semua pelajarku yang sedang menjalani peperiksaan hari ni mendapat ketenangan dan rahmat Allah hendaknya. Mudah-mudahan diilhamkan Allah segala ilmu yang telah dipelajari di atas kertas jawapan. In Sya Allah. Selebihnya bertawakkal kepada Allah, kerana segala usaha dan ikhtiar telah mereka laksanakan selama ini.
Nurul Husna - try ur best k!
Aku tidak menyimpan koleksi gambar-gambar bersama-sama mereka, tetapi mana yang ada denganku ini ajelah yang dapat aku blogkan. Antaranya termasuklah ketika aku menghadiri Majlis Jamuan Tahun Tingkatan 1KRKA tahun 2010 di KFC Tanah Merah (masa ni masing-masing baby face lagi!)
Nurzihan yang lemah lembut dan bijak!
Husna Diana, Hazwani dan Mutieah sewaktu kami sama-sama menyertai Program Khidmat Masyarakat ke Melaka dan KL pada tahun 2012
Asma' yang keletah dan manja
Farah dan Asfa akrab sejak dulu
Fatin Anis Syakira dan Syamimi
cute dan genius
(janji dengan cikgu dapatkan straight A k!)
Asyikin - salah seorang calon straight A jugak!
Gudluck semua!
Result keluar nanti kita celebrate k!
Naim dan Afiq Mustaqim
Jejaka dua orang ni memang pemalu sangat-sangat!
Nak amik gambar payah betul, cikgu takde koleksi lain hanya ini satu-satunya.
No comments:
Post a Comment