Followers

Monday, October 22, 2018

Herba Yang Menambat Hati!!

Semenjak masuk bulan Oktober, musim panas sudah mulai beralih kepada musim hujan.
Kadang-kadang waktu tengahari pun hujan turun mendadak dengan lebatnya.
Waktu petang dan malam memang tak mengecewakan,  hujan akan turun dan sangat sesuai untuk mengulit tidur hingga ke pagi,  
Walau bagaimanapun, aktiviti berkebun tetapku teruskan seperti biasa dan bila ada ruang dan kelapangan, pasti aku turun 'mencemar kaki dan tanganku demi minat dan hobi yang tak pernah lekang dari hati haha!๐Ÿ˜


Pokok Cili Api dah berbuah sulung!


Daun yang lebar berwarna hijau kehitam-hitaman menandakan bekalan baja yang mencukupi
Jika pokok dapat dijaga dengan baik, hasilnya dapat dinikmati dalam tempoh jangkamasa yang lebih lama, sekaligus dapat mengurangkan kos membeli dari kedai!



Pokok Kunyit Temu Pauh kian subur membesar 

Semasa aku masih remaja arwah ibuku biasa menanam pokok ini di atas tanah di halaman rumah, ia tumbuh tinggi dan membiak secara rumpun dengan cepat, jika tidak dikawal boleh merebak hingga ke sekeliling rumah, tetapi jika dibiarkan tanpa digali, ia akan pupus tanpa meninggalkan baka walau sedikit pun!
Arwah emak biasanya akan menghiris nipis-nipis untuk membuat Jeruk Temu Pauh, dijeruk bersama-sama Kunyit dan dimakan sewaktu beliau dalam pantang, hinggakan sewaktu aku bersalin pun arwah emak memberiku makan juga untuk merawat tubuh semasa dalam pantang
Aku dapatkan benih pokok ini pada awal tahun ini juga, semasa encik suami mengajakku bersiar-siar di Pantai Melawi dan kami singgah di tepi jalan untuk membeli hasil kampung seperti ubi keladi, kunyit, pisang dan buah nangka, kebetulan ternampak kunyit temu pauh ini ada dijual sekali. Benih ini sebahagiannya aku tanam secara terus dalam pasu dan selebihnya aku buat Acar Temu Pauh, memang sedap sangat rasanya.


Isi Kunyit Temu Pauh berwarna kuning muda dan baunya harum seperti buah mangga muda,  




Pokok Lempoyang yang banyak khasiat!




Woww!  Setelah menunggu sekian lama, akhirnya pokok ini mengeluarkan bunga yang sangat cantik dan memikat!!!



Pokok Cekur juga mula menambahkan bilangan daunnya, sedap dibuat ulam dan isinya sangat bagus dibuat kuah pecal, memang uummpp!!!


Sunday, May 6, 2018

Gardening : Renew !!!

Apabila tercetus perasaan ingin bercucuk tanam, memang niat itu perlu diteruskan
Apalagi  bila melihat keadaan halaman rumah yang lapang tidak berpokok dan bunga-bungaan, rasanya sudah tiba masa untuk menyemai kembali bibit-bibit minat supaya terus bercambah dan tumbuh subur kembali bagai dulu

Tak puas rasanya sekadar melihat tanaman yang subur di laman orang, kita pun kena curi-curi masa untuk berkebun dan bertanam pokok di laman dan belakang rumah

Kalau lama sangat  berehat dan menggantung penyiram dan cangkul, takut lama kelamaan hobi pun boleh terus berkubur,



Pokok Pandan pokok pertama yang mula disemai



Pohon Bidara yang dibeli dari pasartani dengan harga Rm15, pokok yang sangat bermanfaat dan perlu ada di setiap halaman rumah



Pohon Bidara siap ditanam!!!




Pokok Jenerih yang tumbuh liar di belakang rumah, tapi di kawasan tanah orang lain



 Teman setia, Baby ni akan mengekoriku ke mana saja aku pergi, aku ke dapur di ikut, aku masuk bilik diikut, aku ke laman pun diikut hehehe!!!!



Nanti ada kesempatan, aku akan menanam lagi pokok-pokok lain pula!!

Saturday, May 5, 2018

Aktiviti Cuti Hujung Minggu : Labelling!!!


Cuti hujung minggu lepas aku cuba manfaatkan dengan aktiviti menyediakan label untuk bekas-bekas makanan di dapur, seronok pula rasanya  bila dibuat bersungguh-sunggah dan ikhlas, dapat disiapkan dalam tempoh masa , tau-tau dah siap! Hihihihihi!

                         
Balang kaca yang cute ni adalah pemberian dari anakanda  Sal Sabila yang dibeli dari Ikea, aku dah tau nak  isikan apa dalamnya iaitu rempah ratus !!


Bekas yang asal, dah lama pakai bekas tupperware ni sejak mula-mula kerja dulu hehehe!
Sekarang boleh bertukar baru dah!



Aku lihat bila letak label pada penutup bulatnya, ia nampak lebih elegant !!







Glass jar yang lebih besar aku isikan dengan rencah perisa  lain seperti garam, asam dan sebagainya



Kalau surf kat Pinterest memang macam-macam printable free untuk labelling, cuma print je dan tampal tapi aku lebih suka print design je dan taip sendiri perkataan , mengikut barang yang ada di dapur sendiri, class gitew!!



Sejak umur dah tak berapa nak muda ni, kerja menggunting lama-lama boleh beri effect sakit pinggang jugakla hihihihi!!!!


Ok! Dah siap tampal!!!




Ammah!!! Cun nya mak ai !!




Design untuk bekas minuman aku pilih yang ni, nampak macam lebih meriah dan segar !!!





Tupperware 6 biji ni hadiah pemberian dari kawan cikgu sekolah lama dulu, sengaja aku guna dan manfaatkan sebaiknya supaya beliau dapat menikmati pahala berterusan!! Hehe!! So, jangan kata aku tak payung beb!!!



Bekas yang besar macam ni elok je terisi tea, coffee, susu dan gula  pun dah siap dilabel juga!!!




Taraaaaaa!!!!!
Dah siap semuanya! Alhamdulillah!!
















Tuesday, May 1, 2018

Waterlily Indah Mempesona

Setiapkali berkunjung ke bandar Kuala Krai, aku tak pernah lupa menjengah ke tasik dan melihat kalau-kalau pokok Telipok  (Water Lily)  berbunga
Dan kali ini aku bertuah kerana dapat menyaksikan kuntum-kuntum Telipok yang kembang mekar
menghiasi tasik
Semasa kecil aku pernah menonton filem melayu Patung Cendana, dalam filem tu seniwati Latifah Umar berjalan atas air tasik tanpa tenggelam lantas memetik bunga Telipok seterusnya beliau mandi bunga, aku nampak bunga tu macam wangi dan harum sangat 
Bila dapat lihat secara nyata, baru tahu rupanya bunga ini tidak berbau haha!!





 Sayang sekali restoran yang dulunya dikunjungi orangramai menyebabkan kecacatan pemandangan kerana ditinggalkan reput dan tidak diselenggarakan





Waterlily yang mekar di waktu pagi sahaja, bila petang ia akan tertutup kembali




Gambar yang last ni aku petik dari Pinterest, cantik juga kalau dibina kolam tepi rumah dan hiasi dengan pokok Telipok seperti ini

Tuesday, May 23, 2017

Selamat Hari Guru : Look Alike!

Salah satu projek yang paling happening bagi aku untuk Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang akan diadakan besok. Projek Look Alike ini telah dilaksanakan oleh Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Mereka mengenalpasti beberapa orang pelajar yang hampir serupa dengan guru-guru sekolah ini. Dan inilah hasilnya yang telah dipamerkan di Galeri Sekolah.


Cikgu Rashid yang tegas tapi menjadi kesayangan pelajar, dalam hati ada taman gitew๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ agak-agak macam Shahril kot rupa Cikgu Rashid zaman sekolah dulu๐Ÿ‘ฆ๐Ÿ‘ฆ



Pasangan Cikgu Radziah dengan Ieza Aziela ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿ‘ต
serta pasangan Cikgu Mohd Zabahri dengan Mohd Asyraf, keserasian mereka nampak menjadi๐Ÿ‘ฆ๐Ÿ‘ฆ



Pasangan PKHEM Cg Eshah dengan Nor Azlina๐Ÿ‘ง๐Ÿ‘งdan pasangan Teacher Nik Nasrah dengan Maizatul Sofea๐Ÿ‘ง๐Ÿ‘ง, cantik sangat!


Pelajar yang terlibat dengan projek Look Alike๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช



Pasangan Cikgu Siti Patimah dengan Esme Nadia
๐Ÿ‘ง๐Ÿ‘งyang sangat padan, dua-dua pun cantik๐ŸŒป๐ŸŒป
Dan pasangan Cikgu Yuganu dengan Che Arif๐Ÿ‘ฆ๐Ÿ‘ฆyang copypaste gitew!



Pasangan Cikgu Nik Md Zailani dengan Mohd Hafiz macam dua beranak gitew, manakala pasangan Cikgu Zariah dengan Maizatul Sofea. Maizatul ni kadang-kadang ada iras Cikgu Zariah, sekali sekala seiras pulak dengan Teacher Nik Nasrah gitew๐Ÿ‘ธ๐Ÿ‘ธ



Dua pasangan last ni memang tak boleh move on, saling tak tumpah dan copypaste gitew,
 ๐Ÿ‘ธ๐Ÿ‘ธ
Kalau nak tengok Noraiti dewasa boleh tengok Cikgu Nor Azira atau
Pasangan Teacher Noor Faizah dengan Siti Zulaikha yang seiras ini.

Saturday, May 13, 2017

Hasrat Hati Nina!

Anakku Nina lahir 7 tahun selepas kakaknya Amy dilahirkan. Jarak umur yang jauh dan agak sukar untuk menyesuaikan mereka dalam banyak perkara. Bila bermain pun selalu tak kena. Tak serasi. Kemudian kepada akulah mereka saling mengadu bila tak sefahaman. Tapi bila hilang dari mata, Nina selalu bertanya Amy pergi mana? Amy pun macam tu, balik sekolah aje tanya Nina mana?

Sekarang Nina dah 6 tahun. Amy pula naik Tingkatan Satu, aku izinkan dia tinggal di asrama sekolah. Temankan kakaknya Balqis yang Tingkatan Empat.
Tinggallah kami berempat sahaja di rumah (Abah, Mama, Ateh dan Nina). Bila petang Khamis baru terasa rumah ini kembali berseri apabila kakak-kakak dan abang-abangnya pulang sekali sekala memeriahkan suasana.

Semasa nak masuk asrama awal tahun baru-baru ini, Amy kumpulkan barang-barang kesayangannya dalam sebuah kotak teddybear dan tulis nota kat atas 'Barang-barang Amy. Jangan main ya. Kalau ambil pulangkan balik. Yang Benar, Amy." 😀😀😀 hihihi.

Aku perasan Nina suka sangat buka kotak tu dan keluarkan semua barang, belek satu persatu, lepas tu dia masukkan balik dalam kotak. Hehe, ni mesti ada sesuatu yang dia berkenan tu.

Suatu hari Nina cakap kat aku, 'Amy ni dah beli barang-barang (aku faham maksud dia barang dalam kotak tersebut) dia tak guna pun, dia nak guna bila ma?"
"Nanti Amy balik rumah, dia guna la, duduk asrama tak boleh bawa semua barang."
"Tapi masa Amy balik tu, Nina tengok dia tak guna pun!" Haha,dah lama buat pemerhatian ni.
"Ma dah tengok ke barang-barang Amy dalam kotak?" Nina menyambung.
"Ma tengok dah, kenapa?"
Aku memang dah selalu tengok  sebab hari-hari Nina buka kotak tu dan keluarkan, macam barang hiasan dan alat tulis je semuanya.
"Buah epal tu cantikla ma!" Nina buat muka comel. Hahaha... Kaaannn..Rupanya dia dah analisis  semuanya dan siap rumusan sekali..hehe..
"Semua tu kan barang Amy, hadiah dari kawan-kawan Amy. Nina berkenan ke?"
"Nina cakap cantik aje, tapi Nina tak boleh guna pun. Kalau pensil warna tu betullah Nina boleh guna!" Hehehe  pandainyaaa.
"Petang nanti kita pergi Kedai Buku Banggol beli pensil warna nak tak?"
"Yeayy! Nina baru nak cakap pensil warna Nina dah pendek-pendek, warna biru dan merah tu dah hilang. Tapi Ma macam tau-tau. Ma ni magic betul!" Hahah!

Magic lah sangat! Memang mama ni lah yang kemaskan pensil warna Nina! Pergi tadika ke, rumah atuk ke,  rumah sepupu ke beg sekolah mesti bawa tentulah pensil dah pendek-pendek dan hilang semua. Bila melukis tu sampai tertidur !

Wednesday, May 10, 2017

Salam Nisfu Syaaban!


Sambal Buah Pauh/Mangga

Bila ada cuti di pertengahan minggu, huhu.. nikmat nya memang lain macam. Seronok sungguh rasanya. Maklumlah dapat berehat seketika, besok sambung kerja balik. Tapi hari ini cuti kerana Hari Wesak, walaupun besok hari Nisfu Syaaban di negeri Kelantan tak cuti, kerja macam biasa. Takpelah kita anggapkan  cuti arini sempena besok Nisfu Syaaban okey..hehe๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Hari ni aku memasak ikut menu sendiri, tak tanya suami atau anak-anak. Selalu ada juga tanya anak-anak nak makan apa? Abang nak makan apa? Jadi aku bergegas ke pasar dan beli apa yang aku terlintas nak makan saja, by the way petang nanti ada orang tu nak berbuka puasa, jadi masakkan sekali untuk beliau, haa..kaan!


Ikan dilumur dan basuh dengan air asam limau untuk hilangkan hanyir ikan (ehh..rasanya semua orang pun tau tak cakap pun takpe)


Musim buah mangga kat kampung aku tahun ini memang menjadi-jadi dan lebat buahnya


Pada mulanya aku bercadang nak masak Sambal Udang Petai tapi susah nak dapat petai sekarang, musim petai pun dah sampai penghujung agaknya





Akhirnya buat sayur goreng macam ni pun okay la jugak!


Teringat zaman sekolah dulu-dulu emak selalu buat sambal ikan dengan buah pauh ni. Emak akan bakar ikan atas bara api dapur kayu dan tumbuk dengan cili api (lada burung), aku balik sekolah terus buka saji aje dah terhidang nasi dengan lauk, sekarang ni zaman anak-anak aku balik sekolah tak buka saji dah, tapi diorang buka nasi bungkus, buka getah pengikat plastik ayam gulai bungkus, atau buka polistrin๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ cuma waktu aku memasak tu diorang terpaksa tunggu jugak baru boleh makan, bukan boleh buat magic buka saji dah ada nasi
macam aku pernah buat dulu!  Pengorbanan jugak tu. Anak-anak terpaksa bertolak ansur dalam part begini apabila ditakdirkan ibu mereka bekerja dan belum ada tanda-tanda akan bersara awal seperti aku! Hahah!



Ikan Masam Manis dah pun siap! 



Okey dah siap! Selamat menyambut Nisfu Syaaban ya. Ramai sahabat-sahabatku dah mula berpuasa sejak bulan Rejab lagi demi sama-sama merasai keghairahan menyambut kehadiran bulan Ramadhan nan mulia ini. Tinggal 14 hari lagi Ramadhan akan tiba, berdebar-debar pulak rasanya. Semoga Allah memberikan aku kesihatan dan kelapangan waktu serta memakbulkan doaku agar aku dapat menjalani ibadah puasa ini dengan penuh ketenangan dan ketabahan. Aamiin.