Followers

Thursday, March 23, 2017

Kartu Buat Suami!

Hari ini 24 Mac 2017 genaplah usia abang 49 tahun, dan genaplah juga usia perkahwinan kita 29 tahun!
Selamat harijadi abang, dan selamat ulangtahun perkahwinan buat kita ya abang.

Lebih suku abad kita berkongsi kehidupan, aku tidak pernah melihat kau menarik muka bila aku berbuat salah, tetapi kau mengungkapkannya dengan manis berupa nasihat. Walau di mana aku berada yang aku ingat hanya senyumanmu. Kita tetap melangkah bersama-sama meredah segala onak dan duri, menelusuri denai dan lembah namun tidak pernah sesekali aku mendengar kau mengeluh lelah, tidak pernah pula kau biarkan aku kelelahan sendirian, kau membimbingku dengan seribu kepayahanmu demi menuju puncak bahagia..terima kasih abang!


Saturday, March 11, 2017

Homemade : Sambal Hitam!

Aku pernah makan beberapa kali Sambal Hitam selama tinggal kat Kuantan dulu, tetapi bila merasa Sambal Hitam yang disediakan oleh sahabatku Siti Rokiah (suaminya Mohd Nasir Samat pun tentulah sahabatku jugak), bagiku Sambal Hitam yang inilah paling sedap!

Siti membawa Sambal Hitam setupperware besar ketika majlis reunion sahabat-sahabat sekolah rendah di Pantai Bachok kira-kira 2 tahun lepas.

Setelah setahun berlalu, aku merinduinya lagi dan tanpa berlengah ( macam mengidam la puleksss) aku whatsapp Siti, minta dia buatkan untukku..huhuhu..

Betul kata orang, kita berkawan beribu-ribu, tapi jika kita ada seorang sahabat pun sudah memadai jika dia sudi hadir di saat kita memerlukannya, memenuhi hasrat dan keinginan kita tanpa batas sempadan masa dan waktu.

Selang beberapa hari saja, Sambal Hitam yang di courier dari Raub dah tiba depan rumah!
Terimakasih Siti!
Awak memang sahabatku yang baikhati, dan bila makan masakanmu, aku tahu kau menyediakannya dengan penuh kasih sayang.


                       
Pokok Belimbing Buluh tepi rumahku


Close-up sikit!


Pokok Belimbing Buluh yang ditanam oleh Encik Suami dah mula berbuah sulung, rasanya inilah kesempatanku untuk belajar membuat sendiri Sambal Hitam, dan bermulalah episod WhatsApp seharian suntuk aku dengan Siti. 

Siti beritahu kena sediakan periuk lama yang tak cantik untuk merebus buah belimbing kerana nanti air belimbing yang masam tu akan merosakkan periuk. Aku tanya kalau guna tin biskut Julies boleh tak? Dia cakap lagi bagus! Sambil merebus buah belimbing kejap update ws post gambar kat Siti..haha..setianya Siti melayan aku!!


Rebus belimbing menggunakan tin biskut tanpa air dan letakkan 1 camca besar garam, api sederhana kecil


Tengok tu..air belimbing yang keluar memang banyakla!!


Ooo memang betullah..lama kena rebus buah ni..Siti suruh cedokkan keluar airnya supaya cepat kering



Siti cakap rebus sampai buah jadi kecut dan berwarna perang gini haa..! Dalam 3 jam la jugak!

Aku minta Siti tunjukkan langkah seterusnya.
Ohhh tak banyak rupanya!! Harini baru tahu..kihkihkih!!!!
Bahan yang perlu hanya 4 iaitu Buah Belimbing, Bawang Besar, Cili Api dan Ikan Bilis!!!



Bawang Besar dan Cili Api



Ikan Bilis


Ikan Bilis boleh dikisar halus atau kasar-kasar ikut suka kata Siti, aku pula suka kisar kasar-kasar, bila makan boleh gigit-gigit kan...hahaha!!!

Pastu Bawang Besar, Cili Api dan Belimbing Rebus dikisar halus.

Siti cakap tumis semua tu dengan minyak..bila mendidih kecilkan api dan tunggu hingga kering airnya..masukkan perisa seperti garam, gula dan ajinomoto jika suka. Kat rumahku kebetulan ada Gula Melaka jadi aku masukkan jugakla!!!


Sambal yang masih belum hitam



Yang ini pun belum cukup kering lagi..tunggu kejap lagi


Taraa..inilah hasilnya setelah separuh hari bertungkus lumus (haha ..berpeluh jantan betina semua keluar)
Siap akhirnya Sambal Hitam resepi dari Raub
Torbaeekk!!!!

Terimakasih Siti kerana selalu sudi menjadi sahabatku, 
Terimakasih Siti kerana selalu sudi mengeratkan hubungan silaturrahim kita,
Nanti bila balik Kelantan jangan segan singgah lagi kerumahku ya Siti!!!

Friday, March 10, 2017

Memetik Buah Belimbing Buluh !

Pokok Belimbing dah mula berbuah lebat, hati yang girang dah mula membayangkan siapa yang akanku hubungi nanti untuk mengajarku memasak Sambal Hitam..hehe..siapa lagi kalau bukan sahabatku Siti Rokiah yang tinggal kat Raub tu..!
Aku pasti !
Nak tau kenapa? Kerana aku dah makan Sambal Hitam yang beliau buat memang kaw!kaw! sedapnya!!


Bila dongak ke atas, tinggi nau buahnya, tangga pun takde, nasib baik ada kerusi plastik ni, akhirnya dapat juga aku merasa petik buah dengan tangan ..fuhhhh!..nikmat betul!
Orang yang biasa beli buah-buahan atau sayur-sayuran kat pasar tak boleh nak gambarkan nikmat seperti yang aku rasakan ni. Semasa tengah syok memetik tu aku terasa ada pulak buah yang terjatuh ke bawahla!


Terpaksalah membongkok-bongkok mencari buah tadi yang terselit di sebalik rumput yang melata!


Dah banyak ni aku petik, tapi kat atas pokok masih banyak lagi bergayutan kat dahan (monyet ke?..eh?) 




Inilah tadi buah yang bergayutan kat dahan tu, memang lebat dan buat aku kecur melihatnya




Hehehe..inilah hasil tuaian hari ini!
Dah lebih dari cukup untuk menghasilkan Sambal Hitam paling sedap..wow! Siti Rokiah!!!Kau tunggu aku whatsapp okeh!



Buahnya dah besar dan kulitnya berkilat-kilat, sedang elok ni untuk dibuat sambal atau masak lemak...huhu..tentu best!

Sunday, March 5, 2017

Purple!

Aku baru perasan, rupanya semakin meningkat usiaku ada perkara yang aku tidak suka dulu tetapi sekarang aku sangat suka dan terlalu menyukainya.
Antaranya warna ungu ni.
Dulu punyalah benci dan sakit mata bila tengok warna ungu, sekarang aku tengok warna ungu lah paling cantik.
Tiba-tiba pula semasa mahu membeli buku catatan aku dah pilih buku ni dan ballpen ni...kedua-duanya berwarna purple!
Tak tahu kenapa aku nampak yang inilah paling cantik sekali!