Followers

Saturday, November 7, 2015

Pokok Bawang

Bawang yang disimpan mudah bercambah bila udara lembab, macam sekarang ni petang-petang asyik hujan jerr..

Bawang ni boleh juga dijadikan perhiasan dalam rumah,  mula-mula kumpulkan bawang yang dah bercambah dan lembabkan atas rak telur macam gini ha..

Lembabkan dua tiga hari macam ni dah tumbuh daunnya

Kena beri peluang pada sikecik ni nak buat dulu, ..hehe..Nina memang pandai!!!



Turn mama pula menyusun batu-batu..okey...bolehlahh..


Kemudian isikan air dalam bekas!


Dah siap!

Friday, November 6, 2015

Daun Sambung Nyawa Dewa : Berakhirnya Pencarianku

Sebelum keluar rumah pun dah terasa pagi ni rezeki pasti ada....haha..memang ya pun...dah beberapa minggu ke Pasar Tani Machang mencari ulam Sambung Nyawa Dewa.. huhuhu..taraaaaaa!!!!

Hanya tinggal satu ikat ni jerr. .huhuhuhu...terperanjat tengok barang yang diidamkan tercongok depan mata...berdarah hidung!!!!!!


Huhuhu!!..rasanya lemak-lemak gitew...sedaaapppp!!!!


Daun ni istimewa ...sebelah atas warna hijau tua..sebelah bawah warna purple..batangnya pun ada garis warna purple!

Batang-batangnya aku simpan untuk disemai..mana tau kot tumbuh boleh makan hari-hari..hehehe!!

Dah selamat disemai dalam pasu...nanti dah besar boleh dipindahkan dalam bekas berasingan

Wednesday, November 4, 2015

Menghampiri Penghujung Sessi Persekolahan!

Tahun 2015 ni aku mendapat tugasan mengajar Ekonomi Rumah  Tangga Tingkatan Satu..rasa macam tak seronokla pulak...dah selalu berkebun di Taman Pertanian sekolah..tahun ni berada di Bilik Jahitan.
Tetapi tugasan ini kusambut dengan hati terbuka kerana itu adalah bidang tugas kita sebagai guru.

Selain itu aku juga mula dikejar masa kerana banyak menghadiri mesyuarat demi tugasan  Pentaksir Kawasan untuk subjek Kemahiran Teknikal PT3 dan nampaknya mulai minggu hadapan juga tugasan Pentaksiran Skrip Jawapan calon PT3 juga akan bermula..haha..tidak menjadi hal rasanya..itupun bidang tugas kita juga kan!



Sekejap saja tak terasa pun dah masuk bulan November..pelajar-pelajarku sedang sibuk mengulangkaji untuk persediaan menghadapi Peperiksaan Akhir tahun bermula minggu hadapan!






Good luck in your final exam okay!


Aku selalu berimpian untuk menjadi seorang guru yang berwawasan dan bertanggungjawab dalam bidang tugas yang diamanahkan. Adakalanya ia menuntut pengorbanan yang amat besar dari keluargaku juga, tetapi syukurlah segalanya masih berdiri di atas landasan yang betul.

Alhamdulillah ya Allah!


Awas Ya!

Semalam heboh dalam grup Whatsapp konon ikan melimpah dari sungai kat Tanah Merah hingga penduduk mengumpul berguni-guni ikan dibawa pulang, serta tokok tambah firasat kononnya banjir besar akan melanda negeri Kelantan pada tahun ini!
Hari ini maklumat tersebut disahkan sebagai aktiviti Pertandingan Menjala Ikan di tepi sungai tersebut!
Penganjur telah melepaskan ribuan ekor ikan ke sungai dan menjemput peserta menjala ikan ikan tersebut!
Sebagai pembaca jangan mudah menerima bulat-bulat maklumat yang sampai ke telefon bimbit anda, apalagi menyebarkan dan memutarbelitkan pula maklumat tersebut!

Amboi!!..seronoknya memungut ikan-ikan ya!



Ikan-ikan yang berjaya didaratkan oleh peserta Pertandingan Menjala Ikan



Tuesday, November 3, 2015

Buah apakah ini???

Beberapa bulan lepas suamiku membawa aku  mengunjungi seorang sahabatnya yang menjadi Imam Masjid di sebuah pondok di Jeli. Kami bertemu setelah sekian lama berhubung melalui telefon sahaja. Kelihatan mereka begitu terharu dan berpeluk-pelukan setelah sekian lama berpisah.

Sepanjang perjalanan pulang, tiba-tiba aku terlihat sepohon pokok yang sedang berbuah lebat, tetapi pokoknya sangat tinggi, hanya buahnya saja yang terjuntai ke bawah.

Pada mulanya aku ingatkan pokok markisa tetapi rupnya bukan pula!


Pemandangan dari bawah yang sempat kurakamkan 


 Buah-buah yang berjuntaian dari dahan sangat menarik perhatianku!




Buah yang berwarna kuning ini mungkin belum masak sepenuhnya lagi!





Hanya setangkai ini sahaja yang dapat kupetik namun bila dibelah ternyata isinya tidak dapat dimakan kerana mengandungi sabut sahaja!




Buah yang dah masak berwarna merah maroon,,memang cantik betul buahnya!





P/S : Ada sesiapa yang tahu nama buah ni tolong beritahu ya!