Followers

Wednesday, June 18, 2014

Kebun Sayur Ku!


Sebelum musim persekolahan bermula, aku dah mula menanam pokok-pokok herba ini di tapak penanaman, harapanku masa lapang di waktu petang dapat dimanfaatkan untuk menjaga dan membaja pokok-pokok ini sebelum dapat menuai hasilnya nanti,




Pokok Cekur Hijau yang siap ditanam




Pokok Kunyit pun ada 



 termasuk juga Pokok Cekur Hitam








 Pokok Sambung Nyawa




Pokok Sambung Nyawa dah siap dipindahkan ke tapak penanaman




Rizom halia dan kunyit yang dah keluar mata tunas macam ni memang sesuai sangat untuk disemai,

Hmmmm,,,rasa macam tak sabar-sabar tunggu pokok-pokok ni tumbuh membesar,,,hehehe,,sabarlah Noriza!!

Tuesday, June 17, 2014

Angah Ke Politeknik!

Angah berjaya melayakkan diri untuk mendaftar pengajian di Politeknik Kota Bharu, sama macam Kakak, kebetulan opsyen pun sama, Kejuruteraan Awam,,,dlu aku pernah  blogkan tentang Kakak ke sini Kakak Ke Politeknik! Itulah rezeki namanya, tak rancang pun,


semasa mendaftar di Dewan Jubli Perak PKB








Kali ini Cik Nina tak ketinggalan dapat menghantar Angah mendaftar di PKB,,hehehe,,nampaknya dia yang paling happy,,melompat ke hulu hilir,,beli belon sampai dua,,belum sampai rumah pun dua-dua belon dah pecah,,

Selamat belajar Angah,,relax je Angah kat asrama takde nangis-nangis k!!

Saturday, June 14, 2014

Kerastangan! Pokok Kelapa!!

Jika ada masa lapang, bagus juga jika anda cuba manfaatkan kertas crepe seperti ini untuk membuat model Pokok Kelapa, atau bunga yang sama waktu dengannya,


sediakan kertas crepe mengikut warna kesukaan, contohnya  kombinasi biru dengan pink
(apa salahnya pokok kelapa warna pink dan biru, sekali-sekala takpe kan,, takkan asyik hijau memanjang ,,,bosan gak)

sediakan lidi juga k!



gunting  kertas yang tajam macam ni



guntingkan kertas crepe jadi begini



letakkan lidi pada setiap kepingan kertas crepe dan gulung, kemudian tolak ke atas



dan jadi begini bila keluarkan lidi




seterusnya lilitkan pada sebatang lidi untuk membuat pokok kelapa



okey!,,dah jadi pokok kelapa!!



seronok sangat jika buat ni bersama-sama anak-anak,,
kali pertama buat memang tak jadi,,nanti mereka cuba lagi beberapa kali terus menjadi,,hehe,

Saturday, June 7, 2014

Maafkan Mama, Ateh!!

Sebaik mendapat perkhabaran terbaru permohonanku untuk bertukar sekolah telah diluluskan, hatiku ini bersorak gembira, sekaligus terasa hiba mengenangkan anakku  Ateh (nama manja),

Tahun lepas aku dah menunaikan permintaannya untuk menghabiskan 6 bulan terakhir bersama-sama sahabatnya di sekolah lamanya sebelum mengikut aku berpindah ke sini awal tahun ini, namun tak lama selepas permohonanku diluluskan untuk bertukar ke Machang dia kembali berdukacita kerana terpaksa berpisah dengan sahabat yang baru rapat dengannya dalam tempoh 5 bulan ini, aku bertukar sekolah lagi kali kedua dalam tempoh 1 tahun,
empat sahabat yang akrab di smkdmpr1 - Ateh, Labainur, Nisa dan Fana



Labainur dan Annisa


Aku gembira dapat bertukar ke sekolah baru di Smk Ipoh,  tetapi jarak yang sangat jauh dari rumah memaksaku memohon lagi ke sekolah yang lebih dekat dari kediaman kami, Alhamdulillah, permohonanku diluluskan, dan aku mendapat lokasi baru iaitu SMAS di Machang,  kali ini sangat-sangat menggembirakanku, harapanku kali ini biarlah memberi sinar bahagia buat kami sekeluarga,

"Mama minta maaf Ateh, berhentilah menangis dan bersedih, pilu hati ma melihatnya,, nanti Ateh akan menyesuaikan diri di tempat baru dan akan bertemu dengan kawan-kawan yang baru pula, suatu hari nanti apabila Ateh melanjutkan pengajian Ateh pasti kembali bertemu mereka di universiti kelak, insyaAllah"(demikianlah nasihatku kepadanya awal tahun ni kerana dia asyik menangis dan makan pun tidak berselera selama 2-3 hari lamanya),, dan kali ini ayat yang sama kulafazkan di hadapannya dan dia kembali menangis teresak-esak,,, namun aku tidak dapat mengubah keputusan yang aku telah buat kerana ini adalah demi kepentingan keluarga kami juga,

                                       
empat sahabat yang akrab di smk ipoh - Ateh, Aqlini & Aqlima (kembar) dan Nana



Ateh dan Aqlini



Ateh dan Nana

Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya, namun setiap perpisahan tetap diiringi doa dan harapan agar kembali bertemu suatu hari nanti, Insya Allah,

Cikgu minta maaf kepada semua pelajar-pelajar cikgu kerana perpisahan ini, segalanya adalah takdir Allah dan perancangan kita tidak dapat mengatasi kesempurnaan perancangan Allah, 

Membezakan Kunyit Tempatan Dengan Kunyit Seberang!!

Jika memilih benih untuk menanam kunyit, orang tua zaman dahulu lebih berminat untuk menanam kunyit tempatan berbanding kunyit dari Thailand, 

Kunyit tempatan mempunyai bau yang lebih wangi dan kuat, manakala  rasanya lebih sedap untuk digunakan dalam masakan,  warna kunyit tempatan juga lebih jingga berbanding kunyit yang diimport, 
Jika  anak-anak khatam Al-Quran atau musim perkahwinan,  ibu-ibu akan memilih kunyit tempatan untuk merendam beras pulut sebelum dikukus membuat pulut kuning,  walaubagaimanapun saiznya adalah lebih kecil dan mempunyai pecahan rizom yang lebih banyak berbanding kunyit seberang,

Namun begitu kunyit import pula mempunyai saiz yang besar bagi setiap rizom dan sangat menguntungkan jika ditanam untuk tujuan komersial, lantaran itulah pengguna bebas memilih kunyit  mana yang mereka suka, sama ada kunyit tempatan (kampung) atau kunyit komersial,


Kunyit Kampung (sebelah kiri) dan Kunyit Import (sebelah kanan)

Tuesday, June 3, 2014

Gardening Part 2 : Penyediaan Tapak Tanaman

Misi arini adalah menyiapkan kerja pembersihan tapak yang masih berbaki ni,,agak sukar dan penat sikit maklumlah tanahnya agak berbatu dan keras, tapi ada 'manpower' yang bantu, kerja jadi cepat je dah siap,,hehe,,,!!
Batu-batan dikumpulkan di suatu tempat untuk digunakan nanti, kerja memunggah  rumput dan ranting dilonggokkan satu tempat nak dibakar buat baja,,




entah pokok apa yang ada di sebalik rimbunan semak samun ni,,sama-sama kita tengok nanti k!




taraaa,,,dahpun siap dibersihkan sepenuhnya,,rupa-rupanya ada Pokok Mangga (ore Klate panggil  Pokok Pauh Ringan) dan Pokok Lengkuas kat sini,,lama dah ditanam tapi tidak diendahkan hingga kurus kering tidak diletakkan baja



Pokok Bunga Kertas (Bougainvillea) yang dah siap dicantas,,,baru nampak berseri



semak samun di sekeliling Pokok Limau Nipis pun dah dibersihkan!





sebelum ni aku tanam serai dalam tayar-tayar ni, kali ni aku bercadang nak tanam pokok herba lain pulak,,
mula-mula susun kedudukan tayar ikut kesukaan, kemudian isikan batu-batan diikuti pasir separuh penuh,
pembantu pun datang ni nak menyibuk sama,,hihihi,,!!








akhir sekali isikan tayar tadi dengan tanah berbaja hingga penuh macam ni,,bila dah ready macam-macam pokok boleh tanam,,
part memunggah pasir dan tanah inilah yang paling mencabar,,maklumlah satu biji tayar 2x punggah tanah dengan kereta sorong,,baru penuh,,,,hadoooii,,,




Pokok Cekur Hijau dan Pokok Cekur Hitam antara pokok-pokok di laman rumahku ,
aku dah jeling-jeling tadi,  nanti akan dipindahkan dalam tayar-tayar tersebut,,

Okeylah,, sampai sini dulu kerja ditangguhkan kerana banyak lagi tugas di rumah yang menanti,, besok aku berhasrat untuk menanam pokok-pokok herba yang digemari,

Monday, June 2, 2014

Program Cuti Sekolah : Gardening!! Part 1 : Membersihkan Tapak


Sebaik sahaja musim cuti sekolah bermula, aku menaruh hasrat untuk mengubah wajah semak samun laman rumah ni ,,eeiii,,kalau hari sekolah tak nampak semak ni,,maklumle bizi + penat,,,,hehe


pokok yang ditanam pun dah tenggelam dalam rimbunan hutan kecil



pokok-pokok serai inipun akan dituai gak,, nanti nak tanam pokok lain lak



ambik masa gak untuk dibersihkan nih!,,huhuhu



terserempak dengan sepasang kekasih ni ,,sedang dilamun cinta,,hehe

Mula-mula tu pijak tanah dengan alas kaki, tapi rasa macam tak puas,,dah buka alas kaki baru mula terasa aura berkebun,,hehe,,macam-macam,,sengal tapak kaki terpijak duri semalu,,alahai nikmat rasanya,,teringat kenangan bersama arwah Tok Wan dan nenek di kebun sayur mereka, serba-serbi ditanam ada kacang panjang, terung, bendi, kelapa, cili padi, lada merah, bayam, dan bermacam ulaman seperti cekur, halia, kunyit, daun kesum dan pokok asam gelugur pun ada,,selepas memetik hasil kebun Tok Wan akan isikan dalam guni lalu mengayuh basikal ke pekan untuk dijual, sebaik pulang Tok Wan pasti membawa pulang tulang lembu, atau kepala kambing,,dan malam itu kami akan makan nasi dengan sup gear box yang sangat sedap,,memang nostalgia sungguh,


2 pembantuku  yang tak boleh dipisahkan ,,,, asyik nak berkepit je,,,!!
kalau hilang salah satu,,susah aku nak buat kerja,,!! 



ini pula teman setia ku yang seiring dan sejalan gitu!!,,rodanya berwarna kuning,,huhuhu!!



rumput yang dah dikumpulkan,,ini baru sikit,,nanti lagi banyak bila kerja merumput selesai



haa,,kan betul !!,,memang banyak bila dikumpulkan!!!




pagi ni aku ditemani  pembantu cilik,,Cik Nina,,,,,,pegang cangkul pun terbalik,,hihihi




bersemangat betul Cik Nina bangun pagi-pagi tolong mama berkebun!




sempat berbaring-baring atas rumput!!,,,aduuuuhhh!!!



baru nampak pokok yang ditanam antaranya Pokok Lempoyang



Pokok Mangga Epal,,hampir mati kerana kurang penjagaan



Pokok Tebu pun ada,,,,




Pokok Lengkuas yang Encik Suami tanam ni lambat membesar kerana tidak diletak baja



Pokok Limau Nipis pun teraniaya ditenggelami semak samun!!




Pokok Pisang pun kami tanam!!



Memang asyik berkebun hingga tak sedar matahari dah terpacak atas kepala, kerja memang baru bermula jadi macam tak nampak hasil apa-apa,,harini aktiviti membersih tapak aje lah,,ada lagi ruang yang belum dibersihkan sepenuhnya ,,, nanti besok aku akan sambung aktiviti seterusnya okey!!!