Followers

Wednesday, June 12, 2013

Terimakasih Suamiku! Terimakasih Anak2ku!

Tiada ungkapan paling mahal dapat kuhulurkan buat suami dan anak-anakku setelah perjuangan ini berakhir hari ini,, terimakasih buat suamiku kerana tidak pernah berhenti memberi dorongan dan sokongan, terimakasih anak-anakku yang tersayang kerana sangat memahami dan mengerti erti menuntut ilmu,,sungguh aku bertuah punyai kamu semua,

Sidia yang selalu berada di sisiku tika aku memerlukan


Dalam tempoh pengajian tanpa disangka kami dianugerahkan seorang lagi puteri, Siti Nur Ainina Najwa, baby yang sangat memahamiku sejak dari kandungan hingga kini  tidak pernah memberi kerenah kepadaku untuk meneruskan pengajianku,
Itulah rezeki Allah yang sangat luas dan tiada sempadan kepada hambaNya,,


Kini Cik Nina pun dah berumur 2 tahun

Aku masih ingat pada tahun 1992 aku terpaksa berpisah dengan kedua putera dan puteri sulungku yang masih kecil kerana melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan di Johor Bahru, dan kini setelah aku menyambung pengajian lagi ia benar-benar menuntut pengorbanan mereka lagi, harus  pula mengganti tugasku untuk menguruskan adik-adik yang masih kecil,,
Alhamdulillah Allah telah mempermudahkan urusan kami,
Terimakasih Yeng!
Terimakasih Kakak!
Hanya Allah yang dapat membalas pengorbanan kamu berdua, 



Putera sulung Amierul Bahrain Shah dan puteri kedua Asmat Salsabila yang banyak berkorban dan menjadi tulang belakang demi adik-adik


Puteri-puteriku yang menceriakan keluarga kami



Mereka adalah sumber kekuatanku,,
terimakasih kerana sentiasa memberiku semangat dan harapan!!



Keluarga besar kami,,!


Ateh dan Aqis kata nak belajar universiti juga nanti,,
insyaallah!


2 comments: