Followers

Friday, May 20, 2011

Apabila Wanita Berkata-kata!



Kadang-kadang mood wanita sering berubah-ubah terutama apabila usianya makin meningkat.
Pasangan perlu prihatin dan peka dengan perubahan perasaan wanita, cuba memahami dan tidak mudah mengalah untuk memenangi hatinya.

Antaranya cubalah memahami 'body language' wanita dan membaca yang tersirat di sebalik kata-kata yang diucapkannya.



Berikut contoh kata-kata yang bertentangan dengan kehendaknya yang sebenar :
bila dia berkata 'awak lupakanlah saya' bermaksud dia mahu pasangannya menyayanginya sepenuh hati tanpa ada orang lain.
bila dia berkata 'jauhkanlah dirimu dariku' itu bermakna dia mahu pasangannya mendekatinya dan membelainya dengan rasa cinta.
bila dia berkata 'awak jahat @ nakal @ gila' maksudnya dia benar-benar menyukai apa yang dilakukan atau diucapkan pasangannya.
bila dia berkata 'saya tiada apa-apa yang mahu diucapkan lagi' itulah tandanya terlalu banyak yang ingin diperkatakan olehnya tetapi tidak tahu di mana harus bermula.



Berhati-hatilah apabila berhadapan dengan wanita, kerana bicaranya adalah sebaliknya.

3 comments:

  1. kadang2 susah nak paham apa yg tersirat disebalik kata2 seorang wanita. hehe..
    Sya tahu sebab sya pun seorg wanita. heh

    ReplyDelete
  2. @Mekar : wanita memang penuh misteri

    ReplyDelete
  3. betul tu...suami kena peka begitu juga sebaliknya isteri juga kena peka dengan tindakan suami!

    ReplyDelete