Pokok gajus yang ditanam di rumah saya juga sedang rancak berpucuk.
tengok, pucuknya macam melambai-lambai supaya dipetik untuk dibuat ulam!
kita digalakkan makan pucuk Jambu Golok kerana ia dapat melambatkan proses penuaan juga. Huhu..terbaeek!
memang sedap kalau makan nasi panas-panas diiringi budu atau dicicah dengan sambal belacan...lalala..mak mertua datang pun tak sedar!!..
Bila selalu diamalkan tubuh akan sentiasa sihat dan bertenaga. Bagi mereka yang ada kencing manis dan darah tinggi juga sangat membantu mengurangkan tekanan darah serta merendahkan kadar gula dalam darah.
Kandungan utama dalam pucuk Gajus ialah 89.0g adalah air, 3.8g adalah protein dan 4.5g adalah karbohidrat. Ia juga anti oksidan bagi mencegah penyakit kanser.
Daun Gajus yang tua juga boleh digunakan untuk merawat sakit gigi atau perut meragam dengan meminum air rebusannya.
ulam saya untuk malam ni...Pucuk Ketereh!
So, bagi sesiapa yang mahu awet muda dan ceria selalu saya mencadangkan tambahlah menu dengan ulam seperti Pucuk Jambu Golok atau Pucuk Ketereh ini!..hehe..
wah patutla puan zaza muda semacam...nak mkn ugopla pucuk ketereh
ReplyDeletehehe..mama ikah kuat makan ulam tu!
ReplyDelete