Followers

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru!

Apabila tiba tarikh 16 Mei setiap tahun dan membaca ikrar serta menyanyi lagu "Guru Malaysia", di hati ini selalu terdetik "Allah pilih aku untuk menjadi guru, tugas ini sungguh mulia dan besar tanggungjawab yang aku pikul. Alhamdulillah. (Patutlah aku tak jadi doktor, mungkin aku asyik pitam atau pengsan je, kerana kalau aku tengok darah cepat benar mabuk darah, hehehe...)
 
Rafiqi Muqri - juara skuad lebuhraya berbasikal, cikgu doakan cita-cita Fiqi tercapai k!)


Semasa zaman persekolahan, tiada dalam list pun cita-cita nak jadi cikgu, (nak jadi pramugari konon, tapi tak cukup ketinggian la pulak!), tahu-tahu dah jadi cikgu....huhuhuhu...itulah rezeki kan, perancangan Allah itu ternyata melebihi perancangan manusia.

Rose Anati dan Sahidatul Munirah - terbaik!,,semoga straight A PMR nanti k!

Hazwanie, Nurin Amalin dan Husna Diana - penyeri hari-hariku yang ceria!

Bagi orang yang tak pernah jadi guru, dan tak teringin nak jadi cikgu takkan merasai pengalaman bergaul dengan anak-anak sekolah. Jika ada yang bertanya pelajar yang macam mana kah yang awak sayang dan suka dan pelajar yang macam manakah yang awak benci dan tak suka? Aku akan jawab, aku sayangkan semua pelajarku. Aku sayangkan setiap orang dari mereka sebanyak 100%. Tidak ada yang aku sayang lebih atau sayang sedikit. Semuanya sama sahaja.

Projek Rekacipta ini perlu siap sebelum bulan Jun 2013 untuk diisi markah, so kena cepat-cepat k!


Lantaran itu kami tetap menjalin hubungan yang kekal akrab walaupun mereka telah meninggalkan dunia persekolahan.

Harapanku kehadiran hari-hari mendatang memberikan sinar kegembiraan dan kebahagiaan buatku, agar terus gagah berkhidmat kepada anak-anak pelajarku tercinta, insyaAllah.
  
Di samping rakan guru, Pn Hjh Maznah Awang (Guru Cemerlang Fizik)

No comments:

Post a Comment